8 TIP TERBAIK HINDARI BAU BADAN BUAT LELAKI
Kajian mendapati lelaki lebih mudah berpeluh dan kekerapannya dua kali ganda berbanding wanita. Atas sebab itu, bau badan seakan sukan untuk dihindari walaupun anda tidak banyak bergerak dan bekerja di dalam pejabar berpenghawa dingin. Bauan kurang menyenangkan semestinya hanya akan memberikan impak pada penampilan anda walau sehebat mana pun anda bergaya. Oleh itu, ikuti tip menghindari bau badan buat lelaki (selain memakai deadoran dan wangian) yang kami sediakan khas ini.
1. MANDI SETIAP HARI
Jangan terkejut jika ada lelaki yang tidak mandi dek terlupa angkara kesibukan kerjaya sehingga membataskan waktunya. Mandi sewajarnya menjadi rutin harian paling penting untuk diamalkan. Walau sesibuk mana pun anda, pastikan badan anda dibilas dengan air dan dibersihkan dengan sabun dan gel mandian, agar tiada lagi bauan kurang enak dai badan anda.

2. JAGA POLA DIET
Ya, pemakanan juga sebenarnya mempengaruhi bau badan anda kerana terdapat beberapa bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan badan anda berbau. Jadi, anda harus berhati-hati dalam memilih makanan yang baik. Hindari makanan yang mengandungi banyak lemak, minyak dan beraroma tajam seperti bawang putih. Ini kerana makanan-makanan tersebut mampu menyebabkan bau badan kerana pelepasan aroma terjadi di pori-pori kulit dan bercampur dengan peluh. Hasilnya, muncullah aroma yang tidak dinginkan. Selain itu, elakkan makanan pedas membuatkan kita sangat cepat dan banyak berpeluh.
3. MANDI BUAH LEMON
Haaa, khas buat lelaki tip ini sewajarnya diaplikasikan. Buah lemon bukan saja untuk dihidangkan namun ia juga berkhasiat mengurangkan bau badan anda. Bagaimana? Dengan menggosokkan lemon pada tubuh dapat membantu kulit menjadi lebih wangi dan aromanya masuk sampai ke dalam pori-pori. Menggosok lemon dan meremasnya pada bahagian lipatan tubuh, seperti ketiak, lipatan tangan dan kaki dapat juga mengurangkan penghasilan peluh yang berlebih.
4. AIR MASAK
Walau segemar mana pun anda terhadap minuman-minuman manis, setidaknya amalkan untuk meminum air putih enam gelas setiap hari. Aliran darah yang lancar dengan cukup air akan membuat tubuh mengeluarkan keringat yang tidak berbau. Jadi penting air masak dalam membersih sistem penghadaman dan mencuci bahagian di dalam badan.
5. ELAK SEMBUR WANGIAN KETIKA BERPELUH
Ya, ini adalah antara perbuatan yang seringkali dilakukan oleh seorang lelaki. Ketahuilah, wangian bukanlah produk yang dapat menahan pengeluaran peluh dari tubuh kerana sifatnya hanya sebagai pelengkap aroma tubuh saat sewaktu badan anda dalam keadaan bersih. Bila berpeluh dan anda menyembur wangian, reaksi kimia yang bercampur dan baunya pasti akan lebih teruk.

6. CUKUR BULU KETIAK ANDA
Ya, lelaki dilihat cukup sinonim dengan ketiak yang berbulu kerana bagi mereka, its okay. Tidak sama sekali. Bulu yang terlebih lebat hanya akan memerangkap bakteria dan kuman saat anda berpeluh, lalu menyebabkan bauan kurang enak keluar dari ketiak anda. Oleh itu, amalkan untuk sentiasa cukur bulu ketiak anda itu.

7. FABRIK PAKAIAN
Ya, pemakaian anda juga sebenarnya boleh mempengaruhi bauan yang keluar dari tubuh anda. Dalam soal pemakaian harian anda, bagi seorang lelaki sewajarnya anda untuk memakai pakaian yang diperbuat dari fabrik dari gentian asli, seperti kapas atau sutera. Ini kerana fabrik ini tidak memerangkap peluh dan menawarkan ruang udara antara fabrik dan kulit.
8. ULANG PAKAIAN
Salah satu habit yang seringkali dikaitkan dengan kaum lelaki. Pamakaian pakaian yang berulang-ulang turut menjadi salah satu faktor bau badan. Buat lelaki, elakkan pemakaian pakaian berulang walaupun anda tidak berpeluh dan bekerja di bawah penghawa dingin. Pakaian mudah memerangkap bauan dari persekitaran dek pencemaran, habuk mahupun asap rokok. Oleh itu, amalkan untuk membasuh pakaian selepas dipakai dan ulang rutin ini.
Teks: Wan Mohd Firdaus
Artikel berkaitan: KENALI PERBEZAAN MINYAK WANGI PARFUM, EDP, EDT, COLOGNE
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
RICK OWENS: BEGINIKAH RUPA FESYEN MASA HADAPAN?
Untuk 2026, dunia Rick Owens tampil lebih ekstrem menerusi koleksi Spring/Summer 2026 “Temple” dan Fall/Winter 2026 “Tower” dengan elemen masa hadapan.
7 PROMOSI SEMPENA MERDEKA 2026 UNTUK MERAIKAN SEMANGAT PARTIOTIK
Raikan Merdeka 2026 dengan 7 promosi dan acara menarik yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia, daripada tawaran makanan dan pengalaman budaya hingga aktiviti bersama keluarga dan rakan.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.











