LEONARDO DICAPRIO, JENNIFER LAWRENCE DAN MERYL STREEP BERSATU DALAM ‘DON’T LOOK UP’
Tiga pemenang Oscar, Leonardo DiCaprio, Jennifer Lawrence dan Meryl Streep bakal menghangatkan kaca televisyen anda dengan filem terbaharu berjudul ‘Don’t Look Up’ yang akan ditayangkan secara eksklusif di Netflix.
Apakah yang terjadi apabila dua ahli astronomi kelas bawahan cuba untuk memberi amaran kepada dunia mengenai komet yang akan menghancurkan Bumi? Jawapannya Leonardo DiCaprio dan Jennifer Lawrence. Bersama Meryl Streep, ketiga-tiga pemenang Oscar itu bakal menghangatkan kaca televisyen anda dengan filem terbaharu berjudul ‘Don’t Look Up’ yang akan ditayangkan secara eksklusif di Netflix.
Laman penstriman gergasi itu telah mengeluarkan video trailer pertama ‘Don’t Look Up’ yang pasti menarik perhatian peminat filem dengan barisan pelakon yang cukup hebat. Selain Leonardo DiCaprio, Jennifer Lawrence Dan Meryl Streep, filem ini juga akan menampilkan pemenang Oscar, Cate Blanchett bersama pelakon masa kini, Timothee Chalamet serta bintang pop, Ariana Grande. Juga Rob Morgan, Jonah Hill, Mark Rylance, Tyler Perry, Ron Perlman, Scott Mescudi (aka Kid Cudi), Himesh Patel, Melanie Lynskey, Michael Chiklis dan Tomer Sisley melengkapkan senarai pelakon filem yang ditulis dan diarakan oleh pengarah hebat, Adam McKay.
Filem ini mengisahkan mengenai seorang pelajar bidang astronomi, Kate Dibiasky (Jennifer Lawrence) dan profesornya, Dr. Randall Mindy (Leonardo DiCaprio) yang membuat penemuan sebuah komet yang berada dalam orbit sistem solar. Membingungkan, ia menuju ke permukaan Bumi. Masalah lain? Tiada sesiapapun yang kisah. Memberi amaran mengenai komet bersaiz Gunung Everest ini tidak semudah yang disangkakan.
Dengan bantuan Dr. Oglethorpe (Rob Morgan), mereka memulakan jelajah media. Dari membuat perjumpaan dengan President Orlean (Meryl Streep) bersama anaknya juga Chief of Staff, Jason (Jonah Hill) kepada rancangan pagi The Daily Rip yang dihoskan oleh Brie (Cate Blanchett) dan Jack (Tyler Perry). Hanya mempunyai enam bulan sebelum impak, dapatkah mereka untuk meyakinkan penduduk Bumi untuk melihat ke atas?
‘Don’t Look Up’ akan ditayangkan pada 24 Disember 2021 secara ekskusif melalui laman penstriman, Netflix.
Foto: Netflix Malaysia
Baca lebih lanjut: KENALI 3 KARAKTER BAHARU LA CASA DE PAPEL PART 5
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FASA BARU HUBUNGAN TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER
Walaupun ada ura-ura mengatakan Timothee Chalamet dan Kylie Jenner telah berpisah, hakikatnya jalinan cinta antara mereka semakin mekar dan kukuh.
TRANSFORMASI TIMOTHEE CHALAMET UNTUK FILEM SUKAN MARTY SUPREME
Selepas menutup tirai 2024 dengan A Complete Unknown, Timothee Chalamet bakal muncul dengan filem terbaru berjudul Marty Supreme.
KESERASIAN LUAR BIASA MARK WAHLBERG & HALLE BERRY DALAM THE UNION
Dua bintang popular, Mark Wahlberg dan Halle Berry dipertemukan dalam filem terbaru untuk menyelesaikan satu misi berbahaya.
LEONARDO DICAPRIO & VITTORIA CERETTI CETUS SPEKULASI PERTUNANGAN DENGAN CINCIN BERLIAN
Leonardo DiCaprio dan Vittoria Ceretti meniup khabar angin pertunangan apabila model Itali itu dilihat memakai cincin baru di jari manisnya.
PENAMPILAN PERTAMA TIMOTHEE CHALAMET UNTUK FILEM BIOPIK BOB DYLAN
Selepas beberapa kali ditangguhkan, filem biopik Bob Dylan yang dibintangi Timothee Chalamet akhirnya memulakan penggambaran.
10 FILEM KOMEDI ROMANTIK MESTI TONTON BULAN INI
Luang masa bersama insan tersayang dengan menonton filem hebat bergenre komedi romantis yang kini disiarkan di Netflix.