MELALUI ‘III/III’, ALYPH TIDAK HIRAU EKSPEKTASI ORANG LAIN
ALYPH kini tampil dengan sebuah EP baharu berjudul ‘III/III’ yang akan memberikan peluang buat peminat untuk mendengar sendiri bakatnya selaku penyanyi rap dan pencipta lagu.
Namanya tidak lagi asing dalam arena muzik rap serantau. Selepas memasuki fasa baharu dalam kerjaya muziknya, ALYPH kini tampil dengan sebuah EP baharu berjudul ‘III/III’ yang akan memberikan peluang buat peminat untuk mendengar sendiri bakatnya selaku penyanyi rap dan pencipta lagu. Projek ini juga merupakan hasil kerja kerasnya untuk mempertajamkan bakat serta tidak menghiraukan ekspektasi orang lain.
Melalui ‘III/III’ atau disebut ‘three-of-three’ (tiga pertiga), ALYPH menampilkan tiga karya yang memberikan peluang buat peminat untuk ‘melihat’ cara mindanya berfikir. Single pertama ‘Adakah Kau Mendengar?’ sudah menjadi kegemaran ramai sejak dilancarkan akhir tahun lalu. Diikuti dengan ‘Skali Lagi’ dan juga lagu penutup Bahasa Inggeris berjudul ‘Show Me Colours’.

III/III
“Motivasi saya kala mencipta muzik adalah ia tidak boleh kedengaran seperti apa yang sedang saya dengari sekarang. Apa gunanya saya berasa seperti ini jika saya terus menghasilkan bahan yang sama?” kata ALYPH tentang ‘III/III’.
Dalam single kedua ‘Skali Lagi’ ALYPH menggambarkan kepayahan untuk mencari jalan keluar dari kegelapan dan mudahnya berada dalam keadaan yang membahayakan diri, walaupun ia hanyalah seketika untuk melupakan duka dan lara. Video muzik rasmi ‘Skali Lagi’ sudah boleh ditonton di laman YouTube ALYPH.
ALYPH terus membuktikan bakatnya sebagai seorang artis dan juga penerbit selepas dia banyak menjalinkan kolaborasi bersama Joe Flizzow, K-Clique, Kaka Azraff, Zizan Razak, De Fam dan Adira. Selain menerbitkan sebuah album kolaborasi penuh bersama SonaOne, dia juga menerbitkan lagu hit ‘Mimpi’ oleh kumpulan K-Clique. Dia juga menghasilkan karya bersama Joe Flizzow berjudul ‘CIAO’ yang turut menampilkan MK daripada K-Clique serta bintang rap Korea Selatan, Jay Park.
‘III/III’ boleh didapati di semua platform digital bermula 3 September 2021
Foto: Def Jam Recordings SEA
Baca lebih lanjut: KENALI 3 KARAKTER BAHARU LA CASA DE PAPEL (MONEY HEIST) PART 5
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MK K-CLIQUE BAKAL MENDIRIKAN RUMAH TANGGA JUMAAT INI?
Selepas berkali-kali dikhabarkan telah berkahwin, MK K-Clique akhirnya bakal bergelar suami tidak lama lagi.
RASYAD NADZRI BEREHAT DARI MUZIK SEKETIKA. “I WISH TO STAY HEALTHY AND HAPPY AND NOT TAKE EVERYDAY LIFE FOR GRANTED.”
Rasyad Nadzri penah menceburi bidang muzik. Namun, semakin meningkat usia dia kini selesa untuk lakukan pekerjaan lain yang tidak berkaitan dengan muzik.
BUNYI MENAKJUBKAN DENGAN FON PUTIK HUAWEI FREEBUDS 5I TERBAHARU
GLAM Lelaki berpeluang mencuba fon putik Huawei FreeBuds 5i terbaharu yang memberikan kualiti audio dan reka bentuk bergaya, serta menyokong sistem operasi Android, iOS serta Windows.
YUSSEF DAYES BAKAL BERAKSI BUAT JULUNG KALI DI MALAYSIA
Pemain dram dan pemuzik jazz terkemuka, Yussef Dayes bakal beraksi buat pertama kali di Malaysia pada 25 November ini.
KOLABORASI UNIK PHARRELL WILLIAMS & BTS
Menerusi wawancara bersama Rolling Stone, Pharrell Williams mendedahkan BTS bakal muncul dalam album terbaharunya berjudul Phriends.
#GL15TAHUN THE TRUE GENTLEMAN, NOKI K-CLIQUE
Alfa dan Cemerlang, 15 tahun GLAM Lelaki membawakan THE TRUE GENTLEMAN, NOKI K-CLIQUE.