Skip to content

MELANCONG KE AUSTRALIA? INI LANGKAH-LANGKAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA KE DOWN UNDER

Kongsikan artikel ini

Pengunjung Malaysia yang lengkap vaksinasi kini boleh melancong ke destinasi utama di Australia tanpa perlu menjalani kuarantin wajib bermula 21 Februari 2022.

Bermula 21 Februari 2022, kerajaan Australia telah membuka sempadan negara mereka sepenuhnya kepada pelancong yang sudah lengkap vaksinasi dari seluruh dunia, termasuklah dari Malaysia. Pastinya pengumuman ini cukup menggembirakan buat mereka yang mahu melancong ke destinasi popular di Down Under seperti Sydney, Melbourne, Brisbane dan juga Perth.

Flinders Street Railway Station, Melbourne, Australia. (Photo by Scott Barbour/Getty Images)

Pembukaan semula sempadan Australia buat pertama kali sejak pandemik ini mengikuti langkah pelancongan bebas kuarantin yang diadakan bersama Singapura. Ia dijalan sejak 21 November 2021, dan pengunjung dari Jepun dan Korea Selatan pula bermula pada 15 Disember 2021 bersama Working Holiday Makers. Pengunjung dengan visa yang belum lagi lengkap vaksinasi masih lagi memerlukan travel exempetion yang sah untuk memasuki Australia, selain perlu menjalani kuarantin wajib mengikut peraturan negeri masing-masing.

Sydney Harbour Bridge, Sydney (Photo by Wendell Teodoro/Getty Images)

Australia merupakan antara destinasi pelancongan popular dikalangan rakyat Malaysia. Menurut Pengurus Besar Tourism Australia South dan South-East Asia, Brent Anderson, 72% pelancong yang mengunjungi Australia dari Malaysia adalah pelancong yang sama yang berulang. Tambahnya, kini adalah masa yang terbaik untuk kembali mengunjungi Australia untuk membangkitkan memori dan deria imaginasi anda.

Bondi Beach, Sydney (Photo by Jenny Evans/Getty Images)

Tourism Australia akan memulakan siri kempen pelancongan di Malaysia tidak lama lagi. Mereka akan bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti agen pelancongan dan syarikat penerbangan untuk merancakkan sektor pelancongan yang terkesan teruk disebabkan oleh pandemik. Tourism Australia akan bekerjasama dengan Malaysia Airlines untuk turut sama membantu industri penerbangan yang terjejas.

. (Photo by Lisa Maree Williams/Getty Images)

Jika anda mahu melancong ke Austria, berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan:

  1. Bermula 21 Februari 2022, pemegang visa yang sudah lengkap divaksinasi dengan dua dos vaksin Covid-19 yang diiktiraf oleh Therapeutic Goods Administration (TGA) boleh memasuki Australia tanpa perlu kuarantin, tanpa perlu memohon travel exemption.
  2. Untuk layak memasuki Australia, pelancong antarabangsa perlu:

– memiliki visa Australia yang sah

– sudah lengkap divaksinasi dengan dua dos vaksin Covid-19 yang diiktiraf oleh Therapeutic Goods Administration (TGA) dan mempunyai bukti status vaksinasi.

– mempersembahkan keputusan negatif ujian rapid antigen test (RAT) dalam 24 jam, atau ujian Polymerase chain reaction (PCR) Covid-19 dalam 72 jam, sebelum berlepas (kecuali mendapat medical exemption).

  1. Berkuatkuasa 7 Februari 2022, pemegang visa yang lengkap vaksinasi boleh memasuki Australia tanpa perlu menjalani kuarantin bermula 21 Februari 2022, kecuali Western Australia.
  2. Pelancong perlu melengkapi segala yang diperlukan oleh negeri atau wilayah ketika tiba, dan negeri atau wilayah yang mahu dikunjungi. Segala infomasi ketika tiba perlu dikemas kini kerana ia penting untuk memastikan segala yang diperlukan lengkap sebelum berlepas. Pengunjung juga digalakkan untuk memeriksa keperluan di destinasi transit yang akan digunakan nanti.
  3. Untuk mendapatkan maklumat mengenai negeri atau wilayah tertentu di Australia, layari laman web Australian Government Department of Home Affairs.
  4. Untuk mendapatkan informasi untuk melancong ke Australia, sila layari laman web Australian Government Department of Home Affairs

 

Foto: Getty Images

Baca lebih lanjut: 5 PERKARA YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU TENTANG BINTANG ELITE, MANU RIOS

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RASAI PENGALAMAN KEMBARA MESRA MUSLIM DI WESTERN AUSTRALIA

Bacaan Lanjut
KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

Bacaan Lanjut

MANDIAN ORGANIK PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut

MULAKAN KEMBARA DOWN UNDER DENGAN FILEM PENDEK “G’DAY”

Bacaan Lanjut

VICEROY BALI, SYURGA PERCUTIAN ALAM SEMULAJADI DI UBUD, BALI

Bacaan Lanjut
PUNCA SEBENAR KONSERT DRAKE BERSAMA NICKI MINAJ & LIL WAYNE DITUNDA

PUNCA SEBENAR KONSERT DRAKE BERSAMA NICKI MINAJ & LIL WAYNE DITUNDA

Bacaan Lanjut