MENU ISTIMEWA TAHUN BAHARU CINA DI W KUALA LUMPUR
Bersempena Tahun Baharu Cina kali ini, W Kuala Lumpur bakal menyajikan menu kulinari cita rasa kegemaran dengan sentuhan kontemporari yang menyeronokan.
Menjelang 22 Januari 2023 nanti, masyarakat Tionghua di seluruh dunia bakal menyambut kehadiran tahun baharu. Bersempena Tahun Baharu Cina kali ini, W Kuala Lumpur bakal menyajikan menu kulinari cita rasa kegemaran Cina dengan sentuhan kontemporari yang menyeronokan.
W Kuala Lumpur terkenal sebagai label gaya hidup ikonik yang berani, lebih-lebih lagi dalam menyajikan seleksi menu yang luar biasa dan menyelerakan. Untuk Tahun Arnab kali ini, restoran YEN akan membariskan pilihan kulinari eksklusif kepada pengunjung seperti menu set, menu ala-carte, variasi pilihan Yee Sang, seleksi dim sum istimewa, minum petang One Two Tea, serta koleksi CNY Hamper sebagai hadiah.
Menu Tahun Baharu Cina Pilihan Chef Weng di YEN
YEN merupakan sebuah restoran di aras 11 di W Kuala Lumpur. Restoran yang menyajikan hidangan mesra Muslim ini diketuai oleh Cef Tan Kim Weng yang pakar dalam hidangan Kantonis dan Szechuan. Kali ini, restoran ini menawarkan menu set Four Reunion serta seleksi dim sum, pemanis mulut dan menu ala-carte sebagai tambahan.
Menu Set Four Reunion ini boleh dinikmati bersama keluarga mahupun rakan-rakan yang mahukan kelainan. Antara menu set yang disediakan termasuklah Spot of Sunshine (RM238 seorang), Prosperous Life Forever (RM328 seorang), Wishing You Prosperity (RM368 seorang), dan Double Happiness (RM428 seorang).
Bersempena musim perayaan ini juga, YEN turut menyediakan seleksi menu dim sum istimewa untuk dinikmati bersama nanti. Antaranya Steamed Prosperity Mandarin Orange Dumpling, Bird Nest; Oven Baked Fatt Choi Abalone Pie, Chicken Onion Filling; Steamed Shanghainese Fortune Dumplings, Herbs Broth, Gold Flake dan Deep-Fried Golden Pastry, Shredded Turnip, Mozzarella Cheese.
Jangan lupa untuk memesan hidangan signature yang popular di restoran YEN seperti Braised “Monk Jump Over The Wall”, Superior Chicken Soup; dan Braised Premium Assorted Hot Dish (Poon Choy). Juga hidangan Steamed Sliced Tiger Grouper Fish, Teochew Style (400G); Wok Fried Alaska Scallop, Asparagus, Egg White, Caviar serta Wok Fried Organic Orzo, Braised Sabah King Prawn.
Semua menu istimewa ini boleh dinikmati sehingga 5 Februari 2023.
Lucky Toss Yee Sang
Saban tahun, pastinya tidak sempurna sambutan Tahun Baharu Cina tanpa hidangan Yee Sang. W Kuala Lumpur menyediakan beberapa variasi Yee Sang yang menggunakan bahan-bahan premium dan berkualiti.
-
Premium Jelly Fish Yee Sang, Korean Snow Pear, Red Palm Oil – RM168 untuk hidangan separuh (untuk 2–6 orang), RM278 untuk hidangan penuh (untuk 8-10 orang)
-
Norwegian Salmon Fish Yee Sang, Air Dried Szechuan Fish Chips, Crispy Salted Egg Fish Skin, Red Palm Oil – RM188 untuk hidangan separuh (untuk 2–6 orang), RM298 untuk hidangan penuh (untuk 8-10 orang)
-
Crispy Lobster Meat, Soft Shell Crab Yee Sang, Red Palm Oil – RM228 untuk hidangan separuh (untuk 2–6 orang), RM368 untuk hidangan penuh (untuk 8-10 orang)
-
Premium Caviar, Gold Flakes, Truffle Oil, Abalone Yee Sang, Red Palm Oil – RM288 untuk hidangan separuh (untuk 2–6 orang), RM468 untuk hidangan penuh (untuk 8-10 orang)
Juga terdapat pilihan Lucky Toss Yee Sang W2GO yang boleh dinaikmati di rumah, dan boleh ditempah sehingga 5 Februari 2023 melalui https://lunarnewyear.oddle.me/en_MY/ pada harga RM298 untuk setiap hidangan.
Foto: W Kuala Lumpur
Baca lebih lanjut: MORY SACKO, RESTORAN LOUIS VUITTON PERTAMA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 LOKASI BERBUKA PUASA PILIHAN GLAM LELAKI RAMADAN INI
Dari steamboat kepada lobster, GLAM Lelaki menyenaraikan beberapa lokasi berbuka puasa yang terbaik di sekitar ibu kota bersempena Ramadan tahun ini.
GLAM LELAKI CHEF TABLE: PENGALAMAN KULINARI EKSKLUSIF YANG PERTAMA
Buat julung kali, GLAM Lelaki menganjurkan 'GLAM Lelaki Chef Table' yang dihadiri oleh selebriti, model dan bintang media sosial untuk pengalaman kulinari yang eksklusif.
SANTAPAN BAGAI MAHARAJA CINA DI RESTORAN EMP KL, THE WESTIN KUALA LUMPUR
Restoran EMP KL kini membuka pintu dengan menyajikan seleksi hidangan autentik Cina yang moden dalam suasana penuh majestik bagai santapan seorang maharaja.
IDEA STAIL TAHUN BARU DARI LOEWE
What to buy this month? Semak beg Bunny LOEWE yang cukup istimewa, langsung menyuntik semangat tahun baru yang optimis dalam penampilan.
KOLEKSI KASUT VANS EKSKLUSIF BERSAMA MIRO & WUJO SEMPENA TAHUN BAHARU CINA
Bersempena dengan kehadiran Tahun Baharu Cina, Vans mempersembahkan koleksi kasut yang luar biasa melalui kolaborasi bersama Miro & Wujo.
KOPI KEGEMARAN ANGEL CHEN UNTUK TAHUN BARU CINA
Bersempena kehadiran Tahun Baru Cina, Angel Chen berkolaborasi bersama Nespresso untuk koleksi kopi, mesin dan juga aksesori edisi terhad.