Skip to content

Wimbledon

NOVAK DJOKOVIC JULANG TROFI WIMBLEDON KEENAM, GRAND SLAM KE-20 KESELURUHAN

Kongsikan artikel ini

Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic menewaskan pemain Itali, Matteo Berrettini dalam perlawanan akhir Wimbledon untuk merangkul trofi keenam, dan 20 gelaran Grand Slam keseluruhannya.

Novak Djokovic semakin hampir untuk mencipta sejarah tenis. Pemain nombor satu dunia itu menjulang trofi Wimbledon keenam selepas menewaskan pemain Itali, Matteo Berrettini dalam empat set, 6-7 (4-7), 6-4, 6-4, 6-3 pada perlawanan akhir perseorangan lelaki. Kemenangan di All England Lawn Tennis and Croquet Club, London, England itu juga merupakan gelaran Grand Slam ke-20 keseluruhannya.

(Photo by Julian Finney/Getty Images)

Kemenangan ketiga berturut-turut di Wimbledon ini meletakkan pemain tenis dari Serbia itu berkongsi kedudukan gelaran Grand Slam terbanyak bersama legenda tenis, Roger Federer dan Rafael Nadal. Selepas kejuaraan bersejarah ini, dia kini mempunyai 21 kemenangan tanpa kalah di Wimbledon sejak 2018.

(Photo by Peter Nicholls – Pool/Getty Images)

“Saya harus memberikan penghormatan kepada Rafa dan Roger,” kata Novak Djokovic selepas memenangi Wimbledon. “Mereka adalah legenda dalam sukan ini dan mereka berdua merupakan pemain yang paling penting saya pernah hadapi dalam karier saya. Mereka yang membuat saya berada di sini hari ini. Mereka berdua telah membantu saya untuk sedar tentang apa yang perlu saya lakukan untuk memperbaiki permainan saya.”

(Photo by Julian Finney/Getty Images)

Novak Djokovic kini dalam misi untuk mengejar gelaran ‘Golden Grand Slam’ iaitu memenangi empat kejohanan Grand Slam bersama pingat emas di Sukan Olimpik dalam tahun yang sama. Selepas ini, dia akan terbang ke Negara Matahari Terbit untuk bertanding dalam Sukan Olimpik Tokyo sebelum menyertai Terbuka Amerika Syarikat di kota New York. Legenda tenis wanita, Steffi Graf merupakan satu-satunya pemian tenis yang pernah melengkapi ‘kalendar Grand Slam’ bersama pingat emas Olimpik pada tahun 1988.

(Photo by AELTC/Ben Queenborough – Pool/Getty Images)

Dalam kategori wanita pula, Ashleigh Barty dari Australia memenangi gelaran Wimbledon pertamanya selepas menewaskan Karolina Pliskova dalam tiga set. Pemain nombor satu dunia itu adalah wanita Australia pertama menjulang trofi Venus Rosewater Dish sejak idolanya, Evonne Goolagong Cawley pada 1980.

Foto: Getty Images

Baca lebih lanjut: “RAMAI PEMINAT MEMBANDINGKAN WATAK SAYA DENGAN CHUCK BASS.” – THOMAS DOHERTY DARIPADA SIRI ‘GOSSIP GIRL’ BAHARU

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DESTINASI PERCUTIAN AKHIR TAHUN 2023 PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
FILA x Smiley®

“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS

Bacaan Lanjut
piala ryder

PERTANDINGAN GOLF BERKUMPULAN TERHEBAT DI PIALA RYDER

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut

BENTUK OTOT DALAM 30 HARI

Bacaan Lanjut
rolex us open

ROLEX US OPEN: THE FINALE OF THE GRAND SLAM SEASON

Bacaan Lanjut