Skip to content

“RAMAI PEMINAT MEMBANDINGKAN WATAK SAYA DENGAN CHUCK BASS.” – THOMAS DOHERTY DARIPADA SIRI ‘GOSSIP GIRL’ BAHARU

Kongsikan artikel ini
1 of 6

Barisan pelakon utama Gossip Girl, Emily Lind Alyn, Evan Mock dan Thomas Doherty sempat berkongsi pengalaman mereka membintangi siri baharu yang akan ditayangkan bermula 8 Julai 2021 di HBO GO.

Gossip Girl is back! Siri drama remaja yang cukup popular sejak 2007, ‘Gossip Girl’ kembali dengan memperkenalkan generasi Upper East Side yang baharu dan lebih segar. Peminat boleh menyaksikan tayangan perdana era baharu ini bermula 8 Julai 2021, secara eksklusif di HBO GO.

Generasi baharu ‘Gossip Girl’ akan menampilkan Jordan Alexander, Eli Brown, Thomas Doherty, Tavi Gevinson, Emily Alyn Lind, Evan Mock, Zion Moreno, Whitney Peak dan juga Savannah Lee Smith selaku teraju utama. Ikuti temu bual bersama Emily Lind Alyn, Evan Mock dan Thomas Doherty yang sempat berkongsi pengalaman mereka di set penggambaran ‘Gossip Girl’ terbaharu:

Apakah momen yang paling kelakar dan menyeronokan di set penggambaran ‘Gossip Girl’?

Emily Lind Alyn: Saya sedang mengumpul album dan akan muat naik nanti posisi tidur dan lokasi yang paling pelik Evan, Thomas dan Whitney tertidur di set penggambaran. Mereka boleh tidur di mana sahaja. Ada sekali itu saya membawa bantal saya ke set, dan ketika saya mahu mendapatkannya Evan sedang tidur menggunakan bantal itu. Thomas juga ketika bermeditasi dia akan tertidur dengan mata terbuka. Ia sangat menyeronokan.

Evan Mock: Banyak kali saya melihat sekeliling set dan bertanya kepada diri sendiri mengapa saya berada di sini. Ia berlaku pada setiap situasi berbeza, setiap kali kami tiba di set. Banyak perkara yang pelik berlaku, cukup gila.

Thomas Doherty: Saya berasa sangat gembira, pada hari pertama penggambaran kami berkumpul di tangga The Met yang cukup mengagumkan. Momen itu sangat ikonik. Itulah momen yang paling diingati pada saya.

1 of 6

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Coach Fall 2024

LIVESTREAM – SAKSIKAN PEMENTASAN COACH FALL 2024 DI SINI

Bacaan Lanjut
Death's Game Kdrama

DEATH’S GAME, SIRI PRIME VIDEO TERBARU DIBINTANGI SEO IN-GUK DAN PARK SO-DAM

Bacaan Lanjut

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OKTOBER 2023

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut
rancangan ogos 2023

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OGOS 2023

Bacaan Lanjut
must watch July 2023

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JULAI 2023

Bacaan Lanjut