Skip to content

Novak Djokovic Kuasai Terbuka Australia 2021

Kongsikan artikel ini

Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic meneruskan penguasaannya di Melbourne Park dengan kejuaraan kesembilannya selepas menewasakan pemain Rusia, Daniil Medvedev.

Foto: Twitter @AustralianOpen

 

Novak Djokovic is the King of Melbourne!

Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic meneruskan penguasaannya di Melbourne Park dengan kejuaraan kesembilan di Terbuka Australia. Pemain Serbia itu menewaskan pemain nombor empat dunia, Daniil Medvedev di final yang berlangsung di Rod Laver Arena, Melbourne.

Perlawanan akhir Terbuka Australia tahun ini menyaksikan Novak Djokovic menewaskan pemain Rusia itu dengan kemenangan tiga set. Permainan set pertama bermula sengit dengan keputusan 7-5 memihak kepada Novak. Manakala set kedua dan ketiga pula, dia memenangi 6-2 dan 6-2 dalam perlawanan yang berlangsung hampir dua jam itu.

 

Foto: Twitter @AustralianOpen

 

“I love you each year more and more. The love affair keeps going,” kata Novak Djokovic selepas menerima trofi kemenangan

Kemenangan ini adalah yang kesembilannya di Terbuka Australia. Ia adalah kejuaraan Grand Slam ke-18 keseluruhan oleh pemain berusia 33 tahun itu. Ini meletakkan dia dua Grand Slam di belakang Roger Federer dan Rafael Nadal yang masing-masing telah mengungguli sukan tenis dunia dengan rekod 20 Grand Slam. Ketiga-tiga legenda tenis dunia itu masih kekal aktif dalam mengejar gelaran pemain terbaik sepanjang zaman dengan pungutan Grand Slam terbanyak dalam sejarah.

 

 

Dalam kategori wanita pula, Naomi Osaka memenangi kejuaraan keduanya di Terbuka Australia. Pemain Jepun itu menewaskan pemain Amerika Syarikat, Jennifer Brady dengan keputusan dua set dalam mengutip kejuaraan Grand Slam keempatnya secara keseluruhan. Harapan Serena Williams untuk mengutip gelaran Grand Slam ke-24 sekali lagi terbantut selepas tewas kepada Naomi Osaka pada peringkat separuh akhir.

 

Foto: Twitter @AustralianOpen

 

Foto: Twitter @DjokerNole @AustralianOpen

Baca lebih lanjut: PORSCHE MEMPERSEMBAHKAN 911 GT3 DENGAN DESAIN BAHARU

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

rolex us open

ROLEX US OPEN: THE FINALE OF THE GRAND SLAM SEASON

Bacaan Lanjut
novak Djokovic

5 REKOD YANG DIPECAHKAN NOVAK DJOKOVIC SELEPAS KEJUARAAN DI ROLAND GARROS 2023

Bacaan Lanjut
4 SELEBRITI ASIA YANG MEMILIKI JENAMA GAYA HIDUP TERKENAL

4 SELEBRITI ASIA YANG MEMILIKI JENAMA GAYA HIDUP TERKENAL

Bacaan Lanjut
Novak Djokovic Australian Open 2023

NOVAK DJOKOVIC JULANG TROFI TERBUKA AUSTRALIA KE-10

Bacaan Lanjut
Carlos Alcaraz Calvin Klein

CARLOS ALCARAZ DILANTIK SEBAGAI WAJAH KEMPEN CALVIN KLEIN TERBAHARU

Bacaan Lanjut

MANDIAN ORGANIK PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut