‘OBAMA: IN PURSUIT OF A MORE PERFECT UNION’ DEBUT 4 OGOS INI
Dokumentari ‘Obama: In Pursuit Of A More Perfect Union’ yang akan mengikuti perjalanan personal dan politik bekas Presiden Amerika Syarikat ini akan mula ditayangkan pada 4 Ogos 2021 secara eksklusif di HBO GO.
Barrack Obama adalah antara figura yang paling berpengaruh di seluruh dunia. Walaupun tidak lagi memegang jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat, peminat boleh menyaksikan dokumentari yang akan mengikuti perjalanan personal dan juga politiknya berjudul ‘Obama: In Pursuit Of A More Perfect Union’. Dokumentari tiga bahagian ini ditayangkan sama waktu dengan Amerika Syarikat pada 4 Ogos 2021 secara eksklusif di HBO GO.

President Barack Obama dan Vice President Joe Biden di Roosevelt Room, White House pada 2010.
Kala Amerika Syarikat masih bergelut dalam masalah perkauaman, ‘Obama: In Pursuit Of A More Perfect Union’ akan memberikan perspektif beliau selaku anak kepada wanita berkulit putih dari Kansas dan lelaki Afrika. Ia turut akan menampilkan barisan teman sekerja, sahabat dan juga kritik, serta seleksi ucapan dan bual bicaranya, dalam membina Amerika Syarikat yang lebih menerima. Bukan hanya kisah seorang lelaki dalam sejarah sebuah negara, dokumnetari ini adalah refleksi identiti negara yang dahulu dan kini.
Dokumentari ini diarahkan oleh pemenang Emmy, Peter Kunhardt ini juga akan memberikan pencerahan serta perspektif beliau dalam empat tahun terakhir pentadbiran Amerika Syarikat di bawah Presiden berbangsa campuran Afrika pertama. Bukan sahaja unik kepada sejarah Amerika Syarikat, tetapi juga merupakan langkah yang penuh bersejarahbuat sebuah negara yang masih berdepan dengan permasalahan kaum, ketidak adilan dan sejarah negara.

President Barack Obama bersama First Lady Michelle Obama di kediaman rasmi mereka di White House pada 2009.
Dokumentari ‘Obama: In Pursuit Of A More Perfect Union’ yang mempunyai tiga bahagian ini boleh distrim atau muat turun melalui HBO GO di App Store dan Play Store untuk mendapatkan tempoh percubaan percuma. Atau juga melalui Astro atau laman web HBO. HBO GO kini boleh didapati melalui Android TV, Apple TV, LG TV dan Samsung Smart TV bersama fungsi AirPlay juga Google Cast.
Foto: HBO Asia
Baca lebih lanjut: KATIL ‘ANTI-SEKS’ CETUS KONTROVERSI DI SUKAN OLIMPIK TOKYO 2020
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG MEI 2023
Dari siri “American Born Chinese” yang menampilkan Tan Sri Michelle Yeoh kepada “Black Knight” lakonan Kim Woo-Bin, laman penstriman utama membariskan 10 rancangan baharu yang ‘must watch’ sepanjang Mei 2023.
10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2023
Dari “Sweet Tooth: Season 2” kepada siri adiwira ikonik Power Rangers terbaharu, laman penstriman utama membariskan 10 rancangan baharu yang ‘must watch’ sepanjang April 2023.
“SAYA TIDAK MEMPUNYAI ‘TYPE’ YANG SAYA CARI DALAM PASANGAN.” – “THE BACHELOR INDONESIA”, RICHARD KYLE
GLAM Lelaki berpeluang menemu bual bintang rancangan realiti, “The Bachelor Indonesia”, Richard Kyle yang berkongsi pengalamannya mencari cinta sejati.
10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG FEBRUARI 2023
Dari dokumentari “j-hope IN THE BOX” kepada siri popular “You: Season 4”, laman penstriman utama membariskan 10 rancangan baharu yang ‘must watch’ sepanjang Februari 2023.
THE BACHELOR INDONESIA BAKAL DIBINTANGI OLEH RICHARD KYLE
Bersempena Hari Kekasih, "The Bachelor Indonesia" bakal menampilkan pelakon juga model, Richard Kyle dalam versi pertama siri realiti yang akan ditayangkan Februari ini.
“SAYA BERDARAH PEJUANG” – JOE MANGANIELLO DARI KETURUNAN HAMBA KULIT HITAM?
Siri dokumentari Finding Your Roots telah mengubah pemahaman bintang True Blood, Joe Manganiello mengenai dirinya buat selamanya.