PEMBESAR SUARA MUDAH ALIH PILIHAN GLAM LELAKI
Perintis Pembesar Suara Metamorfosis
Devialet Mania menggabungkan dua teknologi proprietari yang mampu menyampaikan audio 360 darjah untuk menghasilkan pengalaman bunyi yang padat dalam reka bentuk mudah alih. Ia menampilkan ASC (Active Stereo Calibration) yang menggunakan empat mikrofon dengan gabungan pintar yang dapat menyesuaikan audio kepada keadaan persekitaran.
Apabila Mania diletakkan di tengah-tengah ruang bilik, mod stereo 360 darjah akan diaktifkan secara automatik. Jika ia rapat ke dinding pula, kedua-dua pemacu audio belakang akan menguatkan dua pemacu di hadapan untuk menghasilkan pengalaman audio yang berkuasa.
Hari ini, Mania merupakan satu-satunya pembesar suara mudah alih seumpamanya di pasaran yang menawarkan kualiti stereo dan pemetaan akustik masa nyata. Kehadiran teknologi echo-cancellation dan cross-stereo architecture juga dapat memastikan kehebatan audio boleh dinikmati bila-bila dan di mana-mana anda berada.
Teknologi Kecanggihan Pintar
Devialet Mania menyokong Wi-Fi dan Bluetooth 5.0 dan boleh digunakan melalui Spotify Connect dan Airplay 2. Ia menjalankan sistem DOS2 (melalui aplikasi Devialet), ekosistem perisian yang sama seperti Devialet Phantom dan Devialet Dione.
Mania merupakan pilihan pembesar suara mudah alih terbaik buat yang mahu menikmati kesempurnaan audio di mana-mana sahaja. Ia menerima penarafan kalis air IPX4 berserta bateri yang mampu bertahan selama 10 jam dengan aras bunyi sederhana.
Reka Bentuk Masa Hadapan
Rangkaian Phantom yang ikonik daripada Devialet telah menginspirasikan reka bentuk sfera Devialet Mania ini. Ia disempurnakan lagi dengan fabrik tenunan yang mencerminkan komitmen mereka untuk merapatkan jurang antara kemewahan dan inovasi teknologi.
Mania hanya mempunyai ketinggian 170mm dan berat 2.3kg berserta desain pemegang mudah alih yang menawan. Ia hadir dalam pilihan warna hitam atau kelabu yang direka khas untuk kelihatan menawan di persekitaran dalam atau luar. Harga jualan bagi Mania hitam atau kelabu adalah RM4,490 untuk setiap unit.
Pembesar suara pintar mudah alih pilihan GLAM Lelaki ini boleh didapati menerusi laman rasmi Atlas Sound & Vision atau di bilik pameran yang terletak di The Gardens Mall.
Foto: Atlas Sound & Vision
Baca lebih lanjut: Inovasi Bank Kuasa Tanpa Wayar
Tags
Artikel Yang Berkaitan
WIRELESS EARBUDS TERBAIK DARIPADA BOWERS & WILKINS KINI DI MALAYSIA
TC Acoustic Malaysia melancarkan generasi baharu true wireless earbuds yang terbaik daripada jenama audio ikonik dari United Kingdon, Bowers & Wilkins.
BUNYI MENAKJUBKAN DENGAN FON PUTIK HUAWEI FREEBUDS 5I TERBAHARU
GLAM Lelaki berpeluang mencuba fon putik Huawei FreeBuds 5i terbaharu yang memberikan kualiti audio dan reka bentuk bergaya, serta menyokong sistem operasi Android, iOS serta Windows.
HADIAH AKHIR TAHUN TERBAIK BUAT LELAKI YANG SUKAKAN GAJET
InfinityLab memperkenalkan 2 gajet dengan inovasi terbaharu buat lelaki untuk meraikan akhir tahun sebagai hadiah kepada keluarga, sahabat dan rakan sekerja.
10 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG iOS 16
Ciri khas iOS 16 tampil dengan pelbagai feature yang perlu anda tahu. Teroka dan nikmati pengalaman menarik dengan kemaskini Iphone terbaru.
APPLE PERKENAL 4 VARIASI IPHONE 14, APPLE WATCH ULTRA & AIRPODS PRO BAHARU
CEO Apple, Tim Cook memperkenalkan rangkaian peranti terbaharu seperti iPhone 14 dan Apple Watch Ultra ketika acara pelancaran yang dinanti-nantikan peminat di Apple Park, California.
HUAWEI P50 & WATCH GT 3 PRO: MENDEFINISI ESTETIKA TEKNOLOGI MASA HADAPAN
Huawei Malaysia memperkenalkan dua peranti terbaharu, Huawei P50 dan WATCH GT 3 Pro yang akan mendefiniskan estetika teknologi yang lebih pintar.