PEOPLE WHO MATTERED THIS YEAR
Teks: Johan Kassim Gambar: TPG
NAMA MEREKA MENJADI BUALAN RAMAI. KELIBAT MEREKA TERUTAMANYA PADA TAHUN INI MENCETUSKAN TAJUK UTAMA RANGKAIAN MEDIUM MEDIA. SELAYAKNYA DIGELAR GOLONGAN BERPENGARUH, SENARAI NAMA INI YANG GLAM LELAKI KIRA TELAH MENINGGALKAN IMPAK BESAR SEPANJANG 2016. SIAPAKAH MEREKA?
Hillary Clinton
Hillary Clinton nyata wanita paling berpengaruh tahun ini. Dia yang sedang bertanding posisi Presiden Amerika Syarikat, memiliki ramai pengikut serta penyokong kempennya. Apakah dia bakal menjadi presiden wanita pertama Amerika Syarikat? Sama-sama kita saksikan nanti!
Jared Leto
Lakonannya sebagai The Joker untuk filem Suicide Squad dinantikan ramai. Menurut blog-blog filem, Jared Leto berjaya menonjolkan keberkesanan lakonannya. Kerjayanya kini terletak di peringkat lebih tinggi.
LESLIE JONES
Wataknya dalam filem Ghostbusters dikritik ramai, dikatakan ‘stereotypical’ dan rasis. Kemudian, disebabkan tweets-nya yang menghiburkan sepanjang Olimpik 2016, rangkaian TV NBC mempelawa Leslie ke Rio untuk membuat liputan di sana pula.
john hanke
Tanpa diduga, aplikasi Pokémon GO menjadi fenomena tahun ini. Tak kira lapisan umur dan generasi, semuanya ligat bermain aplikasi tersebut. CEO Niantic, John Hanke yang mengasaskan aplikasi Pokémon GO, adalah individu di sebalik kejayaan Pokémon GO.
prince
Berita kematian Prince tak dijangka, mengejutkan semua pihak. Lebih 20 tahun Prince menghiburkan para peminatnya. Sebagai tanda penghormatan, pelbagai majlis muzik seperti BET Awards dan Billboard Music Awards mempersembahkan tribute khas buat mendiang Prince.
tun dato’ seri dr Mahathir Mohamad
Tun Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad antara individu yang ligat menyuarakan pandangan dan pendapat tentang isu 1MDB. Yang terbaru, Tun M mengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
calvin harris
He’s the new rebellious boy! Sejak berpisah dengan Taylor Swift, Calvin Harris mula berani menonjolkan sisi baru menerusi akaun Snapchat-nya. Calvin semakin yakin tampil ‘shirtless‘ dan menunjukkan kehidupan barunya buat tatapan peminat.
RAF SIMONS
Pengumuman Raf Simons dilantik sebagai Ketua Pegawai Kreatif Calvin Klein baru benar-benar mengejutkan ramai pihak. Tetapi, kredibilitinya tak usah dipertikaikan lagi. Sama-sama kita saksikan perubahan yang bakal dibawa.
ALICIA VIKANDER
Namanya antara yang kerap meniti di bibir para pengikut filem sejak musim anugerah yang lalu. Selain berlakon hebat, stail Alicia Vikander menjadi perhatian dan banyak majalah fesyen mengangkatnya sebagai ikon fesyen baru.
Donald trump
Siapa jangka dia yang mula dikenali sebagai ahli perniagaan dan pengasas siri The Apprentice kini turut bertanding posisi Presiden Amerika Syarikat? Walaupun ramai mengecam kelayakannya, ramai juga menyokong perubahan yang bakal dibawanya terhadap Amerika Syarikat.
*Untuk membaca edisi lengkap rencana ini, dapatkan GL Sept 2016 versi digital di sini.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KANYE WEST MAHU TERUS MARA DALAM PILIHAN RAYA 2024
Selepas tewas dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2020, Kanye West mengumumkan dia akan bertanding dalam pilihan raya seterusnya.
DONALD TRUMP TERIMA MENANTU BILIONAIR BERKETURUNAN LUBNAN, MICHAEL BOULOS
Tiffany Trump selamat bergelar isteri Micheal Boulos dalam majlis perkahwinan mewah bertemakan Lubnan-Amerika pada 12 November.
TRANSFORMASI DRASTIK SELEBRITI DEMI WATAK DALAM FILEM
Lima selebriti Hollywood ini sanggup menjalani perubahan drastik demi mencipta persona tepat untuk watak yang dimainkan.
JARED LETO LANCAR PRODUK PENJAGAAN KULIT BERINSPIRASIKAN PADANG PASIR
Dari ‘Morbius’ kepada moisturizer! Bintang House Of Gucci, Jared Leto merupakan selebriti terkini yang melancarkan jenama sendiri.
DARI NOVEL KE DUNIA NYATA, ROYAL SELANGOR HASILKAN FIGURA BATMAN EDISI TERHAD
Diilhamkan daripada novel grafik, Royal Selangor tampilkan edisi terhad figura Batman dan Superman dari The Dark Knight Returns.
GRAMMY 2022: 8 BEST DRESSED LELAKI
Grammy 2022 yang berlangsung di MGM Grand Garden Arena, Las Vegas meriah dengan kehadiran selebriti lelaki yang tampan!