Skip to content

Porsche Mempersembahkan 911 GT3 Dengan Desain Baharu

Kongsikan artikel ini

Porsche melancarkan edisi ketujuh kereta sport berkuasa tinggi, 911 GT3 yang menampilkan kolaborasi bersama Porsche Motorsport.

 

Berita baik buat peminat kereta sport! Porsche menggegarkan industri permotoran dunia semalam dengan pelancaran kereta sport terbaharu mereka. Generasi ketujuh Porsche 911 GT3 adalah kereta sport berkuasa tinggi yang dihasilkan bersama Porsche Motorsport. Ia menampilkan keupayaan sport serta aerodinamik yang efisien.

Edisi 911 GT3 memindahkan teknologi perlumbaan yang sebenar kepada model produksi dengan lebih konsisten. Ia mempersembahkan desain gandar hadapan wishbone berganda dan aerodinamik yang sofistikated pada sayap belakang swan neck serta peresap yang menonjolkan, yang berasal daripada kereta lumba GT 911 RSR. Manakala, enjin boxer dengan enam-silinder empat-liter 375 kW (510 PS) diambil daripada 911 GT3 R, yang telah dicuba dan diuji dalam perlumbaan endurance.

 

 

Kekuatan sebenar 911 GT3 terletak pada karakternya sendiri. Dengan kelajuan maksima 320 km/j (318 km/j dengan PDK), ianya lebih laju daripada model 911 GT3 RS sebelum ini. Ia memecut dari sifar ke 100 km/j dalam 3.4 saat. Porsche turut menawarkan model baharu ini dengan transmisi manual enam-kelajuan untuk memberikan pengalaman pemanduan yang sebenar. Sempurna di atas litar perlumbaan dan sudah pasti mengagumkan untuk kegunaan harian.

Ciri-ciri genetik perlumbaan ditonjolkan secara praktikal pada rekaan 911 GT3 baharu. Rekaan cockpit direka selaras dengan model generasi terkini. Ia menampilkan skrin trek baharu yang dengan hanya satu sentuhan butang, ia dapat mengurangkan paparan digital di kiri dan kanan kaunter rev sentral yang mampu memcecah sehingga 10,000 revs. Dari informasi seperti penunjuk tekanan tayar, tekanan minyak, suhu minyak, aras tangki minyak dan juga suhu air, yang sangat penting ketika pemanduan di atas litar. Ia juga mempunyai bantuan shift visual dengan bar berwarna ke kiri dan kanan kaunter rev dan shift lampu daripada Motosport.

 

 

Eksklusif seperti desain 911 GT3 adalah jam tangan kronograf individual yang dihasilkan oleh Porsche Design buat pemilik kereta sport berkuasa ini. Ia membiaskan desain yang dinamik, persembahan konsisten serta seni pembuatan yang berkualiti tinggi. Ia dikuasakan oleh rotor elitan individual seperti roda 911 GT3. Warna dial boleh ditempah khas sama seperti warna model 911 GT3 nanti.

 

 

Porsche 911 GT3 boleh dimiliki dengan pra-tempahan di semua Porsche Centre di seluruh negara.

 

Foto: Porsche Malaysia

Baca lebih lanjut: BMW F 850 GS: EDISI ULANG TAHUN KE-40

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

mercedes-benz glc 300

#GLPANDUUJI MERCEDES-BENZ GLC 300 4MATIC

Bacaan Lanjut

5 MOTOSIKAL TERMAHAL DI DUNIA 2023

Bacaan Lanjut
Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya 01

Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya

Bacaan Lanjut

GOLF R-LINE – EVOLUSI KESERONOKAN VOLKSWAGEN TERBAHARU

Bacaan Lanjut
Keanggunan Nan Agresif 01

Keanggunan Nan Agresif

Bacaan Lanjut

KOLABORASI RIMOWA x PORSCHE UNTUK MENYATUKAN KELAS DAN FUNGSI

Bacaan Lanjut