RAKAM DAN RAIKAN MOMEN INDAH BERSAMA EOS M50
Sayang sekali jika anda terlepas merakam momen-momen indah bersama rakan dan keluarga, bukan? Apatah lagi detik-detik indah tidak selalunya berulang bukan? Dengan kamera terkini dari CANON, anda tidak perlu risau lagi. CANON baru-baru ini melancarkan kamera EOS M50 yang amat sesuai digunakan untuk meraikan detik-detik berharga dengan fungsi-fungsi seperti video 4K dan 4K image-grab.
Yang pasti ia sangat mudah untuk digunakan terutama sekali buat mereka yang baru pertama kali mengendalikan kamera berupa SLR. Selain itu, dengan kemunculan kamera ini, sudah semestinya ia dapat memupuk budaya fotografi sebagai sebahagian daripada gaya hidup yang positif dan menggalakkan pembaca mempertimbangkan kepentingan menangkap momen-momen yang paling berharga untuk disimpan dan dikenang.
KEJELASAN DAN KETEPATAN TERBAIK
Memastikan kepentingan untuk merakam detik-detik indah dalam kehidupan, CANON EOS M50 semestinya peranti fotografi yang patut untuk dimiliki oleh semua. Dengan kemudahan penggunaan dan mesra pengguna, wajarnya kamera ini digunakan bagi menangkap momen yang tidak boleh untuk anda lepaskan dengan kejelasan dan ketepatan yang terbaik.
Mana tidaknya? Dengan keupayaan merakam video berdefinisi tinggi 4K pertama Canon melalui EOS Movie dengan kadar bingkai yang tinggi pada tahap 120p HD serta time lapse dalam 4K. Selain itu, setiap foto diambil dengan resolusi tinggi boleh diekstrak daripada rakaman yang diambil melalui fungsi Frame Grabnya.
Kamera Canon pertama yang dipasang dengan pemproses DIGIC 8 Image baru, yang digabungkan dengan sensor CMOS berukuran 24.1 megapiksel APS-C membolehkan pengeluaran kualiti imej standard tertinggi, walaupun dalam suasana yang terang mahupun malap. Juga, dengan pemprosesan pengimejan baru DIGIC 8, Dual Pixel CMOS AF – auto-fokus dan penjejakan prestasi turut dipertingkatkan.
SPESIFIKASI TERUNGGUL
Selain dari menawarkan ketepatan dan kejelasan terbaik kala merakam video mahupun menangkap gambar, pelbagai spesifikasi unggul turut ditawarkan melalui model ini. Antaranya :-
- Sambungan lancar melalui Wifi, NFC, atau Bluetooth, membolehkan perkongsian mudah melalui sambungan malar pada penggunaan kuasa yang rendah untuk memudahkan muat naik dan berkongsi foto dan video di mana saja anda berada. Hebat bukan?
- Monitor LCD pelbagai sudut yang membolehkan fleksibiliti dalam pelbagai sudut semasa merakam, membolehkan ketepatan dan kawalan.
- Autofokus sentuh dan seret (touch and drag) membolehkan pengguna memilih dan menukar gambar dengan lancar.
- Mod senyap membolehkan penggambaran pada saat-saat senyap.
- Area AF yang lebih tinggi membolehkan anda menikmati ketepatan dalam bergambar dan merakam
- Peningkatan Dual Pixel Auto Focus CMOS untuk rakam video HD
- Ciri penstabilan lima paksi terbina dalam memastikan penangkapan video yang lancar dan tegas.
- Datang dengan 2.36 juta dot Electrical Viewfinder (EVF), menjamin gambaran imej yang sangat tepat dari apa yang dilihat oleh sensor kamera, merakam dan menangkap imej tanpa gangguan silau walaupun di bawah sinar matahari yang cerah.
DI Malaysia, EOS M50 dijual dengan dua variasi warna iaitu hitam dan putih, dalam tiga kombinasi iaitu:
- RM2,799 – badan sahaja
- RM3,199 – bersama lensa EF-M 15-45mm IS STM
- RM4,299 – bersama lensa EF-M 15-45mm IS STM & EF-M 55-200mm IS STM
Turut tersedia di stor rasmi CANON di LAZADA. Layari https://www.lazada.com.my/shop/canon-official-store-/ atau lawati mana mana Canon Image Square atau pengedar sah di seluruh negara.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 5 April 2018
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DIOR HADIRKAN KOLEKSI KAPSUL CD 1947
Musim ini Dior menghadirkan koleksi kapsul CD 1947. Dijamin setiap rekaan yang terkandung mencuri perhatian para penggemar fesyen streetwear khususnya.
NB FOR JADEN SMITH VISION RACERS, TARUHAN DUA WARNA EPIK
New Balance dan Jaden Smith bersatu untuk satu kolaborasi epik. Rekaan Vision Racers melengkapi gaya musim baharu.
H&M MENYUNTING PETE DAVIDSON
Pete Davidson membintangi kempen baru H&M. Menyuntik semangat baharu nan segar dalam lapangan fesyen lelaki.
FESYEN UPDATE! TIGA HIMPUNAN MESTI TAHU SEKARANG
Apakah koleksi terkini? GLAM Lelaki kongsikan tiga himpuna terkini yang wajar dimiliki bulan ini.
TOMMY HILFIGER KOMITED KEPADA KELESTARIAN, UMUM KERJASAMA BERSAMA SHAWN MENDES
Tommy Hilfiger melantik Shawn Mendes untuk projek ‘Play it Forward’ dan kempen ‘Classics Reborn’.
ONITSUKA TIGER NIPPON MADE, KOMBINASI TRADISI DAN INOVASI
Onitsuka Tiger mengukuhkan jenamanya dengan rangkaian Nippon Made. Menggabungkan warisan pertukangan dengan modenisasi.