RAKAM SETIAP DETIK HEBAT DENGAN GALAXY A8 DAN GALAXY A8+
Samsung Malaysia Electronics membuka tirai tahun ini dengan Samsung Galaxy A8 (2018) dan Galaxy A8+ (2018) baru, yang menjadikan setiap detik begitu bermakna. Direka untuk mereka yang gemar dengan keseronokan untuk merakam setiap saat dengan sempurna, Galaxy A8 (2018) dan A8+ (2018) menampilkan dwi kamera hadapan serta penarafan IP68 untuk perlindungan daripada air dan debu, lantas membolehkan pengguna merakam pelbagai jenis pengembaraan.
Dwi kamera hadapan yang terdapat pada Galaxy A8 (2018) dan A8+ (2018) untuk merakam swafoto yang hebat, walau dari sudut mana pun ia dirakam, merupakan ciri yang julung kali ditampilkan oleh Samsung. Dengan dwi kamera hadapan 16MP+8MP F1.9, yang terdiri daripada dua kamera yang berasingan, anda boleh menukar di antara kedua-duanya untuk merakam jenis swafoto yang anda inginkan – sama ada untuk rakaman dari jarak dekat atau gambar potret dengan latar belakang yang terang dan jelas. Galaxy A8 (2018) dan A8+ (2018), yang mengikut jejak langkah model-model utama sebelumnya, membawakan ciri termaju Live Focus yang membolehkan anda melaraskan kekaburan latar belakang (kesan ‘bokeh’) dengan mudah sebelum atau selepas anda merakam gambar untuk menghasilkan imej berkualiti tinggi.
Ciri-ciri termaju kamera hadapan dan belakang Galaxy A8 (2018) dan A8+ (2018) memastikan anda merakam imej yang tajam dengan bukaan F1.9 dan F1.7 pada waktu siang atau malam, walaupun dalam keadaan pencahayaan yang rendah sekalipun. Galaxy A8 (2018) dan Galaxy A8+ (2018) boleh didapati di Malaysia pada harga yang disyorkan iaitu RM1,799 dan RM2,499 (termasuk 6% GST). Kedua-dua peranti ini juga terdapat dalam warna Black, Gold dan Orchid Gray untuk disesuaikan dengan gaya anda yang tersendiri.
Dengan kamera belakang 16MP F1.7, setiap foto dirakam dengan sempurna walaupun pertama kali mencubanya, kelihatan jelas, terperinci dan bertenaga – sedia untuk dikongsikan begitu saja. Dengan ciri IP68 yang kalis air dan debu, Galaxy A8 (2018) dan A8+ (2018) boleh bertahan dalam pelbagai keadaan, termasuklah peluh, hujan, pasir dan habuk. Mempunyai penarafan IP68 iatu kalis habuk dan air. Berdasarkan ujian ketahanan di dalam air tawar sehingga 1.5 meter sehingga 30 minit.
Galaxy A8 (2018) dan Galaxy A8+ (2018) boleh didapati di Malaysia pada harga yang disyorkan iaitu RM1,799 dan RM2,499 (termasuk 6% GST). Kedua-dua peranti ini juga terdapat dalam warna Black, Gold dan Orchid Gray untuk disesuaikan dengan gaya anda yang tersendiri.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BUNYI MENAKJUBKAN DENGAN FON PUTIK HUAWEI FREEBUDS 5I TERBAHARU
GLAM Lelaki berpeluang mencuba fon putik Huawei FreeBuds 5i terbaharu yang memberikan kualiti audio dan reka bentuk bergaya, serta menyokong sistem operasi Android, iOS serta Windows.
PEMBESAR SUARA MUDAH ALIH PILIHAN GLAM LELAKI
Buat julung kali, Devialet memperkenalkan pembesar suara pintar mudah alih yang menggunakan teknologi pintar terkini untuk menikmati pengalaman stereo 360 darjah.
HADIAH AKHIR TAHUN TERBAIK BUAT LELAKI YANG SUKAKAN GAJET
InfinityLab memperkenalkan 2 gajet dengan inovasi terbaharu buat lelaki untuk meraikan akhir tahun sebagai hadiah kepada keluarga, sahabat dan rakan sekerja.
10 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG iOS 16
Ciri khas iOS 16 tampil dengan pelbagai feature yang perlu anda tahu. Teroka dan nikmati pengalaman menarik dengan kemaskini Iphone terbaru.
APPLE PERKENAL 4 VARIASI IPHONE 14, APPLE WATCH ULTRA & AIRPODS PRO BAHARU
CEO Apple, Tim Cook memperkenalkan rangkaian peranti terbaharu seperti iPhone 14 dan Apple Watch Ultra ketika acara pelancaran yang dinanti-nantikan peminat di Apple Park, California.
PRE-ORDER PERANTI SAMSUNG HARI INI
Samsung Malaysia memperkenalkan beberapa buah peranti pintar terbaru bagi melengkapkan gaya seharian anda.