RASAI PENGALAMAN KETAKUTAN BERGANDA DALAM CRAWL
Pertama sekali, penulis akui agak bersikap skeptikal tentang filem yang berkisarkan haiwan pembunuh. Tidak banyak filem bergenre begini mendapat tempat di hati. Terakhir kali filem sebegini yang menghiburkan adalah filem Anaconda lakonan Jennifer Lopez sekitar tahun 1997. Filem berkisar haiwan pembunuh, lebih khusus tentang buaya bukanlah pertama kali. Masih ingat tentang filem Lake Placid dan Rogue?

Dan untuk filem Crawl ini, sekali lagi haiwan pembunuh iaitu buaya diangkat sebagai subjek keganasan yang memburu manusia. Sedikit sinopsis tentang filem ini, Crawl mengisahkan tentang seorang wanita muda, Haley lakonan Kaya Scodelario yang dalam misi untuk menyelamatkan bapanya (Barry Pepper) ketika ribut taufan kategori 5 melanda rumah mereka. Bagaimanapun, dalam cubaannya itu, Hailey akhirnya menyedari rumah ditenggelami air bukanlah perkara yang paling ditakuti, tetapi beberapa ekor buaya yang terlepas dan hanya menunggu masa untuk menjamah mereka.

Adakah penulis menyarankan anda untuk menonton filem Crawl ini di panggung? Definitely! Ini sebab-sebabnya.
- Ketakutan berganda. Bagi anda yang mengemari filem seram dan sukakan elemen jump-scare, this is the film for you guys! Penulis akui beberapa kali terkejut dan ‘menyumpah’ dengan kelibat buaya-buaya ganas ini yang merangkak sambil menyelinap dalam gelap dan di dalam air. Apatah lagi, its not one but more than two! Dan seterusnya air bah yang hampir menenggelamkan rumah mereka menambah unsur suspen. Filem Crawl adalah filem sempurna dalam menyerlahkan elemen ‘ketakutan’ dan fobia manusia dalam satu-satu masa – gelap, lemas dan binatang buas.
- Gabungan kerjasama arahan Alexandre Aja dan diterbitkan oleh Sam Raimi sudah cukup menarik minat untuk ke panggung. Alexandre Aja memang terkenal dengan arahan-arahan filem seram seperti The Hills Have Eyes, serta Sam menerusi filem Drag Me To Hell. Bagi penulis gabungan kedua-dua ini menjadi.
- Penulis memuji lakonan Kaya Scodelario yang nyata terserlah. Kyra yang sebelum ini pernah muncul dalam filem The Maze Runner dan Pirates of The Caribbean bijak menampilkan emosi seorang gadis muda yang ketakutan namun terpaksa tough it up, berhadapan situasi yang menyukarkan. Penulis juga mengagumi elemen perhubungan antara dua beranak ini yang diserlah di tengah-tengah saat genting menerusi sorotan flashbacks, memberikan penonton untuk menghela nafas sebelum kembali disergah buaya ganas ini.

Untuk artikel berkaitan, klik sini
Yang pasti penulis menikmati filem Crawl ini dan sebenarnya mengharapkan lebih masa tontonan. Cuma, babak-babak di mana Haley berjaya melepaskan diri walaupun diterkam 3 kali oleh buaya dan masih mampu untuk melepaskan diri agak sedikit tidak masuk dek akal. But, what to expect she’s the hero right? Apa-apa pun, filem Crawl masih boleh disaran untuk ditonton, namun tidak bagi penonton bawah 18 tahun. Penulis memberikan 7/10 untuk filem Crawl. Filem Crawl mula ditayangkan 11 julai ini. ?

Tags
Artikel Yang Berkaitan
DIORIGINALS: MENGHIDUPKAN SEMULA 5 WANGIAN IKONIK DIOR DI MALAYSIA
Lima daripada wangian ikonik Dior, Dioriginals kini tersedia di butik Dior seluruh Malaysia untuk dirasai sendiri pengalaman harum ini.
EMPTY PAGE. KEMBALI DENGAN ‘BERDOSA’, BANGKITKAN TRAUMA LAMA
Selepas mencuri perhatian menerusi lagu ‘mata(hari)’, kumpulan pop rock Empty Page. kembali dengan single terbaharu berjudul ‘BERDOSA’
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
UNDIAN GL THE MAN AWARDS 2026 BERMULA! KENALI 10 NOMINEE GL STYLE’S CHOICE
GL The Man Awards kembali buat edisi 2026. Penerima Style’s Choice bakal dipilih oleh para pembaca GLAM Lelaki melalui undian. Sebelum itu, kenali 10 nominee ini!
GL PLAYLIST: 10 LAGU IKONIK SEPANJANG ZAMAN YANG DILANCARKAN PADA BULAN OKTOBER
Siapa sangka, lagu-lagu ikonik sepanjang zaman sebenarnya banyak dilahirkan pada bulan yang baru bermula ini, Oktober.
LEGASI ALLAHYARHAMAH TUN DR SITI HASMAH SEPANJANG HIDUPNYA
Pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah meninggalkan kesan mendalam buat rakyat. Namun, legasinya juga besar di negara ini.











