Skip to content

RENAISSANCE HOTEL & CONVENTION CENTRE KUALA LUMPUR DIBUKA SEMULA

Kongsikan artikel ini

Setelah sekian lama ditunggu-tunggu, Renaissance Hotel & Convention Centre yang merupakan sebahagian daripada portfolio global Marriott Bonvoy kini dibuka semula di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur. 

Diimaginasikan semula sepenuhnya sebagai pusat peranginan bandar di tengah-tengah Kuala Lumpur, Renaissance Hotel & Convention Centre mempersembahkan naratif baharu yang diilhamkan oleh semangat kemasyarakatan. Tidak jauh dari Menara Berkembar Petronas yang ikonik dan daerah beli-belah Bukit Bintang Golden Triangle, hotel ini berada dalam jarak berjalan kaki dari monorel Bukit Nanas dan stesen transit aliran ringan Dang Wangi, serta hab pengangkutan pusat bandar. GoKL, sebuah bas bandar percuma, terletak berhampiran dengan menawarkan kebolehcapaian yang sukar ditanding.

RENAISSANCE HOTEL & CONVENTION CENTRE KUALA LUMPUR DIBUKA SEMULA DENGAN DESTINASI RASA BAHARU

Renaissance Hotel & Convention Centre mempunyai 406 bilik tetamu yang direka bentuk semula termasuk family suites bertema untuk keselesaan tetamu perniagaan dan percutian di samping pengalaman luar biasa berinspirasikan kejiranan. Menjelmakan reka bentuk yang bergaya dan sentuhan elemen tempatan, bilik-bilik menawarkan kemewahan ruang, lekapan yang selesa dan pemandangan yang menakjubkan. Manakala family suites yang unik memberikan keselesaan berinspirasikan apartmen dengan tema yang meriah.

Menangkap intipati urban resort dengan kemudahan di tingkat 3 dan 4 menetapkan tempat tinggal yang ideal untuk tetamu berehat. Ia termasuk salah satu kolam renang luaran terbesar di bandar, lengkap dengan gelongsor air, wet play area. Juga Paradise Trails adventure zone, indoor Kids Club dan Stay & Play. Terdapat juga 24-hour fitness center dan Mandara Spa untuk ekspresi kesihatan yang terbaik.

Konsep reka bentuk semula Renaissance Hotel & Convention Centre hadir sepenuhnya dengan tiga restoran dan bar bersertifikat Halal tersendiri. Dengan mempamerkan citarasa tempatan dan global dengan naratif unik secara individu. Evolusi dengan konsep santapan sepanjang hari diilhamkan oleh citarasa Italian Amalfi Coast.

 

R Bar menjemput tetamu untuk malam spontan dengan pengalaman bar berinspirasikan budaya. Menampilkan Ritual Bar yang terkenal daripada program Evenings at Renaissance yang terkenal. Ia mempamerkan ramuan inspirasi tempatan dengan muzik dan seni tempatan secara langsung dalam gabungan. Menaikkan konsep restoran tepi kolam, H2O Bar & Grill memancarkan suasana urban resort yang penting kepada persekitaran akuatik dan bayu tropika.

Convention Centre serba baharu seluas 52,000 kaki persegi menyajikan pusat sehenti untuk peluang acara tanpa had. Convention Centre dilengkapi dengan ruang legar yang luas, sokongan audiovisual khusus, dan kawasan rehat komunal yang unik sesuai untuk sebarang acara. Daripada persidangan berskala besar kepada majlis perkahwinan dan parti yang besar.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, anda boleh layari laman web Renaissance.

 

Artikel berkaitan: BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

By Zahirah Zulkhairi
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BEYONCE MUNCUL DENGAN ALBUM MUZIK ERA BARU, COWBOY CARTER

BEYONCE MUNCUL DENGAN ALBUM MUZIK ERA BARU, COWBOY CARTER

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut
marina bay sands Singapore

TEROKAI PERCUTIAN MEWAH ERA BAHARU DI MARINA BAY SANDS, SINGAPURA

Bacaan Lanjut
GRAMMY 2023: MENGAPA NETIZEN TIDAK BERPUAS HATI DENGAN KEMENANGAN HARRY STYLES?

GRAMMY 2023: MENGAPA NETIZEN TIDAK BERPUAS HATI DENGAN KEMENANGAN HARRY STYLES?

Bacaan Lanjut

MENU ISTIMEWA TAHUN BAHARU CINA DI W KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

KUALA LUMPUR MENDUDUKI TEMPAT #2 DESTINASI PERCUTIAN TERSOHOR DUNIA

Bacaan Lanjut