PINDAH WANG DENGAN FACEBOOK GUNAKAN TRANSFERWISE
Sebuah syarikat pemindahan wang, TransferWise baru-baru ini telah melancarkan satu perkhidmatan baru membolehkan pengguna menghantar wang antarabangsa melalui aplikasi chat Facebook Inc. Wow! Apa benar dakwaan ini? Ya, syarikat yang beroperasi di London itu telah pun membina satu aplikasi Facebook Messenger yang dipanggil ‘chatbot’, iaitu sebuah program automatik membantu pengguna berkomunikasi dalam lingkungan perniagaan masing-masing dan menjalankan tugasan biasa seperti pembelian dalam talian dan lain-lain.
Chatbot TransferWise ini membolehkan para pelanggan untuk menghantar wang kepada rakan-rakan dan keluarga ke (dan dari) Amerika Syarikat, Eropah, Kanada, Britain serta Australia melalui Facebook Messenger tersebut.Buat pengetahuan anda, Facebook telah pun membolehkan pengguna menghantar wang secara domestik dalam Amerika Syarikat melalui aplikasi Messenger itu, namun, perkhidmatan ini masih belum boleh diaplikasikan di peringkat antarabangsa.
TransferWise turut berkata bahawa perkhidmatan ini akan menjadi yang pertama untuk membolehkan pemindahan wang antarabangsa sepenuhnya melalui Messenger. Facebook telah membuka aplikasi Messenger kepada pemaju untuk mewujudkan chatbot pada bulan April dalam usaha untuk memperluaskan pencapaiannya dalam perkhidmatan pelanggan dan urus niaga syarikat.
Menurut Scott Miller, ketua perkongsian antarabangsa untuk TransferWise, walaupun chatbot TransferWise itu kini hanya boleh didapati di Facebook Messenger ia masih boleh disesuaikan untuk bekerja dengan perkhidmatan perbualan popular lain. Perkhidmatan itu juga akan diperluaskan di negara-negara lain.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 22 Februari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 PEMPENGARUH FESYEN LELAKI ANDA PATUT IKUTI
Pempengaruh fesyen di Malaysia sudah semakin meningkat, walaupun dalam kalangan lelaki. Mereka menjadi satu inspirasi besar buat penggemar fesyen.
DARI INSTAGRAM KE TOM CRUISE, KENALI CONTENT CREATOR SOFYANK
Sofyank melebarkan sayapnya dengan lebih luas sebagai seorang pencipta kandungan selepas berjumpa dengan pelakon lagenda, Tom Cruise.
MET GALA 2025: WANITA MENDOMINASI TEMA MASKULIN
Ketahui bagaimana wanita mendominasi pentas karpet merah Met Gala 2025 dengan gaya tailored penuh statement.
PASANGAN MET GALA 2025 HANGAT DI KARPET MERAH
Met Gala 2025 kembali memukau dunia dengan kemewahan, gaya, dan tentu saja, chemistry pasangan hangat yang mencuri perhatian di karpet merah.
THUNDERBOLTS KINI BERGELAR THE NEW AVENGERS?
Thunderbolts kini dikenali sebagai The New Avengers! Ketahui mengapa perubahan besar yang menggemparkan peminat Marvel.
MET GALA 2025 SOROTAN FESYEN TETAMU LELAKI
Acara fesyen tahunan terbesar, Met Gala 2025 sudah bermula untuk tahun penuh fesyen ini, penuh sorotan istimewa.