Skip to content

SAMSUNG GALAXY S9 TELEFON PINTAR TERBAIK, UNTUK GAMBAR TERBAIK!

Kongsikan artikel ini

SAMSUNG dilihat kian gah dan mendominasi dengan kehadiran rangkaian telefon pintar terbaru iaitu, Galaxy S9 dan S9+ yang nyata punya kelebihan dan keunikkannya yang tersendiri. Antara spesifikasi menarik ditawarkan adalah ianya hadir dengan skrin 5.8-inci dengan paparan Quad HD+, disertakan cip Exynos 10nm dengan memori 4GB RAM di samping storan 64GB. Ia turut hadir dengan kamera belakang 12-megapixel OIS yang menawarkan bukaan boleh laras antara (F/1.5 atau F/2.4). Selain itu, Galaxy S9 turut menawarkan kuasa audio 3.5mm, pengimbas cap jari dibelakang, sokongan kalis air, dan bateri berkapasiti 3000mAh.

 

RUMUSAN GALAXY S9 OLEH GLAM LELAKI

Penulis GLAM Lelaki berkesempatan untuk menggunakan Galaxy S9 dan merasai sendiri pengalaman memiliki telefon bimbit ini. Apa yang boleh dirumuskan di sini adalah kekuatan pada penghasilan foto dan video berkualiti hebat, tidak kira siang mahupun malam. Apatah lagi, untuk rakaman selfie, ia hadir dengan kamera hadapan 8-megapixel F/1.7. Selain itu, anda sendiri boleh mencipta emoji dengan wajah anda sendiri! Thats super cool!

Dari seri desain pula, tiada apa perlu dikatakan. Ia lebih elegan, moden dan kemas seiring dengan kelebihannya yang kalis air dan habuk. Telefon pintar ini turut memfokuskan kepada sokongan kamera melaluinya, disamping pada masa yang sama mengekalkan pelbagai ciri-ciri utama seperti  bicu audio, pengimbas cap jari dan sebagainya.

Sepanjang tempoh penggunaan, GLAM Lelaki cukup berpuas hati dan dan memberikan 8 / 10 untuk Galaxy S9. Galaxy S9 dan S9+ telah mula berada di pasaran sejak Mac lalu menawarkan harga dari RM3,299 – RM4,399, dengan tiga tona warna – Midnight Black, Coral Blue dan Lilac Purple.      

Oleh Wan Mohd Firdaus, 31 Mei 2018

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

semua house

PENGGABUNGAN SENI, BUDAYA & TEKNOLOGI: PEMBAHARUAN SAMSUNG TERHADAP SEMUA HOUSE YANG IKONIK

Bacaan Lanjut

HOUSE OF DISCOVERE, MALAM EKSKLUSIF PENUH GAYA

Bacaan Lanjut

TEROKAI ERA BARU AI MUDAH ALIH BERSAMA SIRI SAMSUNG GALAXY S24

Bacaan Lanjut
PERANTI PINTAR SAMSUNG PELENGKAP GAYA SEHARIAN

PRE-ORDER PERANTI SAMSUNG HARI INI

Bacaan Lanjut

#GLFirstgayahidup: UNIQLO SPORT UTILITY WEAR

Bacaan Lanjut

SELAMI KEINDAHAN PERAIRAN PULAU JEJU DENGAN GALAXY S21 ULTRA

Bacaan Lanjut