Olimpik Rio 2016: Harapan Team Atlet Pelarian
Tumpuan pada malam pembukaan Olimpik Rio 2016 bukan saja warna warni persembahan pada skala besar yang bakal dipersembahkan oleh warga Brazil yang cukup bersemangat menerima ribuan tetamunya. Kali ini perbarisan kontigen negara-negara turut menjadi tumpuan dan paling dinantikan adalah perarakan sepuluh atlet pelarian yang bernaung di bawah bendera Olimpik yang dinamakan Refugee Olympic Team (ROT).
Sambutan meriah buat ROT yang tiba di perkampungan sukan di Rio. Foto: www.rio2016.com/gettyimages
Mereka tidak mewakili negara kelahiran masing-masing tetapi berbekal kebolehan dalam bidang sukan yang sudah sebati dalam diri, mereka layak untuk bertanding di temasya sukan terbesar dunia ini. Mereka juga membawa harapan keamanan serta harapan mereka masih boleh menyumbang dalam bidang sukan.
Menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, IOC dengan kerjasama UNHCR, penubuhan pasukan itu dilihat sebagai simbol harapan untuk semua pelarian seluruh dunia. Ini adalah kali pertama pasukan ini ditubuhkan khusus untuk membawa mereka untuk bertanding dalam Sukan Olimpik 2016 di Rio De Jeneiro, Brazil.
Pelarian Syria, Yusra Mardini dibantu oleh Majlis Olimpik Jerman yang membawanya layak bertanding di Rio. Yusra juga cukup dikenali kerana pernah menyelamatkan 20 pelarian daripada mati lemas di Laut Mediterranean. (Foto: IOC)
Pelari maraton Yonas Kinde bernaung dan berlatih di Luxembourg dan kemungkinan besar bakal membawa pulang sebutir pingat. (Foto:Rio 2016)
Presiden IOC, Thomas Back berkata kehadiran atlet pelarian ini akan membuka mata dunia bahawa mereka juga boleh menyumbang kepada komuniti melalui bakat walaupun berdepan dengan tragedi yang tidak berperikemanusiaan. “Ini adalah signal kepada dunia bahawa pelarian juga adalah manusia sama seperti kita semua dan perlu dihargai oleh masyarakat.”
Paul Amotun Lokoro and Anjelina Nadai Lohalith dari Selatan Sudan berpeluang tonjolkan kemampuan mereka bertanding dengan atlet unggul dunia. (Foto: IOC)
Atlet Pelarian yang membentik Refugee Olympic Team (ROT) adalah:
- Rami Anis (lelaki): Negara asal – Syria; negara hos NOC (National Olympic Committee – Belgium; sukan – renang
- Yiech Pur Biel (lelaki): Negara asal – Selatan Sudan; negara hos NOC – Kenya; sukan – olahraga, (800m)
- James Nyang Chiengjiek (male): Negara asal – Selatan Sudan; negara hos NOC– Kenya; sukan – olahraga (400m)
- Yonas Kinde (lelaki): Negara asal – Ethiopia; negara hos NOC – Luxembourg; sukan – olahraga (marathon)
- Anjelina Nada Lohalith (female): Negara asal – Selatan Sudan; negara hos NOC – Kenya; sukan – olahraga (1500m)
- Rose Nathike Lokonyen (female): Negara asal – Selatan Sudan; negara hos NOC – Kenya; sukan – olahraga (800m)
- Paulo Amotun Lokoro (lelaki): Negara asal – Selatan Sudan; negara hos NOC – Kenya; sukan – olahraga (1500m)
- Yolande Bukasa Mabika (female): Negara asal – Republik Demokratik Congo; negara hos NOC – Brazil; sukan – judo, (70kg)
- Yusra Mardini (female): Negara asal – Syria; negara hos NOC– Germany; sukan – renang
- Popole Misenga (lelaki): Negara asal – Republik Demokratik Congo; negara hos NOC – Brazil; sukan – judo (-90kg)
Mereka adalah antara ribuan pelarian dari negara masing-masing yang berlindung di kem pelarian negara asing yang kini berbesar hati menjadi hos serta membantu atlet ini dalam persediaan serta menjalani latihan menjelang Olimpik ini.
Rami Anis berlatih di Belgium untuk mencari peluang menggengam pingat Olimpik dalam sukan renang. (Foto: IOC)
Walaupun mereka tidak mengharapkan meraih pingat, namun kehadiran serta layak untuk berada sebaris dengan atlet bertaraf dunia lain adalah hadiah yang paling bermakna dan sangat dihargai oleh mereka yang tidak punyai bendera untuk dikibarkan, tiada lagu negara untuk dimainkan sekiranya naik podium dan tiada penyokong dari negara asal.
Dua atlet Judo dari Congo yang berlatih dan bernaung di Brazil dan pelari dari Selatan Sudan James Nyang Chiengjiek berlatih di Kenya.
Mungkin mereka sebatang kara tetapi dunia kini berada bersama mereka dan lima gelung Olimpik bersatu menyokong dalam satu semangat kesukanan dan juga semangat kemanusiaan.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
IKON FESYEN TAMPIL UNTUK VERSACE SS23
Versace SS23 memberikan sebuah gerakan mantap dengan penampilan supermodel era ‘90-an dan model generasi baru sebagai bentuk penghargaan.
TEKSTUR SERUM WAJAH PALING NGAM UNTUK LELAKI
Aesop bagi solusi terbaik menerusi Lucent Facial Concentrate untuk lelaki yang kurang suka tekstur yang tebal atau minyak!
NIKE DAN TIFFANY & CO.:KOLABORASI EPIK
Penyuka gaya vibrant dan muda pasti mengimpikan koleksi ini melengkapi gerobok fesyen musim baharu. Ucapkan hello to Tiffany & Co. dan Nike.
Armani Exchange Singkap Mood Cerita & Penuh Tenaga
Untuk musim bunga 2023, Armani Exchange sambut tenaga vibrant yang akan mendukung setiap gerak anda.
SKY ISKANDAR, MODEL & USAHAWAN ERA BAHARU. “I’M A DREAMER, I DREAM BIG AND I DON’T SETTLE”
Kenali Sky Iskandar, bergelar model, usahawan dan mula menceburi bidang lakonan. Bercerita tentang fesyen dan gaya peribadinya.
5 SEBAB KOLEKSI MUSIM BUNGA 2023 UNIQLO U ADALAH KOLEKSI ASAS TERBAIK.
Koleksi UNIQLO U yang terbaru mengilhami tema ‘A Sense of Ease’, mewujudkan tampilan sederhana yang moden.