ROBERT DE NIRO X ERMENEGILDO ZEGNA SPRING SUMMER 2017
Ermenegildo Zegna, jenama pakaian antarabangsa terkenal kini hadir dengan injeksi arah yang baru untuk kempen spring-summer tahun ini. Jenama gergasi dari Itali itu baru saja melancarkan kempen ‘Defining Moments’ yang menampilkan aktor lagenda Robert De Niro bersiar-siar bersama dengan seorang lagi model lelaki terkemuka, McCaul Lombardi.
Seperti di dalam filem, De Niro berperanan seakan mentor kepada McCaul dan membawanya menyusuri pekan Los Angeles di mana aksi mereka berdua mendapat sentuhan daripada jurugambar handalan, Francesco Carrozzini. Menampilkan pertembungan dua generasi, mereka berkongsi percutian serta legasi, di mana mereka berdua yang berdarah Italian-American benar-benar menyuntik elemen elegan dan stail, dengan karekter bersahaja.
DeNiro ternyata kelihatan masih segak dan bergaya dengan visi cool bersama sut hitam tradisi serta kaca mata hitam khas dari kempen Ermenegildo Zegna’s Defining Moments. Aura kacak McCaul juga sememangnya tidak dapat dinafikan. Pengambaran mereka berdua diadakan di kawasan-kawasan tertentu seperti di kolam renang termasuk di beberapa sudut di sebuah rumah mewah.
Saksikan video eksklusif kempen Ermenegildo Zegna’s Defining Moments kempen spring summer 2017 terbaru melalui pautan di bawah.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 13 Februari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DIOR HADIRKAN KOLEKSI KAPSUL CD 1947
Musim ini Dior menghadirkan koleksi kapsul CD 1947. Dijamin setiap rekaan yang terkandung mencuri perhatian para penggemar fesyen streetwear khususnya.
COACH x TOM WESSELMANN, MERAIKAN KARYA ARTIS POP TERNAMA
Coach mengundang Tom Wesselmann untuk hasilkan koleksi kapsul. Menggabungkan seni dan fesyen, deretan aksesori memikat melengkapi penampilan.
KONTRAS DAN CETAKAN LIAR JADI CIRI KHAS KOLEKSI LA VACANZA 2022
Summer holiday! Gaya kembara lebih hangat dengan padanan koleksi La Vacanza 2022 citra Versace.
HEAT 2: TIMOTHEE CHALAMET PILIHAN AL PACINO
Susulan filem terkenal Heat dilaporkan bakal menemui peminat selepas 27 tahun.
ACQUA DI GIÒ EAU DE PARFUM DAYA TARIKAN MASA DEPAN
Giorgio Armani memperkenalkan ACQUA DI GIÒ EAU DE PARFUM sebagai haruman ikonik nan maskulin untuk lelaki masa depan.
NB FOR JADEN SMITH VISION RACERS, TARUHAN DUA WARNA EPIK
New Balance dan Jaden Smith bersatu untuk satu kolaborasi epik. Rekaan Vision Racers melengkapi gaya musim baharu.