Skip to content

KING LIVING BUKA RUANG PAMER DAN JUAL KEDUA DI BANGSAR

Kongsikan artikel ini

Jenama King Living telah berada di pasaran Malaysia selama dua tahun lamanya. Walau kehadirannya masih baru, namun King Living terkenal dek menawarkan rekaan perabot ringkas tetapi penuh fungsi dan inovasi yang menjadi kekuatan jenama perabot berasal dari Australia ini. Dan baru-baru ini, King Living telah melancarkan ruang pamer dan jualan kedua di Bangsar. Ruang pamer pertama King Living terletak di IPC Damansara.

Selepas mendapat sambutan baik dari rakyat Malaysia, King Living tanpa ragu melangkah yakin menerusi pembukaan ruang pamer dan jual kedua di Jalan Maarof, Bangsar. Bangunan tiga aras ini mempamerkan rangkaian sistem sofa, meja kopi, bangku, meja makan, perabot landskap luar di aras bawah dan pertama, dan di aras kedua menempatkan ajnas reka bentuk dan inovasi kamar beradu seperti katil, unit storan dan tilam.

“Ini adalah lebih dari sekadar ruang pamer yang mana menawarkan pengalaman untuk pengguna yang tidak berkompromi mengenai gaya, fleksibiliti, ketahanan dan keselesaan abadi di kediaman,” beritahu pengasas King Living, David King yang terbang dari Sydney, Australia untuk turut serta dalam acara perasmian ruang pamer ini.

Untuk informasi lebih lanjut tentang King Living dan perabot yang ditawarkan, layari www.kingliving.com.my. Kunjungi ruang pamer dan jual King Living di Level 1, IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara, 47800, Petaling Jaya di 603-7732 0272 Bangsar atau King Living Flagship Showroom, No: 61, Jalan Maarof, Taman Bangsar, 59000, Kuala Lumpur di talian +603-2633 7600.

Teks: Nadia Zolfikli / Olahan: Wan Mohd Firdaus

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PRODUK TERBARU APPLE SPRING LOADED EVENT

Bacaan Lanjut

PENCIPTAAN TERPINTAR: DYSON LIGHTCYCLE MORPH

Bacaan Lanjut
RIMOWA TAMPIL KLASIK DENGAN WARNA HITAM MATTE

RIMOWA TAMPIL KLASIK DENGAN WARNA HITAM MATTE

Bacaan Lanjut
TIPS KEKAL CERGAS SEMASA RAMADHAN

TIP KEKAL CERGAS SEPANJANG RAMADHAN

Bacaan Lanjut
Toxic Masculinity Dalam Kesihatan Mental Dan Fizikal

Toxic Masculinity Dalam Kesihatan Mental Dan Fizikal

Bacaan Lanjut
Slow Seks - Menjadikan Hubungan Seks Lebih Intim

Slow Seks: Adegan Seks Lebih Intim

Bacaan Lanjut