SAMSUNG GALAXY NOTE 9, TELEFON PINTAR BERKEUPAYAAN TINGGI KINI DI MALAYSIA!
Galaxy Note 9 kini telah tiba di Malaysia! Dua model Galaxy Note 9 ditawarkan hadir dengan dua pilihan storan 128 dan 512GB dengan tiga warna ditawarkan iaitu Midnight Black, Metallic Copper dan Ocean Blue.
Untuk spesifikasi Samsung Galaxy Note 9 hadir dengan skrin 6.4-inci SAMOLED QHD+ HDR, dijana dengan pemprosesan Exynos 9810, memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 512GB. Bagi yang memerlukan storan lebih besar, terdapat sokongan kad mikroSD sehingga 512GB bagi memberikan storan terkumpul mencecah 1TB. Wow!
Kemampuan kamera pula ialah 12+12 Megapixel dengan satu lensa dilengkapi bukaan boleh ubah f/1.5 ke f/2.4. Kedua-dua sensor ini dilengkapi sistem OIS dan pemfokusan dual Pixel. Di hadapan pula terdapat kamera swafoto sebesar 8-Megapixel f/1.7. Kamera utama Note 9 turut mempunyai sokongan kecerdasan buatan yang mengenali objek dan mengoptimasikan tetapan kamera untuk rakaman gambar yang terbaik.
Galaxy Note9 dilengkapi dengan bateri 4000mAh, dimana bateri terbesar pernah digunakan untuk telefon siri Galaxy. Peranti ini juga menyertakan sister Water Carvon Cooling berasaskan AI pada peranti untuk membawakan prestasi berkeupayaan tinggi juga stabil.
EVOLUSI S PEN
S Pen ciri tersendiri dalam siri Note membolehkan pengguna mencatar nota yang penting serta mengembangkan idea. Kini dengan Bluetooth Low-Energi BLE. Dengan hanya 1 klik, pengguna kini dapat merakam swafoto dan gambar berkumpulan, membentangkan slaid, menghenti dan memainkan video dan banyak fungsi lagi. Dengan pengecasan selama 40 saat, S-Pen boleh berfungsi sebagai alat kawalan jauh sehingga 30 minit menurut Samsung.
Di Malaysia Samsung Galaxy Note 9 akan mula dijual pada 24 Ogos ini. Harga jualan ialah RM3699 untuk versi 6GB/128GB dan RM4599 untuk versi 8GB/512GB.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 15 Ogos 2018
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BUNYI MENAKJUBKAN DENGAN FON PUTIK HUAWEI FREEBUDS 5I TERBAHARU
GLAM Lelaki berpeluang mencuba fon putik Huawei FreeBuds 5i terbaharu yang memberikan kualiti audio dan reka bentuk bergaya, serta menyokong sistem operasi Android, iOS serta Windows.
PEMBESAR SUARA MUDAH ALIH PILIHAN GLAM LELAKI
Buat julung kali, Devialet memperkenalkan pembesar suara pintar mudah alih yang menggunakan teknologi pintar terkini untuk menikmati pengalaman stereo 360 darjah.
HADIAH AKHIR TAHUN TERBAIK BUAT LELAKI YANG SUKAKAN GAJET
InfinityLab memperkenalkan 2 gajet dengan inovasi terbaharu buat lelaki untuk meraikan akhir tahun sebagai hadiah kepada keluarga, sahabat dan rakan sekerja.
10 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG iOS 16
Ciri khas iOS 16 tampil dengan pelbagai feature yang perlu anda tahu. Teroka dan nikmati pengalaman menarik dengan kemaskini Iphone terbaru.
APPLE PERKENAL 4 VARIASI IPHONE 14, APPLE WATCH ULTRA & AIRPODS PRO BAHARU
CEO Apple, Tim Cook memperkenalkan rangkaian peranti terbaharu seperti iPhone 14 dan Apple Watch Ultra ketika acara pelancaran yang dinanti-nantikan peminat di Apple Park, California.
PRE-ORDER PERANTI SAMSUNG HARI INI
Samsung Malaysia memperkenalkan beberapa buah peranti pintar terbaru bagi melengkapkan gaya seharian anda.