Skip to content

SEGALANYA TENTANG CAPTAIN AMERICA: BRAVE NEW WORLD

SEGALANYA TENTANG CAPTAIN AMERICA: BRAVE NEW WORLD

Kongsikan artikel ini

Chris Evans mungkin sudah menggantung sut adi wiranya, namun Captain America tetap akan kembali menerusi watak yang cukup dikenali dan disayangi peminat.

Filem terbaru Captain America: Brave New World menampilkan teraju utama Marvel, Anthony Mackie yang akan menghidupkan semula karakternya sebagai Sam Wilson dan alter ego adi wiranya, Falcon. Namun kini dia mempunyai peranan baru untuk diterajui: Captain America.

Treler pertama filem arahan Julius Onah itu dikongsikan baru-baru ini di laman sosial. Ia memperlihatkan Sam menyarung sut adi wira sambil menggenggam perisai ikoniknya. Sedutan itu menunjukkan pertelingkahan antara Sam dan Presiden Thaddeus Ross kala Captain America membuat pertimbangan untuk bekerjasama dengan kerajaan Amerika Syarikat atau tidak dek keengganan kerajaan memihak kepadanya sebelum ini.

SEGALANYA TENTANG CAPTAIN AMERICA: BRAVE NEW WORLD

Foto: Marvel

Ini yang anda perlu tahu mengenai filem Captain America: Brave New World

 

Barisan Pelakon

Anthony menerajui filem itu sebagai Sam Wilson atau Captain America terbaharu. Harrison Ford membuat kemunculan pertama dalam dunia Marvel menerusi watak Thaddeus ‘Thunderbolt’ Ross, menggantikan William Hurt yang meninggal dunia pada 2022.

Menyertai dua pelakon tersohor ini adalah Giancarlo Esposito, Danny Ramirez, Shira Haas, Xosha Roquemore, Carl Lumbly, Liv Tyler dan Tim Blake Nelson. Giancarlo digambarkan sebagai pembunuh dalam filem itu manakala Danny muncul sebagai Falcon terbaru.

Sebastian Stan (Bucky Barnes), rakan kongsi lama Anthony tidak akan kembali. Sebaliknya dia bakal muncul dalam filem baru Marvel, Thunderbolts. Ia akan menggabungkan beberapa watak termasuk Yelena Belova (Florence Pugh), Red Guardian (David Harbour) dan US Agent (Wyatt Russell).

SEGALANYA TENTANG CAPTAIN AMERICA: BRAVE NEW WORLD

Foto: People

 

Plot Filem

Captain America: Brave New World dimulakan dengan latar belakang siri The Falcon and the Winter Soldier (2021) di mana Sam belajar cara untuk menyeimbangkan mantel Captain America yang berat. Selepas Steve Rogers meninggal dunia, perisainya diberikan kepada Sam yang sebelum ini menggunakan sayap untuk terbang sebagai Falcon.

Kini, Sam berdepan pilihan untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan AS sekali lagi dan melindungi presiden sambil mencari identiti sendiri sebagai adi wira terkenal. Treler yang dikongsi menunjukkan imej Washington D.C. dan makmal yang rosak – satu petanda tidak baik dalam dunia Marvel.

 

Tarikh tayangan

Captain America: Brave New World akan ditayangkan di layar perak pada 14 Februari 2025. Ia pada asalnya dijadualkan menemui penonton pada 26 Julai 2024 namun terpaksa ditunda dek mogok SAG-AFTRA pada 2023.

Anda boleh menonton treler rasmi di bawah.

 

Foto: Marvel

Pautan berkaitan: SEGALANYA TENTANG FILEM TERBARU MARVEL, THUNDERBOLTS