Skip to content

SEGALANYA TENTANG FILEM TERBARU MARVEL, THUNDERBOLTS

SEGALANYA TENTANG FILEM TERBARU MARVEL, THUNDERBOLTS

Kongsikan artikel ini

Sekumpulan adi wira baru, Thunderbolts sedang berhimpun di Marvel Cinematic Universe dan bakal membuat kemunculan tidak lama lagi.

Sewaktu berlangsungnya San Diego Comic-Com pada Julai 2022, Marvel mengesahkan bahawa filem Thunderbolts sedang dalam pembikinan. Butiran lanjut mengenai barisan pelakon dikongsikan di D23 Expo pada bulan September.

Dalam komik, Thunderbolts merupakan sekumpulan penjahat yang akhirnya menjalankan misi untuk kerajaan, hampir serupa dengan Suicide Squad. Marvel memberi petunjuk tentang Thunderbolts pada 2021 dalam siri The Falcon and the Winter Soldier dengan memperkenalkan Valentina Allegra de Fontaine (Julia Louis-Dreyfus) yang merekrut ahli untuk kumpulan itu.

Ini yang anda perlu tahu tentang Thunderbolts

Barisan Pelakon Yang Terlibat

Sewaktu D23 Expo yang diadakan pada September 2022, senarai pelakon telah pun diumumkan yang diterajui oleh Sebastian Stan sebagai Bucky Barnes dan Florence Pugh sebagai Yelena Belova. Pelakon lain termasuk David Harbour sebagai Red Guardian, Wyatt Russell sebagai Ejen Amerika Syarikat, Olga Kurylenko sebagai Taskmaster, Hannah John-Kamen sebagai Ghost, dan Julia Louis-Dreyfus sebagai Valentina Allegra de Fontaine.

Selain itu, Ayo Edebiri dan Steven Yeun turut menyertai filem ini dalam peranan yang tidak didedahkan. Menurut Deadline, watak Steven bukan saja penting untuk filem ini tetapi juga boleh berkembang dalam filem Marvel Cinematic Universe pada masa akan datang. Bintang kelas-A lain yang turut tersenarai adalah Harrison Ford, Rachel Weisz dan Laurence Fishburne.

Thunderbolts

Foto: IMDb

 

Siapakah Pengarah dan Penulis Lakon Layar?

Jake Schreier yang merupakan sutradara filem Paper Towns pada 2015 akan mengarahkan filem Marvel ini. Skrip pula dihasilkan oleh Eric Pearson yang menulis lakon layar untuk filem Thor: Ragnarok dan Black Widow.

Foto: Michael Tackett/Twentieth Century Fox

 

Bilakah Thunderbolts Akan Menjalani Penggambaran?

Sesi penggambaran telah pun dimulakan pada awal 2024, dan Florence Pugh bermurah hati berkongsi gambaran di sebalik tabir baru-baru ini. Menyarung sut Yelena Belova, dia membawa peminat meninjau sekitar set di mana pengarah dilihat berseloroh kepadanya, “Saya rasa awak tidak dibenarkan membuat rakaman.”

Foto: People

 

Tarikh Tayangan

Thunderbolts dijangka menemui penonton di pawagam pada 2 Mei 2025.

Thunderbolts

Foto: IMDb

 

Foto: Collider

Pautan berkaitan: CILLIAN MURPHY BAKAL MUNCUL SEBAGAI PENJAHAT TERKENAL DALAM FILEM MARVEL?

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DIKHABAR BAKAL SERTAI DEADPOOL 3, INI KARAKTER YANG BAKAL DIGALAS TAYLOR SWIFT

DIKHABAR BAKAL SERTAI DEADPOOL 3, INI KARAKTER YANG BAKAL DIGALAS TAYLOR SWIFT

Bacaan Lanjut
CILLIAN MURPHY BAKAL MUNCUL SEBAGAI PENJAHAT TERKENAL DALAM FILEM MARVEL?

CILLIAN MURPHY BAKAL MUNCUL SEBAGAI PENJAHAT TERKENAL DALAM FILEM MARVEL?

Bacaan Lanjut
OPPENHEIMER: BAYARAN CILLIAN MURPHY, ROBERT DOWNEY JR & PELAKON LAIN DIDEDAHKAN

OPPENHEIMER: BAYARAN CILLIAN MURPHY, ROBERT DOWNEY JR & PELAKON LAIN DIDEDAHKAN

Bacaan Lanjut
JENNIFER GARNER BUAT KEMUNCULAN EPIK SEBAGAI ELEKTRA DALAM DEADPOOL 3

JENNIFER GARNER BUAT KEMUNCULAN EPIK SEBAGAI ELEKTRA DALAM DEADPOOL 3

Bacaan Lanjut
INI YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CAPTAIN AMERICA 4: BRAVE NEW WORLD

INI YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CAPTAIN AMERICA 4: BRAVE NEW WORLD

Bacaan Lanjut
WATAK ADI WIRA SYDNEY SWEENEY DALAM FILEM MARVEL AKHIRNYA DIDEDAHKAN

WATAK ADI WIRA SYDNEY SWEENEY DALAM FILEM MARVEL AKHIRNYA DIDEDAHKAN

Bacaan Lanjut