Skip to content

SET HAJI & UMRAH TANAMERA BANTU LANCARKAN IBADAH DI TANAH SUCI

Kongsikan artikel ini

Haji dan Umrah merupakan dua ibadah penting yang termasuk dalam lima Rukun Islam yang wajib ditaati umat Islam yang berkemampuan. Oleh itu, amat penting untuk bersedia sebelum menjalaninya. Namun dalam membuat persiapan dari segi pengetahuan, amalan, dokumen, kesihatan dan keselamatan, jangan dilupa persediaan dari segi kelengkapan penjagaan peribadi.

Cuaca di bandar Mekah dan Madinah, dua lokasi utama ibadah Haji dan Umrah di Arab Saudi, agak mencabar dengan suhu yang melampau. Tambahan pula dengan jumlah Jemaah yang saban tahun semakin ramai serta kekangan masa di antara waktu-waktu menunaikan solat dan ibadah lain, dikhuatiri keadaan boleh menjadi agak huru-hara. Justeru, Set Kembara Haji dan Umrah Tanamera merupakan set kelengkapan kebersihan peribadi yang harus dibawa ke Tanah Suci mahupun bila ke destinasi lain.

Set Kembara Yang Sempurna
Set Kembara Haji dan Umrah Tanamera terdiri daripada lima produk penting bagi menjaga kebersihan diri semasa dalam perjalanan, paling istimewa adalah Semburan Air Suling Untuk Wudhu bagi jemaah yang mengalami kesukaraan mencari sumber air untuk berwudhu.

1) Semburan Air Suling Untuk Wudhu Tanamera (50ml)
Sama ada semasa penerbangan atau di lokasi di mana sukar untuk berwudhu, Semburan Air Suling Tanamera adalah cara termudah untuk bersuci sebelum menunaikan solat. Dipek berdasarkan syarat sah wudhu, gunakan semburan ini tanpa was-was agar mudah bersolat di mana jua pada bila-bila masa.

2) Pembersih Semua Dalam Satu Tanamera Untuk Muka, Badan dan Rambut (50g)
Bila perlu bersiap dengan segera, pembersih semua dalam satu untuk muka, badan dan rambut ini amat membantu. Tanpa sebarang bahan kimia keras seperti Sodium Laureth Sulfate atau Aluminium Laureth Sulfate, pembersih ini berasaskan tumbuhan 100% dengan bahan kandungan termasuk teh hijau dan kola gotu.

3) Krim Pelembut Kulit Tanamera (50g)
Dengan iklim padang pasir yang panas di waktu siang dan sejuk menusuk dengan tiupan angin dingin di waktu malam, kulit pasti menjadi kering. Sapukan krim pelembut dengan kerap agar kulit kekal lembap. Diperkaya dengan lepa avokado dan minyak kelapa dara, krim ini melegakan kulit kering terutama di bahagian tangan dan buku lali kaki.

4) Semburan Pembasmi Kuman Tanamera (50ml)
Lindungi diri daripada kuman serta sebarang jangkitan semasa menjalani Haji atau Umrah dengan pembasmi kuman yang diformulasi dengan gabungan hebat ekstrak pokok teh, minyak pati lavender dan perak koloid. Ujian menunjukkan ia terbukti berkesan sehingga 99.9% dalam masa beberapa saat sahaja selepas semburan.

5) Salap Bibir Green Kisses Tanamera (12ml)
Lindungi bibir daripada kering, rekah dan luka dengan salap bibir Green Kisses Tanamera yang melembapkan. Rawatan jelly ini berasaskan sayuran 100% dan mudah digunakan pada bila-bila masa.

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

“SAYA ANGGAP REZEKI!” - ZUL ARIFFIN SAHUT PANGGILAN HAJI

“SAYA ANGGAP REZEKI!” – ZUL ARIFFIN SAHUT PANGGILAN HAJI

Bacaan Lanjut
saudia airlines

MENGHUBUNGKAN DUNIA KE ARAB SAUDI, SAUDIA TAMBAH 25 DESTINASI PENERBANGAN BAHARU DI SELURUH DUNIA

Bacaan Lanjut

LINDUNGI TANGAN DAN PERSEKITARAN ANDA DENGAN TANAMERA

Bacaan Lanjut