SIHAT DAN BERGAYA BERSAMA SIRI SAMSUNG GALAXY WATCH6 TERBAHARU
Bersempena acara #SamsungUnpacked 2023 di Seoul, Samsung turut melancarkan siri jam tangan pintar Galaxy Watch6 yang direka untuk pengguna mengamal gaya hidup yang lebih sihat dan bergaya.
Samsung terus meluncur dengan inovasi untuk kesihatan dengan pelancaran jam tangan pintar generasi baharu. Berlangsung di Seoul, gergasi teknologi Korea Selatan itu melancarkan siri Samsung Galaxy Watch6 yang direka khusus untuk membantu pengguna mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat sepanjang hari.
Siri Galaxy Watch6 dan Galaxy Watch6 Classic memuatkan ciri kesihatan yang menyeluruh bersertakan prestasi yang lebih berkuasa dalam reka bentuk yang halus lagi anggun. Ia menampilkan bezel yang lebih tipis, paparan yang lebih besar dan lebih terang serta antaramuka pengguna yang lebih interaktif. Kedua-dua model membolehkan akses pada pelbagai pilihan muka jam yang serba boleh serta pilihan jalur baharu.
Gaya Hidup Yang Lebih Sihat – Bermula Dengan Tidur!
Siri Galaxy Watch6 menawarkan fungsi yang boleh membawa perubahan positif sepanjang masa. Ia menawarkan petua, nasihat dan galakan yang lebih peribadi. Dengan kesedaran pada tidur yang lebih baik, Samsung membantu pengguna mengoptimumkan waktu malam dengan cara yang sama penggunaan waktu siang. Ini dengan menumpukan tiga elemen utama tidur yang lebih baik: memahami corak tidur peribadi, mengamalkan tabiat tidur yang lebih baik dan mewujudkan persekitaran mesra tidur.
Siri Galaxy Watch6 kini menawarkan analisis mendalam Sleep Score Factors yang merangkumi jumlah masa tidur, kitaran tidur, masa terjaga, serta pemulihan fizikal dan mental. Ia akan membantu pengguna memahami kualiti tidur yang dialami setiap malam. Ciri Sleep Messages pula lebih diperibadikan dan dibangunkan bersama Yayasan Tidur Nasional yang memberikan maklum balas terperinci kepada pengguna tentang kesihatan tidur mereka setiap pagi. Juga ciri Sleep Consistency yang menunjukkan konsisten masa tidur dan bangun, dan ciri Sleep Animal Symbol yang mewakili jenis pola tidur pengguna.
Sleep Coaching6 juga dipertingkatkan untuk membolehkan pengguna memaksimumkan cerapan tidur menerusi arahan, petua dan peringatan yang boleh diakses pada pergelangan tangan dan telefon pintar. Apabila tibanya masa untuk tidur, Galaxy Watch6 boleh membantu menetapkan persekitaran tidur yang sempurna dengan mengelola tetapan elektronik rumah yang tersambung secara automatik dan menghidupkan Mod Tidur pada jam tangan dan telefon pengguna. Ia akan meredamkan pemberitahuan, memalapkan paparan dan juga untuk mengaktifkan penderia inframerah LED pada jam tangan untuk menyampaikan fungsi kesihatan yang berguna tanpa gangguan cahaya tambahan.
Motivasi Diri Dengan Siri Galaxy Watch6
Jam tangan pintar ini dilengkapi dengan ciri kecergasan lebih personal untuk memastikan pengguna kekal bermotivasi. Ciri Body Composition dilengkapi keupayaan mengambil ukuran jasmani penting seperti jisim otot rangka, kadar metabolisme basal, kadar penghidratan badan dan peratusan lemak badan. Ia turut memberikan gambaran lengkap badan dan kecergasan pengguna disamping menawarkan pendekatan yang dikhususkan kepada matlamat yang diingini, menjejak kemajuan dan memberikan bimbingan melalui maklumat kecergasan peribadi. Dan petua pemakanan hasil kerjasama baharu dengan Whisk.
Ciri Personalised Heart Rate Zone baharu berfungsi menganalisis keupayaan fizikal individu dan mentakrifkan lima tahap keupayaan larian yang optimum. Ia akan membantu pengguna menetapkan matlamat berdasarkan keupayaan sendiri daripada membakar lemak kepada senaman berintensiti tinggi. Selain lebih daripada 100 penjejak senaman yang sedia ada, ciri Track Run yang baru ditambah merekodkan bilangan larian pengguna di balapan. Manakala ciri Custom Workout membolehkan pengguna membina dan menjejaki rutin senaman peribadi mereka. Selain pemantauan tekanan darah dan elektrokardiogram, HR Alert membantu memahami kesihatan jantung dengan mengesan secara diam kadar denyutan jantung yang luar biasa.
Reka Bentuk Yang Berkuasa
Dalam meningkatkan pengalaman teknologi, Galaxy Watch6 menawarkan reka bentuk serba boleh baharu yang memberikan pengalaman paparan yang lebih baik. Tidak dilupakan kuasa yang lebih besar dan pilihan pengkhusuan yang lebih luas lagi selesa. Dikuasakan oleh pemproses dan memori yang dipertingkatkan, Galaxy Watch6 menyampaikan interaksi yang lebih lancar dan pantas.
Membaca dan menulis kini lebih mudah dengan paparan yang 20% lebih besar. Ia mempamerkan lebih banyak teks pada skrin bersertakan papan kekunci yang lebih besar – kesemuanya disamping mengekalkan saiz peranti yang selesa. Paparan resolusi tinggi yang lebih berkuasa ini menawarkan kecerahan puncak 2,000 nit, ditambah dengan ciri pelarasan kecerahan Always On Display. Ini membolehkan pengguna melakukan lebih banyak aktiviti walaupun di bawah pencahayaan yang terlampau terang.
Galaxy Watch6 dan Watch6 Classic juga dilengkapi dengan bezel bersaiz 30% lebih langsing dan bezel berputar bersaiz 15% lebih nipis. Siri ini menampilkan muka jam tangan bergaya, interaktif dan bermaklumat baharu. Manakala jalur one-click baharu membolehkan pengguna memadankan jalur jam tangan dengan mudah. Dengan lebih 704 kombinasi unik, pengguna boleh memilih jam tangan sempurna mereka di Samsung.com.
Siri Galaxy Watch6 hadir dengan saiz bateri yang lebih besar dan kadar penggunaan bateri yang lebih rendah. Ia mampu menyokong paparan yang lebih besar dan lebih cerah, sesuai untuk menjejaki pola tidur sepanjang waktu malam.
Pengalaman Maksima Terus dari Pergelangan Tangan
Siri Galaxy Watch6 membawa keupayaan yang lebih besar secara langsung kepada pergelangan tangan. Samsung Wallet baharu pada Galaxy Watch6 menggabungkan Samsung Pay. Selain kawalan Gesture Control yang telah dipertingkat membolehkan pengguna mengurus jam tangan mereka dengan mudah menggunakan gerak isyarat mudah.
WhatsApp memudahkan pengguna Galaxy Watch untuk terus berhubung dan kekal produktif dengan aplikasi baharu termasuk Google Calendar dan Gmail. Ia adalah eksklusif pada Wear OS. Aplikasi kesihatan Samsung Health dan Audible antara pilihan penstriman baharu.
Ciri Camera Controller juga dipertingkatkan untuk kawalan jauh kamera Galaxy Z Flip5 dengan menyesuaikan mod, darjah sudut dan zum. Samsung Smart TV atau Galaxy Tab S9 menunjukkan kemajuan pengguna dalam masa nyata dengan program kecergasan berpandu pada skrin besar. Pengguna juga boleh menyambungkan Galaxy Buds2 Pro melalui fungsi Auto Switch.
Sekiranya pengguna kehilangan telefon, siri Galaxy Watch6 kini boleh menentukan lokasi melalui Find My Phone dengan sokongan peta. Dan data peribadi pada jam tangan kekal selamat dengan platform keselamatan Samsung Knox.
Jam tangan pintar Galaxy Watch6 dan Galaxy Watch6 Classic terbaharu akan tersedia di seluruh Malaysia mulai 18 Ogos 2023. Harga bermula pada RM 1,099. Klik untuk membuat tempahan di www.samsung.com/my/watches/
Foto: Samsung Malaysia
Baca lebih lanjut: APA KELEBIHAN SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 TERBAHARU?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7 BUAT ANDA TERGAMAM
Sebagai seorang penggemar fesyen dalam industri muzik, koleksi jam tangan mewah BamBam mempunyai keunikkan tersendiri.
ALO YOGA DAN JIN BTS BERSATU UNTUK MUSIM BAHARU
ALO YOGA menyunting JIN BTS sebagai duta rasmi. Membuka lembaran untuk pengembangan pasaran yang penuh keterujaan di Korea Selatan.
JANGAN ABAIKAN! FAKTA PENTING TENTANG KANSER PAYUDARA YANG LELAKI PERLU TAHU
Bukan sahaja wanita, malah lelaki juga berisiko menghidap kanser payudara walaupun kesnya jauh lebih jarang berbanding wanita.
PENGAKUAN SEKS DARIPADA PEMBACA GLAM LELAKI: KISAH SEBENAR, RAHSIA TERBONGKAR
Pengakuan seks daripada pembaca Glam Lelaki: Ketahui kisah-kisah sebenar yang tidak ditapis tentang hubungan sulit, eksperimen seksual, dan rahsia intim yang mendebarkan.
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM
Jenama jam tangan mewah OMEGA memperkenalkan kempen media sosial terbaru untuk produk mereka, Speedmaster 38mm.
SAMSUNG MALAYSIA MENGUMUMKAN PERTANDINGAN “SOLVE FOR TOMORROW”
Samsung Malaysia melancarkan edisi keenam 'Solve for Tomorrow', menawarkan hadiah hingga RM 80,000 dalam kerjasama dengan Universiti Malaya.