SITI NURHALIZA TETAP UNGGUL DI KONSERT JELAJAH, BUKTI DIRINYA TIADA GALANG GANTI
Dato’ Sri Siti Nurhaliza. What else can we say about her? Walaupun dunia muzik tanahair dilihat kian didominasi penyanyi-penyanyi muda atau lebih dikenali sebagai BBNU, namun nama Siti Nurhaliza tetap utuh, unggul dan kiranya masih belum ada mana-mana artis yang bisa menyaingi kehebatannya. She’s definitely our own national treasure.

Dan sabtu lalu, GLAM Lelaki berpeluang menyaksikan kehebatan penyanyi lagenda di konsert penutup jelajahnya semalam di Axiata Arena, Bukit Jalil disaksikan lebih dari 10 ribu penonton. Rata-rata ramai yang berpuas hati malah kagum dengan vokal Tokti yang masih hebat!

Penyanyi nombor satu negara itu melantunkan lebih 30 buah lagu hits yang menjulang namanya sehingga hari ini dalam konsert yang berlangsung selama lebih dua jam. Sebagai pembuka, Siti mengenang dan memberi penghormatan buat Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) dimana Siti mendendangkan beberapa buah lagu ciptaan komposer itu menerusi segmen khas seperti Cindai, Balqis, Hati Kama dan Nirmala.

Selain Pak Ngah, Siti juga turut memberi penghormatan buat satu lagi insan seni di sebalik bermulanya karier Siti sebagai anak seni iaitu Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan. Berulang kali Siti menzahirkan ucapan penghargaan buat Datuk Adnan Abu Hassan, menyaksikan Siti sendiri turut sebak.

Selain itu, antara highlight terbaik adalah di mana Siti menyanyikan lagu Jaga Dia Untukku, masterpiece yang dicipta khas buat suaminya, Datuk Seri Khalid sewaktu ditimpa kemalangan motorsikal di New Zealand sehingga terlantar sakit selama empat bulan. Jelas Siti, “Saya membuat keputusan untuk berhenti menyanyi selama empat bagi menjaga suami saya yang kemalangan sehingga dia betul-betul sihat,”

Vokal Siti pula tidak perlu lagi dipertikaikan. Lantunan, emosi dan penghayatannya membuatkan penonton terpukau sambil turut menyanyi bersama, apatah lagi setiap kali vokalnya mengenai nada tinggi, gamat dibuatnya dengan sorakkan penonton yang nyata terkesima dengan persembahan beliau. Secara keseluruhannya, GLAM Lelaki amat berpuas hati dengan konsert Siti dan mengharapkan agar Siti kekal menjadi dirinya.
Tiada galang ganti. Itulah Siti Nurhaliza.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 18 Mac 2019
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 OUTFIT YANG MENCURI PERHATIAN DI VMAS 2026
Disebalik kehebatan video muzik, MTV VMAs 2026 juga meraikan outfit selebriti penuh megah.
GL THE MAN AWARDS 2026 STYLE’S CHOICE
GLAM Lelaki kembali dengan kategori eksklusif buat GL The Man Awards 2026, Style's Choice bersama Co-Chair, Aedy Ashraf.
AIM25: SITI NURHALIZA RAIH DUA ANUGERAH UTAMA, AISHA RETNO DINOBATKAN ALBUM TERBAIK
AIM25 melabuhkan tirai dengan meraikan barisan nama besar serta bakat generasi baharu yang mewarnai industri muzik tempatan.
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
TUN DR HASMAH MENINGGAL DUNIA PADA UMUR 100 TAHUN
Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohd, telah disahkan meninggal dunia di IJN pagi tadi pada umur 100 tahun.
7 NAMA DENGAN PENCALONAN TERTINGGI DI AIM25
Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) bakal berlangsung dengan barisan nama besar serta bakat baharu yang mencuri perhatian











