SITI NURHALIZA TETAP UNGGUL DI KONSERT JELAJAH, BUKTI DIRINYA TIADA GALANG GANTI
Dato’ Sri Siti Nurhaliza. What else can we say about her? Walaupun dunia muzik tanahair dilihat kian didominasi penyanyi-penyanyi muda atau lebih dikenali sebagai BBNU, namun nama Siti Nurhaliza tetap utuh, unggul dan kiranya masih belum ada mana-mana artis yang bisa menyaingi kehebatannya. She’s definitely our own national treasure.
Dan sabtu lalu, GLAM Lelaki berpeluang menyaksikan kehebatan penyanyi lagenda di konsert penutup jelajahnya semalam di Axiata Arena, Bukit Jalil disaksikan lebih dari 10 ribu penonton. Rata-rata ramai yang berpuas hati malah kagum dengan vokal Tokti yang masih hebat!
Penyanyi nombor satu negara itu melantunkan lebih 30 buah lagu hits yang menjulang namanya sehingga hari ini dalam konsert yang berlangsung selama lebih dua jam. Sebagai pembuka, Siti mengenang dan memberi penghormatan buat Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) dimana Siti mendendangkan beberapa buah lagu ciptaan komposer itu menerusi segmen khas seperti Cindai, Balqis, Hati Kama dan Nirmala.
Selain Pak Ngah, Siti juga turut memberi penghormatan buat satu lagi insan seni di sebalik bermulanya karier Siti sebagai anak seni iaitu Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan. Berulang kali Siti menzahirkan ucapan penghargaan buat Datuk Adnan Abu Hassan, menyaksikan Siti sendiri turut sebak.
Selain itu, antara highlight terbaik adalah di mana Siti menyanyikan lagu Jaga Dia Untukku, masterpiece yang dicipta khas buat suaminya, Datuk Seri Khalid sewaktu ditimpa kemalangan motorsikal di New Zealand sehingga terlantar sakit selama empat bulan. Jelas Siti, “Saya membuat keputusan untuk berhenti menyanyi selama empat bagi menjaga suami saya yang kemalangan sehingga dia betul-betul sihat,”
Vokal Siti pula tidak perlu lagi dipertikaikan. Lantunan, emosi dan penghayatannya membuatkan penonton terpukau sambil turut menyanyi bersama, apatah lagi setiap kali vokalnya mengenai nada tinggi, gamat dibuatnya dengan sorakkan penonton yang nyata terkesima dengan persembahan beliau. Secara keseluruhannya, GLAM Lelaki amat berpuas hati dengan konsert Siti dan mengharapkan agar Siti kekal menjadi dirinya.
Tiada galang ganti. Itulah Siti Nurhaliza.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 18 Mac 2019
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PRODUK RAMBUT PILIHAN GLAM LELAKI BULAN INI
Pelbagai produk rambut boleh menjadi pilihan, semuanya bergantung kepada jenis rambut dan hasil penggayaan yang dimahukan.
KOLABORASI HANGAT & BEREVOLUSI MUSIM INI, LEVI’S® DAN NIKE. MULA TERJUAL 10 JULAI INI!
Levi's® dan Nike, bekerjasama melancarkan koleksi yang paling dinanti-nantikan. Musim ini, kedua-dua jenama menggabungkan warisan denim yang kaya daripada Levi's® bersama rekaan ikonik Air Max 95 Nike.
KETAHUI 7 CARA UNTUK MENGATASI KULIT BERJERAWAT DAN SENSITIF UNTUK KAUM LELAKI
Masalah kulit berjerawat dan sensitif bukan hanya dialami oleh wanita, malah lelaki juga Ketahui tips atasi kulit berjerawat dan sensitif.
8 KONSERT K-POP PEMINAT HARAP BAKAL HADIR DI MALAYSIA
Walaupun Malaysia menjadi hotspot konsert K-Pop, masih banyak kumpulan yang peminat di Malaysia harap bakal hadir untuk konsert jelajah dunia.
7 FILEM DAN SIRI BAHARU DI NETFLIX PATUT TONTON
Filem dan siri baharu dari Netflix sentiasa menjadi penantian ramai, lebih-lebih lagi peminat yang ingin mengisi masa pada hujung minggu.
7 SELEBRITI YANG MEMILIKI JAM TANGAN MEWAH PATEK PHILIPPE NAUTILUS
Patek Philippe Nautilus merupakan jam tangan paling rumit yang pernah dicipta oleh Patek Philippe dan hanya yang bertuah dapat memakainya.