Skip to content

STARBUCKS RAIKAN MUSIM BUNGA DENGAN 2 MINUMAN LAZAT & MENYEGARKAN

Kongsikan artikel ini

Rangkaian kafe kopi terkenal, Starbucks mengumumkan dua menu minuman baharu lazat lagi menyegarkan yang diilhamkan oleh musim bunga sakura. Dua menu minuman baharu iaitu Azuki Blossom Creme Frappuccino dan Matcha Azuki Blossom Creme Frappuccino boleh didapati di kesemua cawangan Starbucks mulai 26 Mac 2019 dengan harga bermula dari RM17.50 dan keatas. Selain itu, Starbucks juga ada memperkenalkan barangan cenderamata jenama mereka yang sangat cantik dan bertemakan musim bunga.

Dan buat pertama kalinya juga, Starbucks Malaysia turut menampilkan susu santan ataupun coconut milk sebagai pilihan selain susu segar biasa. Andakini boleh menikmati minuman kegemaran kamu dengan pilihan susu lain seperti coconut milk dan susu kacang badam (almond milk).

Starbucks juga mahu anda merasakan sendiri keindahan musim bunga tanpa perlu berada di negara empat musim dengan menyaksikannya melalui teknologi AR (artificial reality). Apa yang perlu anda lakukan hanyalah:

  1. Imbas Kod QR yang boleh didapati di semua cawangan Starbucks, untuk mendapatkan akses ke Facebook AR Camera.
  2. Cari pelekat Cherry Blossom di kedai mereka.
  3. Imbas pelekat Cherry Blossom berkenaan untuk memulakan pengalaman AR.
  4. Ambil gambar atau video dan kongsikannya di laman sosial anda. Jangan lupa untuk menanda (tag) sekali akaun rasmi Starbucks Malaysia untuk berpeluang memenangi barangan cenderamata Starbucks dengan kristal Swarovski.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 26 Mac 2019

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Kesenian Aroma Kopi Nicaragua Yang Luar Biasa

Bacaan Lanjut

PRODUK TERBARU APPLE SPRING LOADED EVENT

Bacaan Lanjut

PENCIPTAAN TERPINTAR: DYSON LIGHTCYCLE MORPH

Bacaan Lanjut
RIMOWA TAMPIL KLASIK DENGAN WARNA HITAM MATTE

RIMOWA TAMPIL KLASIK DENGAN WARNA HITAM MATTE

Bacaan Lanjut
TIPS KEKAL CERGAS SEMASA RAMADHAN

TIP KEKAL CERGAS SEPANJANG RAMADHAN

Bacaan Lanjut
Toxic Masculinity Dalam Kesihatan Mental Dan Fizikal

Toxic Masculinity Dalam Kesihatan Mental Dan Fizikal

Bacaan Lanjut