RICARDO CHANETON BAWAKAN RASA RESTORAN PETRUS, PULAU SHANGRI-LA, HONG KONG KE LAFITE, SHANGRI-LA HOTEL KL
Pengalaman santapan eksklusif hidangan Perancis dari Chef Ricardo Chaneton dari Restoran Petrus, Island Shangri-La, Hong Kong dibawakan terus ke Lafite, Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Terdapat empat set menu yang disediakan oleh Chef Ricardo untuk Lafite, yakni menu dua hidangan dengan harga RM195 nett setiap seorang, menu tiga kursus dengan harga RM245 nett setiap seorang, menu empat hidangan dengan harga RM450 nett setiap seorang dan menu enam hidangan berharga RM685 nett setiap seorang.

Sebelum berkhidmat dengan Restoran Petrus, Chef Ricardo bertugas di restoran Perancis bertaraf dua bintang Michelin, Mirazur, Perancis; Le Gourmet di Intercontinental Tamanaco Caracas, Venezuela serta restoran bertaraf satu bintang Michelin, Quique Dacosta di Sepanyol. Dengan bimbingan mentor terkenal, Chef Ricardo mengembangkan stail dan gaya tersendiri dalam hidangan Perancis klasik dengan sentuhan moden, khas buat mereka yang menghargai keseimbangan dalam kehidupan.

Sajian makan malam dengan empat hidangan bermula dengan dua hidangan pembuka: Salad Asparagus Hijau dengan Grapefruit, Citrus Yoghurt Condiment, Acacia Honey & Vanilla dan Poached Nova Scotia Lobster dengan Leeks Grilled & Green Curry Sauce. Untuk hidangan utama, terdapat pilihan Crispy Amadai dengan Mini Zucchini dan sos Lemon Thyme atau Beef Tenderloin dengan Monalisa Potato Textures dan sos Chimichurri. Untuk pencuci mulut, para tetamu mempunyai dua pilihan, antara Gariguette Strawberry Éclair dengan Madagascan Vanilla atau Valrhona Araguani 72% Chocolate Venezuela dengan Bitter Orange & Koko Ice-cream.

Walaupun hidangan utama dan pilihan pencuci mulut sama, menu makan malam enam kursus terdiri daripada empat makanan pembuka selera, dengan tambahan Seafood Tartare dengan Sherry Cloud & Kristal Caviar dan Duck Foie Gras Tortellini dengan Arbois Vin Jaune & French Black Truffle.
Oleh Wan Mohd Firdaus
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.










