Skip to content

TAN CHONG MOTOR PERKENALKANX-TRAIL EDISI AERO BAHARU

Kongsikan artikel ini

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) melancarkan versi premium SUV popularnya, NISSAN X-Trail. X-Trail Aero Edition baharu ditawarkan pada harga RM141,428,96*  (2.0L 2WD Edisi Aero) dan RM163,616.06*  (2.5L 4WD Edisi Aero), bersama jaminan selama tujuh tahun serta perbatuan tanpa had. Sementara semua aksesori yang dipasang di kilang itu hadir dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana yang terdahulu).

Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata, “X-Trail telah menjadi SUV terlaris No.1 di Malaysia (Tahun 2015- Tahun 2016). Kami percaya X-Trail Edisi Aero baharu ini akan menarik minat mereka yang mahukan sebuah SUV Jepun mewah dan premium.”

Alat ganti aero baharu itu direka khas oleh TOMEI Motor Co., Ltd, satu jenama Jepun yang memang terkenal dengan teknologi dan prestasinya dalam sukan permotoran. Ia merangkumi satu aero bampar hadapan, spoiler sisi bawah dan aero bampar belakang untuk memberikan penampilan lebih garang. Edisi Aero ini juga hadir dengan rim aloi lima jejari bersaiz 17 inci dan tempat duduk kulit Nappa berwarna perang yang memberikan rasa sofistikated kepada ruang dalaman.

Sempena ulang tahun ke-60 Tan Chong, ETCM menawarkan pelanggan dengan tawaran menarik ke atas X-Trail Edisi Aero. Pelanggan boleh berjimat sehingga RM6,000 atau memilih rebat Hari Raya berjumlah RM4,500 bersama promosi RM1.00 untuk Multimedia Navigator bersaiz 8”.

Pemilik NISSAN X-Trail sedia ada yang berminat juga boleh menaik taraf SUV mereka dengan  Edisi Aero. Sila hubungi talian 03-4047 8786 atau hantar emel ke [email protected] Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.nissan.com.my atau kunjungi mana-mana bilik pameran NISSAN di seluruh negara.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 5 Mei 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BMW 5 SERIES PENERAJU PERUBAHAN BAHARU

Bacaan Lanjut

SENSASI MINI ELECTRIC GENERASI TERKINI

Bacaan Lanjut

Victory Travels In Louis Vuitton

Bacaan Lanjut

Porsche Taycan Cross Turismo: Kereta Sport Elektrik All-Rounder

Bacaan Lanjut

Recharge Bersama Volvo XC40 Recharge T5

Bacaan Lanjut

Porsche Mempersembahkan 911 GT3 Dengan Desain Baharu

Bacaan Lanjut