Skip to content

TEROKAI DUNIA DENGAN GALAXY S20

Kongsikan artikel ini

Here comes the future of smartphones! Samsung baru-baru ini melancarkan tiga peranti hebat di bawah siri Galaxy s20 sewaktu Samsung Galaxy Unpacked 2020, menyaksikan Galaxy S20, Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra diperkenalkan buat pertama kali untuk tatapan umum.

 

 

Samsung S20 adalah peranti yang memfokuskan kepada kebolehan, hadir dengan tiga rangkaian berbeza termasuk spesifikasi, ruang storan dan zum angkasa untuk sesi fotografi yang lebih mengancam, menggunakan lensa 108MP! Jelas Yoonsoo Kim, Presiden Samsung Malaysia Electronics, “2020 adalah tahun yang menandakan generasi baru atau era revolusi. Inilah sebabnya kami merasakan ini adalah masa yang sangat sesuai untuk memperkenalkan telefon pintar paling inovatif kami kepada rakyat Malaysia secara rasmi.”

Yoonsoo Kim, Presiden Samsung Malaysia Electronics

COMMUNICATION UPGRADED!

Dengan 5G, satu dekad baru untuk inovasi telefon mudah alih sudah bermula. Dan untuk memanfaatkan sambungan generasi baru ini, setiap peranti dalam siri Galaxy S20- Galaxy S20, Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra telah dilengkapi dengan teknologi terkini 5G. Galaxy S20 + dan Galaxy S20 Ultra adalah peranti pertama yang mampu memberikan pengalaman mudah alih secara menyeluruh yang dimanfaatkan oleh kedua-dua sub-6 dan mmWave. Manakala, Galaxy S20 pula menyokong sambungan sub-6.3. Ketiga-tiga peranti ini mampu menyampaikan keupayaan 5G yang tidak mandiri dan juga mandiri.

 

PHOTOGRAPHY AT ITS BEST!

Direka sesuai dengan cara hidup anda, Galaxy S20 memperkenalkan sistem kamera baru yang dikuasakan oleh AI serta sensor imej terbesar jenama tersebut untuk menghasilkan yang terbaik dalam setiap imej dan setiap saat.

  • Setiap butiran yang jelas: Dengan sensor imej yang lebih besar, resolusi kamera meningkat dengan ketara, untuk menghasilkan imej yang lebih terperinci dengan menambah fleksibiliti untuk edit, crop dan zoom. S20 dan S20 + mempunyai kamera 64MP manakala S20 Ultra mempunyai kamera 108 MP. Manfaat sensor yang lebih besar adalah ia mampu menangkap lebih banyak cahaya, jadi anda boleh mendapat kualiti imej yang baik walapun dalam keadaan malap. S20 Ultra mengambil langkah yang lebih jauh dengan pilihan untuk beralih secara dinamik antara mod 108 MP resolusi tinggi dan mod 12MP, terima kasih kepada teknologi nona-binning yang menggabungkan sembilan piksel menjadi satu pada tahap sensor.
  • Keupayaan zum yang hebat: Dengan teknologi S20 Space Zoom yang menggunakan gabungan Hybrid Optic Zoomdan Super Resolution Zoom termasuk dengan zoom digital dikuasakan oleh AI, walapun sejauh mana, anda masih boleh zoom objek dengan dekat. Gunakan sehingga 30x zoom pada Galaxy S20 dan S20 + atau inginkan yang lebih baik, S20 Ultra yang menggunakan pemprosesan AI yang berkuasa, dapat membantu mengurangkan kehilangan kualiti pada tahap zoom yang tinggi supaya pengguna dapat mengalami Resolusi Super Zoom sehingga 100x dengan pandangan yang lebih jelas dari sebelumnya.
  • Penggambaran Pro-Gred: Galaxy S20 menawarkan rakaman video 8K yang menakjubkan, jadi pengguna boleh merakam dunia mereka dalam warna dan kualiti sebenar. Dengan fungsi Super Steady dan penstabilan anti-rolling serta analisi gerakan AI, video yang dihasilkan akan tetap stabil walaupun dirakam ketika anda sedang bergerak.

Dikuasakan oleh bateri yang besar, pintar, siri Galaxy S20 ini dilengkapi dengan pengecasan Super Fast 25W, manakala S20 Ultra menyokong pengecasan Super Fast 45W, termasuk storan besar sebagai standard (128 GB untuk S20; 128GB, 256GB dan 512GB untuk Galaxy S20 + dan S20 Ultra). Ketiga-tiga pilihan iaitu Galaxy S20, Galaxy S20+ dan juga Galaxy S20 Ultra tersedia untuk pasaran tempatan dan Galaxy S20 dijual pada harga RM 3,599, Galaxy S20+ dijual pada harga RM 3,999 manakala Galaxy S20 Ultra dijual pada harga RM 4,999.

Galaxy S20 Roadshows

Untuk meraikan pelancaran perdana revolusi terbaru ini, Samsung Malaysia Electronics teruja untuk mengumumkan Galaxy S20 Consumer Roadshows, yang akan berlangsung dari 6 hingga 8 Mac 2020 di lokasi berikut:

Untuk info lanjut, layari www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-s20-roadshow/.

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

semua house

PENGGABUNGAN SENI, BUDAYA & TEKNOLOGI: PEMBAHARUAN SAMSUNG TERHADAP SEMUA HOUSE YANG IKONIK

Bacaan Lanjut

HOUSE OF DISCOVERE, MALAM EKSKLUSIF PENUH GAYA

Bacaan Lanjut

TEROKAI ERA BARU AI MUDAH ALIH BERSAMA SIRI SAMSUNG GALAXY S24

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut