Skip to content

marina bay sands Singapore

TEROKAI PERCUTIAN MEWAH ERA BAHARU DI MARINA BAY SANDS, SINGAPURA

Kongsikan artikel ini
1 of 3

GLAM Lelaki berpeluang untuk menginap di Marina Bay Sands, hotel ikonik Singapura yang sedang menjalani proses renovasi berjumlah US$1 billion keseluruhan.

Marina Bay Sands terus mencabar sempadan dalam elevasi standard hotel terbaik di dunia. Dalam menghadirkan era kemewahan dan hospitaliti yang terbaik, hotel ikonik di Singapura itu sedang menjalani proses renovasi berjumlah US$1 billion keseluruhan. Dan, GLAM Lelaki berpeluang untuk merasai sendiri transformasi yang terbaharu ini.

marina bay sands

Saya terbang ke kota Singa bersama beberapa media dari Malaysia dan juga Indonesia untuk merasai sendiri percutian era baharu yang ditawarkan di sana. Melangkah masuk ke ruang lobi, pengunjung seakan diserikan dengan haruman Marina Bay Sands yang signature. Selain kolam renang infinity yang turut menjadi simbol kepada hotel ini. Sangat ikonik!

marina bay sands

Kesemua bilik di Tower 1 dan Tower 2 sedang atau telah menjalani transformasi desain yang ekstensif, daripada konsep hotel tradisional kepada hotel dengan ruang residential-style yang mewah. Transformasi ini bermula sejak 2021, dan akan menyaksikan keseluruhan hotel memperkenalkan desain baharu mengikut fasa demi fasa, yang menjanjikan pengalaman penginapana yang terbaik buat setiap pengunjung.

 

1 of 3

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Tanah Gajah Ubud Bali

OASIS PERCUTIAN ALAM SEMULA JADI DI UBUD, BALI

Bacaan Lanjut
percutian new Zealand

10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND

Bacaan Lanjut
sahur

5 MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA SAHUR SEPANJANG RAMADAN

Bacaan Lanjut

AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE HOTEL & CONVENTION CENTRE KUALA LUMPUR DIBUKA SEMULA

Bacaan Lanjut