THE TOMMY X SHAWN CLASSICS REBORN, DUKUNG KELESTARIAN ALAM
TOMMY HILFIGER DAN SHAWN MENDES BERKOLABORASI DALAM KOLEKSI EKSKLUSIF UNTUK MASA HADAPAN DENGAN CLASSICS REBORN MUSIM BUNGA 2023. KERJASAMA BERSAMA SHAWN MENDES BERKEMBANG DENGAN TUMPUAN PADA KEMAMPANAN MEMBENTUK KEMPEN DAN KOLEKSI TERKINI.
Koleksi baharu yang direka bersama Shawn Mendes diilhamkan oleh stail TOMMY HILFIGER sebelum memasuki era ‘90an, menonjolkan padanan santai dan keselesaan dengan penekanan pada inklusif. Rekaan yang segar lagi versatil ini menafsirkan semula rekaan ikonik TOMMY HILFIGER dalam sentuhan moden, mencipta koleksi klasik untuk hari ini dan esok. Kolaborasi ini juga menekankan visi kelestarian bersama Mendes dan Hilfiger dengan menggunakan bahan kitar semula dan berinovasi.
Kempen ini menyatukan rakan dan keluarga Mendes sendiri, serta penyokong kelestarian dan individu kreatif masa kini. Lebih istimewa, Shawn diserta oleh kakanya, Aaliyah Mendes, juga seorang penyanyi-penulis lagu dan kawan rapat Jon Vinyl, penerbit artis Mike Sabath, artis Ahmad Cissé, pengarang dan model Maye Musk, pereka Czarina Kwong, aktivis Deprise Lons, dan model Yvesmark Chery dan Anita Jane Pathammavong.
Koleksi the Classic Reborn menampilkan 28 rekaan untuk lelaki dan perempuan yang bereksplorasi dengan paduan tren modern prep. Memberi opsyen gaya yang bernada kasual lagi stylish, mengilhami gaya Americana yang ikonik.
Terdapat empat prinsip yang memberi inspirasi kepada aspek rekaan Tommy Hilfiger dan Shawn Mendes. Dua yang pertama, Color Reborn dan Materials Reborn, memastikan setiap rekaan merangkumi inovasi yang mampan. Dua yang kedua, Self Reborn dan Community Reborn, mencerminkan cara hidup kontemporari.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SELESA DAN IKONIK, KOLEKSI UNIQLO AIRISM UNTUK LELAKI YANG AKTIF
Buat lelaki yang mengamalkan gaya hidup aktif, UNIQLO mempersembahkan koleksi AIRism terbaharu dengan material baharu yang ringan, mudah kering dan menyelesakan.
SHAWN MENDES DAN CAMILA CABELLO KEMBALI DIULIT CINTA?
Selepas lebih setahun membawa haluan masing-masing dan berganti pasangan, muncul bukti yang menunjukkan Camila Cabello dan Shawn Mendes kembali menjalin hubungan.
NABIL AQIL & ANIQ SUHAIR – HERO TV BAHARU MALAYSIA
Ikuti temu bual eksklusif bersama The Star Boys, Aniq Suhair dan Nabil Aqil yang kian mara mencipta nama dalam persada seni lakonan di Malaysia.
6 PAKAIAN KOLEKSI RAYA PUMA PILIHAN GLAM LELAKI
Koleksi Raya yang pertama di Asia Tenggara, PUMA menampilkan koleksi pakaian lelaki yang menawan berlandaskan siluet signature yang bersifat abadi.
MENGAPA KELESTARIAN ALAM MENJADI KEUTAMAAN KERABAT DIRAJA BRITAIN?
Perubahan iklim dan kemampanan alam sekitar menjadi misi filantrofi utama kerabat Britain yang diturunkan dari generasi ke generasi.
CINTA SHAWN MENDES BERALIH ARAH KEPADA WANITA MUDA
Shawn Mendes dirakam meluangkan masa dengan aktres berumur 23 tahun tidak lama selepas berita percintaannya dengan wanita berusia lima dekad menjadi tular.