Skip to content

THE MANHATTAN FISH MARKET LANCARKAN PENGALAMAN SERBA BAHARU UNTUK PELANGGAN

Kongsikan artikel ini

Pengendali restoran makanan laut The Manhattan Fish Market (MFM) mengumumkan rancangan untuk memberi nafas baharu kepada 27 cawangan korporatnya di seluruh Malaysia, yang bermula di cawangan Wangsa Walk di Kuala Lumpur. Pengubahsuaian penuh cawangan keempat ini merupakan sebahagian daripada usaha menampilkan wajah dan sentuhan serba baharu dengan ruang dalam lebih cerah dan ceria mencerminkan gaya hidup yang menyeronokkan untuk menggalakkan para pengunjung restoran untuk bersantai dan menjamu selera bersama-sama. Suasana ini dilengkapi dengan menu baharu yang menawarkan pelbagai cita rasa menarik.
Yang Berhormat Tuan Chong Chieng Jen, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna turut hadir di majlis pelancaran tersebut.

MFM telah bekerja keras untuk menghasilkan menu inovatif baharu ini yang menjanjikan sesuatu untuk setiap pelanggan, seperti mereka yang inginkan pilihan makan sihat, sajian ringan dan menu kanak-kanak, fish and hand cut chips di atas kertas kalis gris bagi pelanggan yang ingin menikmati juadah dengan tangan dan sos buatan tersendiri untuk mereka yang suka mencuba sesuatu yang baharu. Sebahagian daripada proses penjenamaan semula, MFM memperkenalkan sajian baharu dalam menu, termasuk kentang goreng hand cut dan enam (6) pilihan baru sos tartar seperti garlic herb, curry tartar, spicy grapefruit tartar, lime tartar, BBQ tartar and spicy tartar untuk memenuhi cita rasa semua.

Satu lagi usaha untuk menyerlahkan kepakarannya dalam makanan laut ialah pilihan yang diberikan kepada penjamu selera untuk menentukan makanan laut mereka dimasak dengan lima kaedah memasak berbeza, iaitu digoreng, direneh, digril, dibakar atau dipanggang api. Sajian utama Fish ‘N Chips kami akan dihidangkan di atas kertas kalis gris, membawakan pengalaman baharu dan menyeronokkan untuk menikmati juadah.

Cawangan yang telah diubah suai sepenuhnya terletak di Wangsa Walk, Mid Valley, Sunway Pyramid dan Setia City Mall manakala cawangan korporat lain telah menjalani pengubahsuaian kecil. Kesemua 27 cawangan korporat kini menyediakan stesen tartar layan diri untuk pelanggan mendapatkan sos tartar, kertas kalis gris, sudu garpu dan sarung tangan.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PRODUK TERBARU APPLE SPRING LOADED EVENT

Bacaan Lanjut

PENCIPTAAN TERPINTAR: DYSON LIGHTCYCLE MORPH

Bacaan Lanjut
RIMOWA TAMPIL KLASIK DENGAN WARNA HITAM MATTE

RIMOWA TAMPIL KLASIK DENGAN WARNA HITAM MATTE

Bacaan Lanjut
TIPS KEKAL CERGAS SEMASA RAMADHAN

TIP KEKAL CERGAS SEPANJANG RAMADHAN

Bacaan Lanjut
Toxic Masculinity Dalam Kesihatan Mental Dan Fizikal

Toxic Masculinity Dalam Kesihatan Mental Dan Fizikal

Bacaan Lanjut
Slow Seks - Menjadikan Hubungan Seks Lebih Intim

Slow Seks: Adegan Seks Lebih Intim

Bacaan Lanjut