Skip to content

TIFFANY & CO RAIKAN CINTA SEJATI DENGAN KEMPEN #BELIEVEINLOVE

Kongsikan artikel ini

Jenama aksesori mewah, Tiffany & Co. mengajak anda untuk meraikan cinta sejati dengan kempen terbaru mereka, Believe In Love. Kempen ini meraikan kebahagian sejati dan komitmen dalam pelbagai bentuk menerusi pasangan sebenar.

Cinta dipamerkan melalui isyarat yang ditunjukkan dalam gerakan tangan telah menangkap hubungan emosi setiap pasangan yang ditampilkan dalam kempen ini. Sesuai dengan tema, kempen ini meraikan hubungan unik antara dua individu dan keinginan dan kepercayaan mereka pada kekuatan cinta yang berkekalan.

Kempen ini turut diiringi dengan suara merdu milik Alicia Keys yang mendendangkan lagu ikoniknya, No One yang sememangnya padan dengan kempen cinta ini.

“Sebagai sebuah jenama yang meraikan cinta dalam semua bentuknya, Tiffany adalah simbol ikonik untuk komitmen dan melangkaui batasan tradisional. Kempen ini meraikan cinta dengan cara yang hanya boleh dilakukan oleh Tiffany sahaja,” terang Ketua Pegawai Artistik Tiffany & Co., Reed Krakoff.

Kempen yang diarahkan oleh Darius Khondji ini hanya memfokuskan kepada tangan dan inisial setiap pasangan. Identiti pasangan akan didedahkan melalui lapisan kempen digital yang akan menceritakan kisah pasangan yang ditampilkan. Selain itu, hadiri juga dijemput untuk berinteraksi dan berkongsi mengapa mereka juga percaya akan cinta.

Kempen cetak telah difoto oleh jurugambar legenda, Cass Bird dan digayakan oleh Alex White.

Diasaskan di New York pada tahun 1837, Tiffany & Co. adalah jenama aksesori utama di dunia. Jenama ikonik dengan warisan yang kaya dengan kisah yang mendalam, Tiffany adalah pengilang dan global dan peruncit barang kemas dan aksesori mewah. Syarikat ini telah mengendalikan lebih daripada 300 butik Tiffany & Co. di 28 negara. Sebarang info anda boleh layari Tiffany.com.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 31 Mei 2018 (Teks: Nur Sofea, herinspirasi.com)

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

GAYA TERBAIK MEERQEEN SEPANJANG 2023

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut