TRAFIK PORNHUB DI MALAYSIA MENCANAK NAIK SEHINGGA 84% SEJAK ‘PKP’
Sejak wabak Covid-19 diisythiar pendemik, kerajaan Malaysia terus mengamalkan langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan virus ini daripada terus berleluasa, dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pun diarahkan sejak 18 Mac. Maka, semua rakyat Malaysia pun disuruh dan disarankan untuk terus berada di rumah dan jangan keluar. Dek itu, rakyat Malaysia dikatakan mempunyai terlampau banyak masa terluang, sehinggakan…trafik laman web Pornhub di Malaysia mencanak naik semenjak PKP dilaksanakan. Terkejut?
Ya, Pornhub merupakan laman pornografi terkemuka, dan ini terbukti selepas sebuah statistik dikeluarkan oleh laman porno terbesar dunia ini. Kajian yang dilakukan dari pihak mereka baru-baru ini, Malaysia berada pada tangga keempat dengan peningkatan carian sebanyak 84 peratus.
Bukan setakat Malaysia sahaja yang telah menyumbang kepada kenaikan trafik di Pornhub semasa tempoh PKP ini. Statistik mereka menunjukkan bahawa trafik di seluruh dunia melonjak sehingga 11.6% daripada hanya 6.5% dari 16 hingga 17 Mac, tarikh di mana kebanyakan negara di seluruh dunia mengisytiharkan lockdown.
Selain itu, sehingga 12 Mac, Pornhub mendapati lebih 6.87 juta penonton mencari perkataan “corona” dan “covid” dalam tempoh 30 hari yang lalu manakala carian perkataan lain yang berkaitan naik sebanyak 1.5 juta pada 5 Mac. Slovakia menduduki tempat teratas pada tahap 119%. Walau bagaimanapun, Malaysia adalah negara pertama di kalangan negara Asia dengan peratusan tertinggi di di dunia.
#SarananGL: Please guys! Control yourself. Ambil peluang ini untuk mengeratkan hubungan dengan keluarga, dan elakkan untuk melayari laman-laman lucah kerana ia boleh memudaratkan malah tidak galak untuk diamalkan dalam mana-mana agama sekalipun.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 IDEA GAYA DARI HACKETT LONDON & JENSON BUTTON
Semak lima idea gaya dari Jenson Button untuk Hackett London. Dirancang sesuai dengan gaya hidup lelaki alfa.
FAHAD IMAN MAKIN ‘DARING’ BERFESYEN, “JUST LIVING LIFE!”
Pelakon, Fahad Iman selesa dengan gayanya yang sekarang. Tidak perlu berpura-pura malah mahu menjadi diri sendiri melalui penampilan.
ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”
Kenali Adrien Kent. Seorang individu yang memiliki stail yang tersendiri dan berani mencuba. We admire his style!
RASYAD NADZRI BEREHAT DARI MUZIK SEKETIKA. “I WISH TO STAY HEALTHY AND HAPPY AND NOT TAKE EVERYDAY LIFE FOR GRANTED.”
Rasyad Nadzri penah menceburi bidang muzik. Namun, semakin meningkat usia dia kini selesa untuk lakukan pekerjaan lain yang tidak berkaitan dengan muzik.
Armani Exchange Singkap Mood Cerita & Penuh Tenaga
Untuk musim bunga 2023, Armani Exchange sambut tenaga vibrant yang akan mendukung setiap gerak anda.
“I’M A DREAMER, I DREAM BIG AND I DON’T SETTLE.” – SKY ISKANDAR, MODEL & USAHAWAN ERA BAHARU
Kenali Sky Iskandar, bergelar model, usahawan dan mula menceburi bidang lakonan. Bercerita tentang fesyen dan gaya peribadinya.