Skip to content

VIVO LANCARKAN Vivo NEX DENGAN KAMERA SELFIE YANG BOLEH DISEMBUNYIKAN

Kongsikan artikel ini

Baru-baru ini, Vivo telah melancarkan telefon pintar terbaru, Vivo NEX hadir dengan skrin 6.59-inci dengan resolusi HD+ penuh, dijana cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Dengan bateri berkapasiti 4000mAh, telefon pintar pasti menjadi idaman semua!

Yang menariknya, bahagian kamera hadapan dengan sensor 8-megapixel yang boleh disembunyikan, selain dwi-kamera belakang 12MP + 5MP. Kamera selfie yang melalui ujian berat dan ketahanan maksimum 50kg menawarkan gambar selfie yang nyata terbaik dan jelas. Selain  kamera, untuk bunyi pendengaran panggilan, Vivo mengaplikasikan Screen Soundcasting Technology, dan turut menawarkan beberapa sensor di sebalik skrin berkenaan. Langkah ini dilakukan dalam usaha untuk hadir dengan rekaan peranti nirbingkai – dan tidak menggunakan takuk seperti pelbagai peranti lain di pasaran.

Vivo NEX juga turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari terbina pada skrin memicu fungsi keselamatan terbaik khas untuk anda. Vivo NEX ditawarkan pada harga RM2799, dan akan mula dijual bermula 28 Julai 2018.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 25 Julai 2018

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut