Skip to content

YUNA UBATI KERINDUAN PEMINAT MALAYSIA DENGAN KONSERT YUNAVERSE

YUNA UBATI KERINDUAN PEMINAT MALAYSIA DENGAN KONSERT YUNAVERSE

Kongsikan artikel ini

Penantian peminat tempatan untuk menonton persembahan Yuna secara langsung bakal berakhir tidak lama lagi.

Penyanyi tanah air yang mencipta nama di Amerika Syarikat itu secara rasminya mengumumkan konsert Yunaverse Feat. AI.Z yang akan diadakan pada 22 Oktober 2023.

Bertempat di Mega Star Arena Kuala Lumpur, ia akan bermula pada jam 8.30 malam. Menariknya, konsert itu akan turut menampilkan Aizat Amdan sebagai penyanyi jemputan.

Yuna

Foto: Instagram

Peminat nampaknya boleh tersenyum gembira kerana tiket dijual pada harga ‘rahmah’. Menerusi poster yang dikongsi, harga tempat duduk bermula dari RM99 (Decorate), RM199 (Nocturnal), RM259 (Chapters), RM369 (Rouge) dan RM889 (Y5).

Tiket akan mula dijual pada 8 Ogos ini jam 12 tengah hari di laman web lolasia. Ahli #yunationals akan mendapat akses awal pembelian tiket iaitu pada 7 Ogos di mana pautan privasi dan kod promo akan dihantar melalui e-mel.

Foto: Instagram

Yuna Rindu Hiburkan Peminat Tempatan

Tahun lalu penyanyi berusia 37 tahun ini meluahkan keinginan untuk muncul dengan konsert mega. Kali terakhir dia menghiburkan peminat tanah air adalah menerusi konsert Yuna Live In Malaysia pada 2015 yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Bagaimanapun menurutnya ketika itu, ia masih dalam perancangan memandangkan dia perlu menyiapkan album baru, Y5. Selain itu dia juga perlu memberi tumpuan pada konsert jelajah di beberapa lokasi sekitar Amerika Syarikat sebelum menjayakan konsert di Kuala Lumpur.

Yuna

Foto: Twitter

“Kalau boleh saya nak buat persembahan di Dewan Plenari, KLCC seperti yang pernah saya lakukan dulu. Memang ada perancangan ke arah itu tapi segalanya bergantung pada keadaan. Saya rasa penting sangat untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur. Saya memang sudah lama tunggu nak beraksi di sini. Rindu juga nak imbau lagu lama terutama lagu berbahasa Melayu. Saya juga ingin ambil kesempatan itu untuk memperkenalkan lagu baru,” katanya, menurut laporan Utusan.

Foto: Instagram/The Cut

Pautan berkaitan: RUFFEDGE HADIAHKAN KONSERT RUFFERA ‘THAT MOMENT IN TIME’ BUAT PEMINAT

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

YUNA MENCIPTA REKOD MEMBUAT PERSEMBAHAN KEPADA 4000 ORANG MALAYSIA TERBESARNYA

Bacaan Lanjut

7 HERO MALAYA MASA KINI PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
“KAMI PILIH TULUM” - AIZAT AMDAN & ISTERI BERKONGSI RANCANGAN MASA DEPAN

“KAMI PILIH TULUM” – AIZAT AMDAN & ISTERI BERKONGSI RANCANGAN MASA DEPAN

Bacaan Lanjut