Skip to content

TAMPIL ’COOL’, KEKAL ’COOL’ DAN TERUS ’COOL’ DENGAN KOLEKSI +LEVI’S® COOL

Kongsikan artikel ini

Bulan ini, Levi’s® melancarkan koleksi +Levi’s® Cool yang menampilkan denim yang ringan, lut udara serta lebih segar untuk gaya lelaki yang paling cool.

Bersempena kehadiran musim bunga/panas 2023, Levi’s® melancarkan koleksi +Levi’s® Cool sekali lagi. Koleksi ini menampilkan kejuruteraan denim bersifat ringan dan lut udara untuk memberikan keselesaan maksimum. Dan eksklusif musim panas kali ini, Levi’s®  mahu peminat denim meneroka himpunan terkini dan  menyerlahkan gaya yang lebih segak dan segar. Tampil ’cool’, kekal ’cool’ dan terus ’cool’!

seluar levi's

Denim biru bukan sahaja padanan sesuai untuk palet musim panas. Malahan ia mampu mencipta penampilan yang selesa serta bergaya untuk variasi acara. Koleksi +Levi’s® Cool ini berterusan menjadi helaian pelbagai fungsi, dengan fabrik lut udara dan ringan yang lembut serta selesa.

levi's cool

Koleksi musim ini menawarkan pelbagai jenis potongan denim, antaranya seluar jean, skirt denim, kemeja dan kemeja-t khas musim panas. Denim dengan basuhan ringan pula membawakan penampilan musim panas yang lebih segar dan selesa.

 

Koleksi +Levi’s® Cool +UNTUK LELAKI

Bersedia melangkah ke peralihan musim panas ini dengan himpunan padanan menarik untuk lelaki daripada koleksi 505® REGULAR, 510® SKINNY, sehinggalah ke512® SLIM TAPER dan502® TAPER. Pastinya ia menonjolkan penggayaan yang santai dan kasual dengan bahagian atas yang lebih longgar.

levi's malaysia

Gabungkan gaya dan keselesaan ke dalam satu pengalaman denim yang ’cool’ kala anda memadankan seluar jean dengan kemeja-T lut udaradalam grafik yang menyeronokkan serta baju dalam cetakan jaluranluncur air atau palet neutral. Anda pasti kelihatan hebat sama seperti yang anda rasakan!

levi's malaysia

Di saat hangatnya musim panas ini, jangan biarkan bahangnya itu mengurangkan rentak anda. Ikuti Levi’s® untuk penampilan yang lebih ’cool’ dan pengalaman yang menarik. Berharga antara RM129 hingga RM459, koleksi ini boleh didapati menerusi levi.com.my dan di butik Levi’s® di seluruh negara mulai bulan Ogos ini.

 

Foto: Levi’s®  Malaysia

Baca lebih lanjut: “THE GREATEST STORY EVER WORN” MERAIKAN 150 TAHUN JEANS IKONIK LEVI’S® 501®

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Levi’s x Crocs

LEVI’S® X CROCS – KOLABORASI KAPSUL YANG MENGGABUNGKAN KUALITI DAN KESELESAAN

Bacaan Lanjut
bright Calvin klein

BRIGHT VACHIRAWIT BINTANG KEMPEN CALVIN KLEIN JEANS FALL 2023

Bacaan Lanjut

“THE GREATEST STORY EVER WORN” MERAIKAN 150 TAHUN JEANS IKONIK LEVI’S® 501®

Bacaan Lanjut
KOLEKSI KOLABORASI LEVI'S DAN STÜSSY TAMPIL DENGAN GAYA KLASIK!

KOLABORASI LEVI’S DAN STUSSY TAMPIL DENGAN GAYA LEBIH KLASIK!

Bacaan Lanjut

PENEROKAAN SEMULA ARKIB 149 TAHUN LEVI’S

Bacaan Lanjut

RESET KARL LAGERFELD UNTUK MUSIM BUNGA/PANAS 2022

Bacaan Lanjut