10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND
Mahu pengalaman kembara yang luar biasa ke New Zealand? Nikmati percutian musim luruh dengan festival kebudayaan dan destinasi yang mesra-Muslim yang mengagumkan.
Mahu nikmati pengalaman yang unik di New Zealand pada musim raya ini? Sambil merasai keindahan lanskap yang menakjubkan bersama penduduk-penduduk tempatan dan rakan-rakan. Anda boleh menenangkan diri dengan kesejukan udara sambil menelusuri pelbagai keajaiban alam yang dipenuhi dengan hamparan daun-daun gugur. Di samping tangkapan hail laut yang segar dan acara-acara yang meriah, inilah masa yang tepat untuk menikmati pesona alam semulajadi yang memukau ini.
Terdapat pelbagai penginapan dan untuk menyertai Festival Flavours of Plenty, iaitu sebuah festival dimana tempat budaya tempatan dan pelbagai juadah yang lazat bertemu di bawah satu bumbung. Di sini, anda dapat menikmati hidangan-hidangan yang lazat, menyaksikan demonstrasi memasak secara langsung, dan mengikuti bengkel-bengkel masakan yang menarik. Jangan lepaskan peluang untuk merasai atmosfera yang meriah di konsert-konsert dan festival-festival yang menampilkan pelbagai genre muzik, dari persembahan tempatan yang terkenal hingga pesta tarian di tepi pantai Auckland yang dikenali sebagai Festival Beacon.
Pada bulan Mac, cuaca di New Zealand selesa dan cerah. Pastinya menarik buat pelancong dari Malaysia untuk menikmati pengalaman percutian yang unik. Destinasi ini terus menjadi pilihan utama, dengan tiga syarikat penerbangan yang menyediakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Auckland International Airport. AirAsia, Batik Air, dan Malaysia Airlines menawarkan laluan yang mudah diakses dan perkhidmatan yang cemerlang, memastikan perjalanan yang lancar untuk semua pelancong.
Berikut adalah pengalaman percutian mesra-Muslim dan halal yang boleh anda cuba di New Zealand nanti:
1. Erik’s Fish and Chips, Queenstown (South Island)
2. Hobbiton, Waikato (North Island)
3. Garuda Truck, Wellington (North Island)
4. The Greek House, Auckland (North Island)
5. Waka on Avon, Christchurch (South Island)
6. The Good Earth Café , Dunedin (South Island)
7. Whale Watch Kaikoura, Kaikoura (North Island)
8. Pohutu Geyser in Te Puia, Rotorua (North Island)
9. Blue Penguins Pukekura, Dunedin (South Island)
10. Zen’s Kitchen, Murchison (South Island)
Berikut adalah 5 tempat penginapan untuk percutian anda ke New Zealand nanti:
1. Driftaway Queenstown, Queenstown (South Island)
2. Rotorua Thermal Holiday Park, Rotorua (North Island)
3. Auckland City Hotel, Auckland (North Island)
4. Wanaka TOP 10 (South Island)
Instagram: 100% Pure New Zealand
Baca lebih lanjut: 5 DESTINASI PERCUTIAN MENARIK DI LAUSANNE, SWITZERLAND
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ATAS DI THE RUMA HOTEL AND RESIDENCE PERKENAL MENU BARU
Nikmati pengalaman gastronomi baru di ATAS, The RuMa Hotel dengan menu lunch yang menampilkan hidangan Eropah klasik berjiwa Malaysia.
THE RUMA HOTEL AND RESIDENCES MEMPERKENALKAN SAJIAN BAHARU EROPAH UNTUK ATAS
The RuMa Hotel and Residences menampilkan reka bentuk semula restoran istimewanya, ATAS. ATAS menggunakan sentuhan persona bistro baharu dan menawarkan pengalaman menjamu selera yang segar.
‘HEALING’ BERSAMA HERO ANDA DI MANGALA ESTATE BOUTIQUE RESORT
Bersempena Hari Bapa 2024, Mangala Estate Boutique Resort di Kuantan, Pahang mahu menghargai pengorbanan hero dalam hidup anda dengan pengalaman Mangala Spa yang menenangkan.
RAIKAN HARI BAPA DI M RESORT & HOTEL KUALA LUMPUR
Bersempena Hari Bapa tahun ini, M Resort & Hotel Kuala Lumpur mahu menghargai hero dalam hidup anda dengan pengalaman gastronomi istimewa pada 16 Jun 2024.
TANAH GAJAH, A RESORT BY HADIPRANA: DESTINASI PERCUTIAN ALAM SEMULA JADI DI UBUD, BALI
Tanah Gajah, a Resort by Hadiprana merupakan sebuah destinasi percutian yang menjanjikan ketenangan, privasi dan keindahan alam semula jadi Ubud, Bali yang tiada tandingan.
5 MAKANAN ANDA PERLU ELAK KETIKA SAHUR SEPANJANG RAMADAN
Pemilihan makanan yang betul ketika sahur adalah sangat penting untuk memberikan tenaga, menahan lapar dan meningkatkan kesihatan sepanjang berpuasa Ramadan ini.