Skip to content

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OKTOBER 2024

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OKTOBER 2024

Kongsikan artikel ini

Laman penstriman popular, Netflix tidak pernah sepi daripada rancangan-rancangan hebat buat peminat televisyen tempatan.

Dari siri ke filem dan dokumentari yang menarik perhatian, pelbagai genre disajikan untuk memenuhi cita rasa dan mengisi masa lapang anda.

Seperti bulan-bulan sebelumnya, Neflix turut menampilkan pelbagai naskah menghiburkan pada bulan ini yang boleh anda layan bersama rakan-rakan mahupun insan tersayang.

Berikut rancangan terbaru yang anda mesti tonton pada Oktober ini

 

1. CTRL

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OKTOBER 2024

Dibintangi oleh: Ananya Panday, Vihaan Samat, Devika Vatsa, Sucheta Trivedi, Kamakshi Bhat, Samit Gambhir

Sinopsis: Nella dan Joe merupakan pasangan pempengaruh yang sempurna. Namun apabila Joe berlaku curang, Nella beralih kepada aplikasi kecerdasan buatan (AI) untuk membuang Joe dari hidupnya. Malangnya ia mula mengawal segalanya.

 

2. Deceitful Love

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OKTOBER 2024

Dibintangi oleh: Dharma Mangia Woods, Monica Guerritore, Emanuel Caserio, Giacomo Gianniotti, Luigi Chiocca

Sinopsis: Seorang wanita berada berusia 60 tahun tiba-tiba jatuh cinta pada seorang jejaka tampan yang jauh lebih muda. Malangnya perhubungan mereka tidak direstui keluarga.

 

3. Evil Dead Rise

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OKTOBER 2024

Dibintangi oleh: Alyssa Sutherland, Lily Sullivan, Morgan Davies, Gabrielle Echols, Nell Fisher, Bruce Campbell

Sinopsis: Pertemuan semula dua beradik perempuan yang terpisah diganggu oleh kebangkitan syaitan sekali gus memaksa mereka berjuang habis-habisan untuk terus hidup.

 

4. It’s What Inside

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OKTOBER 2024

Dibintangi oleh: Alycia Debnam-Carey, Gavin Leatherwood, Reina Hardesty, James Morosini, Madison Davenport, Nina Bloomgarden

Sinopsis: Satu majlis perjumpaan semula bertukar menjadi mimpi ngeri buat sekumpulan pelajar kolej apabila seorang tetamu tidak dijemput tiba dengan sebuah bagasi misteri.

 

5. Lonely Planet

10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OKTOBER 2024

Dibintangi oleh: Laura Dern, Liam Hemsworth, Diana Silvers, Heeba Shah, Rachida Brakni, Ben Youcef

Sinopsis: Ketika menikmati percutian indah di Maghribi, seorang penulis novel yang baru memegang status solo bertemu seorang lelaki muda yang sedang menilai semula pilihan hidupnya.

 

6. Outside

Dibintangi oleh: Sid Lucero, Beauty Gonzalez, Marco Masa, Aiden Tyler Patdu, James Blanco, Enchong Dee

Sinopsis: Sebuah keluarga pulang ke kampung halaman si bapa untuk melarikan diri daripada wabak dan serangan zombi. Malangnya muncul pula misteri di dalam rumah, yang sama ngerinya dengan ancaman di luar rumah.

 

7. Padu

Dibintangi oleh: Fify Azmi, Jojo Goh, Thanuja Ananthan, Melissa Campbell, Lia Natalia, Mak Adam, Umie Aida, Eizlan Yusof

Sinopsis: Kisah kehandalan pasukan Bola Keranjang Wanita Malaysia yang berjaya mengumpul 13 pingat emas daripada 20 kejohanan Sukan SEA sejak 1977.

 

8. Platform 2

Dibintangi oleh: Hovik Keuchkerian, Milena Smit, Natalia Tena, Oscar Jaenada, Antonia San Juan, Bastien Ughetto

Sinopsis: Selepas seorang ketua misteri memperkenalkan undang-undang sendiri dalam sistem sel yang kejam, peserta baru sedaya upaya melawan kaedah pengedaran makanan yang dianggap meragukan.

 

9. Temurun

Temurun (2024) - IMDb

Dibintangi oleh: Yasamin Jasem, Bryan Domani, Karina Suwandhi, Jajang C. Noer, Kiki Narendra, Mian Tiara

Sinopsis: Selepas kematian ibu bapa, Dewi dan Sena menyedari mereka mewarisi sesuatu yang jauh lebih besar daripada apa yang disangka.

 

10. The Predator

Dibintangi oleh: Boyd Holbrook, Olivia Munn, Jacob Tremblay, Brian A. Prince, Trevante Rhodes, Yvonne Strahovski

Sinopsis: Quinn MacKenna, seorang tentera bersama beberapa pelarian dan saintis berusaha membunuh Predator dan menyelamatkan anaknya Rory yang diculik kerana autismenya mencerminkan kemajuan dan evolusi manusia.

 

Pautan berkaitan: FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA OKTOBER 2024