3 FILEM LOKAL MALAYSIA YANG PALING DINANTIKAN 2026
Industri perfileman Malaysia terus berkembang dengan karya-karya yang berani, beridentiti dan semakin matang dari segi penceritaan.
Tahun 2026 dijangka menjadi tahun yang penuh kejutan buat pencinta filem tanah air. Bukan sahaja kerana kepelbagaian genre, tetapi juga kerana adanya naskhah yang membawa suara budaya, aksi dan emosi Malaysia ke tahap lebih tinggi. Inilah tiga filem lokal yang paling dinantikan.
#1 Malaikat Malam
Ditulis dan diarahkan oleh Nazifdin Nasrudin serta diterbitkan oleh Viper Studios dan Skop Productions. Malaikat Malam adalah sebuah karya yang membawa perspektif segar terhadap kehidupan remaja urban Malaysia. Menampilkan pelakon seperti Syafiq Kyle, filem ini memfokuskan pada gelagat sekumpulan remaja yang ingin membebaskan diri dari kekangan keluarga, kewangan dan norma sosial. Filem ini turut dibintangi oleh Que Haidar, Juzzthin, Tracie Sinidol, Riezman Khuzaimi, Amir Nafis dan Kodi Rasheed. Sebuah perjalanan mencari identiti yang penuh liku dan mesej yang lebih dalam daripada sekadar aksi permotoran biasa. Projek ini juga menandakan lonjakan karier pengarah muda ini dalam genre drama aksi tempatan.

#2 Tarung: Unforgiven
Jika aksi dan intensiti di layar perak adalah apa yang kamu nantikan, Tarung: Unforgiven berada di kedudukan teratas senarai. Filem ini diarahkan oleh Razaisyam Rashid. Dibintangi oleh barisan pelakon mantap termasuk Zul Ariffin, Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Amir Ahnaf dan Bront Palarae. Menarik tentang naskhah ini adalah ia bukan sahaja kerana janji aksi ganas yang akan tertumpah di skrin, tetapi kerana ia menunjukkan bahawa produksi Malaysia kini mampu berdiri seiring dengan standard antarabangsa. Dari koreografi aksi hinggalah kualiti naratifnya.

#3 Gayong 2
Selepas kejayaan filem Gayong pada tahun sebelumnya yang mengangkat watak pengasas Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia, Gayong 2 kembali untuk memperluas legenda ini di layar besar. Dijangka ditayangkan sekitar tahun 2026 dengan Beto Kusyairy kembali menerajui watak utama dan sekali lagi diarah oleh Faisal Ishak. Sekuel ini terus menonjolkan silat sebagai simbol warisan dan semangat juang Melayu dalam konteks sejarah serta aksi dramatik yang mendebarkan. Gayong 2 ini turut dibintangi oleh pelakon popular tanah air seperti Nabila Huda as Che’ Som, dan Syafie Naswip as Mat. Penantian terhadap sekuel ini menunjukkan bahawa penonton tempatan semakin menghargai cerita yang menyulam elemen budaya dan identiti kebangsaan ke dalam format filem aksi yang segar.
Artikel Berkaitan: 5 WATAK IKONIK LAKONAN TIMOTHEE CHALAMET
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 JENAMA TEMPATAN BOLEH CUSTOM JURNAL DAN PLANNER ANDA
Sentuhan peribadi di dalam custom jurnal atau planner menjadikan item ini lebih menarik, terutamanya dengan trend jurnal terkini.
7 SELEBRITI TEMPATAN MEYERTAI HYROX SINGAPORE 2026, SEBARIS CHOI MINHO DAN JAY PARK
Selebriti lelaki Malaysia telah menjadi salah satu perhatian utama di acara HYROX Singapore 2026 yang diadakan selama tiga hari di Singapura.
5 FILEM IKONIK LAKONAN DIANA DANIELLE
Kenali 5 filem ikonik Diana Danielle. Saksikan evolusinya sebagai primadona paling berpengaruh dalam industri perfileman.
LIGHTING THE PATH: DUA DEKAD REVOLUSI SOSIAL CARTIER
Raikan 20 tahun Cartier Women’s Initiative 2026 di Bangkok. Terokai inovasi 30 usahawan wanita global menerusi tema "Lighting the Path".
TRANSFORMASI BADAN SHAH JASZLE. LEBIH SIHAT, YAKIN DAN BERTAMBAH KACAK!
Transformasi sihat dan bentuk badan pelakon, Shah Jaszle merupakan satu perjalanan inspirasi yang mencerminkan disiplin dan kesungguhan.
THE HOUSE OF OUD HADIR DENGAN PURE DIAMOND, WANGIAN PENUH KEMEWAHAN
Pure Diamond, dari The House of Oud dipersembahkan dengan penuh kemewahan, inspirasi oleh Cullinan Diamond yang ditemui pada 1995.












