5 AKSESORI DEKORASI KEDIAMAN BUAT LELAKI MODEN MASA KINI
Musim luruh ini, H&M HOME membariskan seleksi aksesori dekorasi kediaman yang menceduk inpisrasi daripada setiap elemen deria buat lelaki moden masa kini.
Hari ini, seni dekorasi kediaman menjadi keutamaan buat lelaki moden dalam variasi ilham dan inspirasi. Lelaki kini lebih berani dan terbuka untuk bereksperimentasi dengan objek dan aksesori dalam menghiasi segenap ruang. Bersempena dengan kehadiran musim luruh tahun ini, H&M HOME membariskan seleksi aksesori dekorasi kediaman yang menceduk inpisrasi daripada setiap elemen deria buat lelaki moden masa kini.
Lihat, bau, dengar, sentuh dan rasa menjadi fokus dalam mengilhamkan ruang kediaman yang lebih selesa dan natural. Deria sentuhan fokuspada pemilihan material taktil seperti kusyen hiasan dan bantal lembut, selain ambal wool bulu yang dapat mengurangkan bunyi pada deria pendengaran. Tidak dilupakan, eksplorasi deria bau dengan lilin haruman dan difusser yang dapat menyerlahkan wangian pada segenap ruang kediaman.
Berkut adalah 5 aksesori dekorasi kediaman pilihan GLAM Lelaki buat lelaki moden masa kini:
Sarung Kusyen Kanvas
Sarung kusyen dengan material kanvas kapas ini menampilkan motif grafik cetak yang pasti memberikan sentuhan warna blok pada dekorasi ruang tamu.
Vas Stoneware
Bold dan mencuri perhatian, vas ini boleh diriaskan bersama bunga hidup atau diletakkan begitu sahaja di atas rak hiasan sebagai aksesori yang kontemporari.
Cadar Tilam Linen
Sempurna kamar tidur dengan cadar tilam linen yang hadir dalam tiga warna baharu musim ini. Cadar ini akan menjadi lebih lembut dan elegan selepas digunakan kerap kali.
Bakul Simpanan Seagrass
Pemilihan material yang letari bukan sahaja dapat membantu mneyelamatkan Bumi, ia turut sama dapat menyuntik estetika semulajadi pada ruang kediaman yang lebih natural dengan bakul multi-fungsi ini.
Diffuser Haruman
Botol kaca dengan lidi ini bukan sahaja elegan sebagai aksesori dekorasi, tetapi akan mewangikan segenab ruang yang akan merangsang deria anda untuk berasa tenang dan relaks kala berada di rumah.
Koleksi H&M HOME untuk musim luruh ini boleh didapati di H&M Quill City Mall dan Avenue K Shopping Mall.
Foto: H&M HOME
Baca lebih lanjut: “DIA SUKA MEMENDAMKAN MASALAH DIRINYA, SAMA SEPERTI SAYA.” – FATTAH AMIN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 JENAMA SINGLET LELAKI ‘ON TREND’ YANG WAJIB DIMILIKI SEKARANG!
Pakaian singlet tahun ini hadir dengan gaya unik! Mempunyai tekstur menarik, dan warna playful—pilihan sempurna untuk tampil fun dan trendy.
ANAMIKA KHANNA & H&M BERSATU UNTUK KOLEKSI YANG MEGAH
‘Fluid’, versatil dan vibrant. Koleksi Anamika Khanna untuk H&M bakal dilancarkan September nanti. Koleksi yang merangkumi kaftan, pijama sutera dan yang menariknya, mengambil seni fesyen India sebagai inspirasi utama.
3 IDEA INSPO RAYA UNTUK DEKORASI RUMAH BAWAH RM100
Mencari idea untuk dekorasi rumah yang cepat dan mesra poket? Ikuti petua mudah ini mendapatkan inspirasi hiasan rumah untuk Hari Raya tahun ini.
H&M MEMBAWA GLITZ & GLAMOUR DENGAN RABANNE
H&M melancarkan koleksi Rabanne H&M dengan parti eksklusif bersama selebriti terkemuka dari Malaysia dan Singapura termasuk juga bintang media sosial.
H&M DENGAN RABANNE UMUM KERJASAMA CIPTA HELAIAN INSPIRASI DISKO 70-AN
Khabar angin itu benar! H&M bekerjasama dengan Rabanne untuk mengeluarkan koleksi yang meraikan glamour yang bersahaja sesuai untuk lelaki mahupun wanita!
TINJAU BEBERAPA KEDIAMAN MARILYN MONROE YANG KINI BERNILAI JUTAAN RINGGIT
GL senaraikan beberapa rumah serta hartanah yang pernah didiami dan dimiliki oleh simbol seks Hollywod, Marilyn Monroe.