Skip to content

5 FILEM SERAM UNDERRATED YANG BOLEH ANDA TONTON DI VIU

Kongsikan artikel ini
3 of 5

Guimoon: The Lightless Door

Guimoon: The Lightless Door (2021) - Photos - IMDb
Sebuah filem seram Korea yang mengisahkan tentang seorang pengarah pusat kajian paranormal bernama Do-Jin, yang sedang menyiasat kematian misteri ibunya yang terjadi di sebuah pusat komuniti yang ditutup. Pusat komuniti tersebut telah menyaksikan banyak pembunuhan dan insiden mengerikan sejak seorang pengurus pusat membunuh beberapa orang dan kemudiannya membunuh dirinya sendiri. Do-Jin menemui bahawa tempat tersebut mempunyai sebuah pintu yang dikenali sebagai “Guimoon,” yang menghubungkan dunia manusia dengan dunia roh. Ketika dia memasuki pintu tersebut untuk mencari jawapan, dia berdepan dengan roh-roh jahat yang menghantui tempat itu, memaksanya berjuang untuk keluar hidup-hidup.

Filem ini menjanjikan pengalaman visual yang menyeramkan: Filem ini menggunakan visual gelap dan latar yang terperinci untuk mencipta suasana yang penuh ketegangan, yang pasti akan membuatkan penonton tidak senang duduk. Penggambaran yang suram dan kesan khas yang digunakan memperkuatkan rasa seram sepanjang filem ini. Bukan itu saja, filem seram ini eemikat dengan elemen paranormal. Guimoon menawarkan elemen seram supernatural yang kuat, di mana roh-roh jahat dan pintu misteri menjadi fokus utama cerita. Jalan ceritanya yang penuh teka-teki dan berlapis-lapis akan membuatkan anda teruja untuk mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya.

3 of 5