Skip to content

5 KISAH INSPIRASI WANITA LELAKI PATUT TELADANI

Kongsikan artikel ini

Ya, hari ini 8 Mac merupakan Hari Wanita Antarabangsa Sedunia di mana golongan wanita di seluruh pelusuk dunia diraikan atas penghargaan dan sumbangan mereka dalam memajukan bukan saja diri, namun keluarga dan masyarakat khususnya.

Pada hari ini, marilah sama-sama kita menyingkap semula pengorbanan yang telah dilalui oleh insan bernama ‘wanita’ yang telah mengharungi pelbagai rintangan, bermula dari proses kelahiran yang menyakitkan, menjadi tulang belakang kepada kejayaan seorang lelaki hinggalah berjaya membesarkan anak-anak. Yang pasti, usaha serta pengorbanan seorang wanita besar nilainya, dan mestilah dihargai.

Bagi meraikan hari penuh bermakna ini, GLAM Lelaki senaraikan 5 kisah wanita penuh inspirasi yang boleh dan patut lelaki teladani agar masing-masing dapat memajukan diri. Teruskan membaca..

1. LIZZIE VELASQUEZ, ‘GADIS PALING HODOH DI DUNIA’

Kisah hidup Lizzie Velasquez tidaklah seindah gadis seusia denganya. Dilahir dan disahkan menghidap sindrom ganjil, mengakibatkan berat badannya tidak naik. Berat badan Velasquez juga tidak pernah melebihi 29 kilogram dan dia juga buta sebelah mata. Akibat dari sindrom ini, ia juga turut beri kesan kepada wajahnya, sehinggalah Lizzie dianggap ‘wanita terhodoh dunia’.

Bayangkan, dia seringkali dibuli di sekolah dan di alam maya ekoran paras rupanya yang berbeza, selain menerima banyak kritikan negatif. Antaranya  Lizzie dikecam ‘raksasa’ yang tidak sepatutnya dilahirkan di dunia ini dan juga ahli sihir.

Enggan terus mengambil hati atas kritikan tersebut, malah dia menggunakanya sebagai inspirasi untuk memulakan kempen antibuli pada tahun 2013 yang berjaya mendapat perhatian antarabangsa. Malah kisah hidupnya turut didokumentarikan melalui saluran Discovery Channel.

2. JESSICA COX, ‘JURUTERBANG WANITA TANPA BERTANGAN’

Tiada apa yang mustahil, walaupun lahir tanpa bertangan. Ya, dan Jessica Cox sudah membuktikannya. Lahir tanpa lengan dan tangan, mengikut istilah perubatan congenital amputee’,  bukanlah penghalang buat Jessica untuk bekerja dan melakukan aktiviti harian seperti individu-individu lain.

“Yang penting perlu bijak menyesuaikan diri. Oleh kerana tidak memiliki lengan mahupun tangan, kaki yang melakukan semuanya”, jelas Jessica Cox suatu ketika dulu.

Walau lahir kurang anggota, namun Jessica khabarnya masih boleh lakukan segalanya, seperti bermain piano, menyelam, makan, memanjat tebing, menguasai teknik bela diri dan yang paling mengagumkan, Jessica kini adalah seorang juruterbang wanita. Malah namanya turut tercatat dalam Guinness World Record sebagai manusia tanpa lengan pertama mendapatkan pensijilan pilot atau juruterbang dalam sejarah penerbangan dunia.

3. JADE HAMEISTER, GADIS TERMUDA TAKLUKI KUTUB UTARA

Walau masih berusia 14 tahun, Jade Hameister yang berasal dari Australia menjadi manusia termuda yang menjelajah dan melintasi kutub utara menerusi ekspedisi Polar Hat Trick menyeberani tiga daerah kutub, iaitu Kutub Utara, Greenland, dan Kutub Selatan. Jade pertama kali mendapat idea untuk melakukan ekpedisi ini menerusi pertemuannya dengan gadis Islandia di Everest Base Camp sewaktu dirinya berusia 12 tahun.

“Alasan saya melakukan ekpedisi ini adalah untuk menjadi sumber inspirasi kepada semua wanita muda di seluruh dunia agar menjadi lebih aktif dalam mengejar impian dan mimpi mereka,” jelas Hameister kepada BBC.

Mendapat sokonga padu daripada keluarga, terutama sekali ayahnya, Paul yang pernah menakluki Gunung Everest, Jade terbuka dengan apa saja cabaran yang datang dalam pengembaraannya ini. Ini kerana Jade terdahulu pernah menghadapi momen-momen sukar sepert sakit yang boleh membunuh sewaktu membesar, menjadikan Jade seorang gadis muda yang kental dan tidak pernah berputus asa.

4. KIMI WERNER, JAGOAN DALAM LAUT

Lautan seakan dunia serta habitat keduanya. Kimi Werner yang berasal dari Hawaii adalah jagoan dalam lautan dan juga seorang penyelam yang hebat. Bayangkan, dari sejak kecil sudah sebati dengan elemen tersebut sehinggakan Kimi bisa untuk ‘hidup’ di dalam air selama 5 minit tanpa sebarang alat bantuan pernafasan.

Dan kini, Kimi menjadi dambaan untuk pelbagai kegiatan-kegiatan seperti pemotretan bawah laut, menjadi jurulatih selam di Hawaii dan sering kali mengikuti pihak-pihak kerajaan dalam menyelam serta menjada ekosistem dalam laut yang disayanginya.

Dikhabarkan Kimi kini sedang merancang untuk merancang pengembaraan seumur hidup ke hutan-hutan belantara bagi mencabar dirinya, walaupu dirinya hanyalah seorang wanita biasa, namun keberaniannya ternyata mengagumkan.

5MALALA YOUSAFZAI, PEMENANG TERMUDA ANUGERAH NOBEL KEAMANAN

Malala Yousafzai mencatatkan pemenang termuda anugerah Nobel Keamanan. Di usia 17 tahun, gadis muda yang berasal dari Pakistan ini mendedikasi kehidupannya untuk meningkatkan kesedaran tentang hak kesamarataan dalam memiliki pendidikan. Lima tahun lepas, beliau menulis coretannya di dalam sebuah blog BC Urdu mengakibatkan Malala terlibat dalam cubaan bunuh terhadap dirinya pada tahun 2012.

Namun itu semua tidak menghalang Malala untuk meneruskan legasinya dalam berjuang untuk mendapatkan pendidikan buat dirinya serta anak-anak muda di seluruh dunia.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 8 Mac 2017

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Tisya Ong

“LELAKI ITU SEKSI APABILA HE KNOWS TO TREAT A WOMAN RIGHT.” – TISYA ONG #GLWANITAIDAMAN

Bacaan Lanjut
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
Tomok diangkat sebagai Alphamen GLAM Lelaki 2023

“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut

“KITA PERLU MENORMALISASIKAN PERBUALAN KESIHATAN MENTAL. HENTIKAN STIGMA SETIAP LELAKI PERLU “SUCK IT UP” ATAU “BE A MAN” – KHOON HOOI #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut