5 RUTIN CARLOS SAINZ SEMPURNA BUAT LELAKI GENERASI KINI
Pelumba Formula 1 Carlos Sainz Jr. tidak hanya bergantung kepada bakat semata-mata. Dia mengekalkan disiplin yang konsisten melalui rutin harian yang teratur, fokus dan berasaskan prestasi.
Dari gym hingga penjagaan kulit, inilah lima aspek kehidupan Sainz yang relevan buat lelaki moden kini.
1) LATIHAN FIZIKAL YANG INTENSIF & TERSTRUKTUR
Bukan rahsia lagi bahawa pelumba F1 perlu berada dalam kecergasan fizikal paling optimum, kerana G-force dan keperluan ketahanan semasa perlumbaan adalah ekstrem. Dalam sesi latihan rutinnya, Sainz sering memulakan hari dengan senaman kardiovaskular awal seperti berenang atau larian ringan, diikuti sesi strength training fokus seluruh badan pada waktu petang untuk kekuatan otot dan stamina. Dia biasanya melakukan dua sesi latihan sehari, sekurang-kurangnya lima kali seminggu, dengan fokus kuat kepada kardio dan latihan kekuatan untuk mengekalkan kecergasan menyeluruh.
2) DIET ADAPTIF BERIKUT JADUAL LATIHAN
F1 memerlukan berat badan berada dalam julat ideal agar sesuai dengan keperluan perlumbaan. Sainz menyesuaikan pengambilan nutrisi sesuai dengan beban latihan harian. Pengambilan lebih kalori dan karbohidrat pada hari latihan berat, serta lebih rendah pada hari rehat supaya tubuh tidak menyimpan lebihan tenaga. Dalam wawancara lain, dia juga berkongsi bahawa dia boleh menikmati makanan tempatan tanpa terlalu risau tentang berat badan kerana komitmen terhadap latihan yang intensif, sambil tetap menjaga hubungan sihat dengan makanan.
3) PENJAGAAN KULIT & GROOMING YANG PRAKTIKAL
Walaupun jadualnya padat, Sainz juga memberi perhatian kepada penjagaan kulit wajah, dengan jenama penjagaan kulit lelaki seperti L’Oréal Paris. Dia menggabungkan pencuci muka setiap malam selepas mandi, serta moisturizer harian, terutama apabila bercukur, untuk mengekalkan kulit yang sihat dan tidak kering. Ini menunjukkan lelaki moden tidak perlu rutin yang kompleks, tetapi asas yang konsisten untuk tampil bersih dan segar.
4) KESEIMBANGAN HIDUP: LATIHAN, KELUARGA & AKTIVITI LUAR
Mental yang kuat datang bukan hanya daripada latihan semata-mata. Sainz menekankan kepentingan masa berkualiti bersama keluarga, serta aktiviti ringan bersama mereka untuk memberi ketenangan minda selepas hari yang panjang. Dia juga aktif dalam sukan santai seperti berbasikal atau golf, yang menyokong kecergasan kardiovaskular tanpa memberi tekanan berlebihan pada badan.
5) DISIPLIN & FOKUS DALAM PENAMBAHBAIKAN DIRI
Disiplin yang tinggi adalah sebahagian daripada DNA pemandu F1 dan tidak terkecuali untuk Sainz. Walaupun kecergasan, diet dan grooming adalah penting. Apa yang benar-benar membezakan Carlos Sainz Jr. adalah komitmen kepada pembelajaran berterusan, refleksi prestasi dan konsistensi dalam rutin harian.
Ini termasuk memperbaiki teknik pemanduan, pemulihan selepas latihan, serta adaptasi kepada perubahan fizikal dan mental sepanjang musim perlumbaan. Pendekatan ini bukan sahaja menjadikan dia pemandu yang lebih kompetitif, tetapi juga contoh lelaki generasi kini untuk terus memperbaiki diri.
Artikel Berkaitan: RAHSIA KECERGASAN PEMANDU F1: LEBIH HEBAT DARIPADA ATLET OLIMPIK?
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BRAD PITT PANDU SENDIRI DI DALAM F1 THE MOVIE!
Bersedia untuk pengalaman perlumbaan yang bukan biasa-biasa? F1 The Movie akhirnya memecut masuk ke pawagam dan membawa penonton terus ke jantung dunia Formula 1 dengan kelajuan yang gila, aksi yang menggetarkan dan gaya yang penuh kelas. Bukan sahaja Brad Pitt memegang watak utama sebagai pelumba veteran, tetapi apa yang membuatkan filem ini lebih ‘cool’ adalah…
KOLEKSI APXGP TOMMY HILFIGER GABUNGAN BERSAMA FILEM F1®
Tommy Hilfiger telah menyatukan dunia fesyen, sukan permotoran dan penceritaan sinematik menerusi pelancaran Koleksi APXGP.
10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA SUKU KEDUA 2025
Tahun ini peminat filem dijanjikan dengan naskah luar biasa yang menampilkan barisan pelakon ternama tempatan dan antarabangsa.
LOUIS VUITTON MENJADI RAKAN RASMI FORMULA 1
Rumah fesyen mewah Louis Vuitton telah mengumumkan perkongsian bersejarah selama 10 tahun dengan Formula 1, menjadikannya Rakan Rasmi.
KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MICHAEL SCHUMACHER PIKAT PENCINTA HOROLOGI
Bekas pelumba Formula One (F1), Michael Schumacher mempunyai koleksi trofi terbaik dalam sukan litar. Koleksi horologinya juga tidak kurang hebatnya.
PUMA MENAMAKAN A$AP ROCKY SEBAGAI PENGARAH KREATIF PUMA X F1
Label sukan PUMA dan rapper terkenal, A$AP Rocky secara rasmi mengumumkan long-term creative partnership. Berakar umbi dalam perniagaan sukan permotoran, A$AP Rocky akan berkhidmat sebagai Pengarah Kreatif dengan tumpuan pada kategori sukan dan streetwear.











