Skip to content

trx

5 SPOT MEETING DI THE EXCHANGE TRX

Kongsikan artikel ini

Jika anda ingin mempunyai mersyuarat produktif sambil menikmati hidangan. Temui 5 restoran terbaik di The Exchange TRX yang sempurna.

Setiap restoran menawarkan kombinasi unik dari hidangan lazat, suasana profesional, dan layanan yang tiada tandingan, menjadikan mesyuarat anda lebih produktif dan berkesan.

Walaupun Kuala Lumpur terkenal sebagai destinasi kulinari, mencari tempat yang sesuai untuk mesyuarat mungkin agak mencabar. Ini kerana Kuala Lumpur menawarkan pelbagai pilihan restoran dengan konsep, suasana, dan hidangan yang memenuhi keperluan mesyuarat yang formal dan santai.

MERSYUARAT SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN? INI 5 RESTORAN TERBAIK DI THE EXCHANGE TRX KUALA LUMPUR!

1.KENNY HILLS BAKERS ON THE PARK

mersyuarat

Foto: Kenny Hills Bakery

Kenny Hills Bakers, yang telah mencuri perhatian ramai sejak 2014 menghidangkan hidangan berat dan ringan yang mempunyai fusion malay hingga ke barat. Bermula dengan sederhana, mereka kini berkembang ke pelbagai kawasan elit di Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan pembukaan cawangan terbaharunya di The Exchange TRX, kafe-bakery ini bersedia untuk terus menyajikan kopi, roti, pastri lazat untuk dibawa pulang,buat mereka yang mahu menikmati waktu santai dengan penuh keselesaan.

  • Waktu Operasi:  10am – 10pm

2.BACHA COFFEE

trx

Bacha Coffee

Dengan pelbagai pilihan kopi dari Afrika hingga ke Indonesia. Jika anda tidak pasti nak pilih yang mana? Jangan risau, barista berpengalaman mereka sedia membantu mengikut citarasa anda! Kalau anda baru nak mencuba, mulakan dengan Bacha 1910 blend. Rasa buah yang segar menjadikan setiap hirupan satu pengalaman unik, disajikan dalam mokka pot emas bersama krim vanilla dan gula perang. Selain daripada minuman, pastri juga ada terdapat dalam menu mereka. Salah satunya yang paling digemari adalah croissant rasberri mereka yang menjadi gabungan sempurna bersama kopi.

  • Waktu Operasi: 10am – 10pm

3.AMAZONAS

trx

Foto: Amazonas

Amazonas mengajak anda untuk menikmati pengalaman kulinari yang penuh dengan rasa Latin Amerika. Terletak di tingkat paling atas, restoran ini menawarkan pemandangan menakjubkan skyline bandar yang menjadi latar belakang sempurna untuk pengembaraan gastronomi anda. Nikmati pelbagai pilihan pizza, koktel, dan empanada yang diinspirasikan oleh cita rasa Latin. Dengan pemandangan yang memukau dan hidangan yang penuh rasa Amazonas adalah tempat ideal untuk melakukan mersyuarat anda.

Waktu Operasi: 10 am – 10pm

4.BUSABA

trx

Foto: Busaba

Busaba, yang diambil dari perkataan Thai bermaksud ‘bunga’, di mana mereka menghidangkan Thai autentik dalam suasana yang minimalis dan mewah. Busaba memenuhi pelbagai pengalaman makan, dari hidangan ringan hingga berat. Terutama sekali, menjadi spot sesuai untuk dimakan pada makan hari tengahari hari bekerja hingga ke makan malam romantik. Dengan menu yang pelbagai bersama delikasi Thai dan suasana sempurna, Busaba adalah pilihan yang tepat kepada orang yang sibuk.

  • Waktu Operasi: 10am – 10pm

5.CHRISTINE’S BAKERY

trx

Foto: Christine’s Bakery

Christine’s Bakery komited untuk menyajikan makanan dan minuman berkualiti tinggi dalam suasana yang selesa membuatkan pelanggan yang hadir rasa dihargai. Christine’s Bakery menawarkan pengalaman makan sepanjang hari dengan pilihan istimewa seperti bagel khas, crozza, dan pelbagai hidangan barat yang lazat. Tempat ini juga sesuai untuk mesyuarat, memberikan suasana santai namun profesional yang pasti memudahkan perbualan dan perbincangan anda!

  • Waktu Operasi: 10 am – 10 pm

Pautan Berkaitan: KEUNIKAN KOLEKSI MUSIM BUNGA/PANAS 2025 ONITSUKA TIGER DI PENTAS MILAN FASHION WEEK

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

kuyin kamaruddin runner

HIGH PERFORMANCE: KUYIN KAMARUDDIN, “SEBAGAI PELARI JARAK JAUH, STAMINA DAN KETAHANAN MENJADI KEKUATAN UTAMA SAYA.”

Bacaan Lanjut
putera adam

HIGH PERFORMANCE: PUTERA ADAM, “SAYA MENCIPTA SEJARAH SEBAGAI PELUMBA ASIA PERTAMA MENJUARAI LAMBORGHINI SUPER TROFEO EUROPE CHAMPIONSHIP.”

Bacaan Lanjut
ikmal amry

HIGH PERFORMANCE: IKMAL AMRY AKTIF AKTIVITI KECERGASAN, CETUS INSPIRASI BUAT LELAKI MASA KINI

Bacaan Lanjut

NEW BALANCE ABZORB 1890: REKA BENTUK BARU LEBIH FUTURISTIK 

Bacaan Lanjut
5 RESTORAN DI KLGCC MALL UNTUK DICUBA

RANCANG BERBUKA PUASA? 5 RESTORAN BAHARU DI KLGCC MALL BOLEH DICUBA

Bacaan Lanjut

DANIEL BOGERS, BEKAS PELUMBA MOTOR, KINI MENONJOL SEBAGAI INSPIRASI FITNESS & PENGULAS SUKAN

Bacaan Lanjut