50 TAHUN BERSAMA ATLET DAN BAKAT IKONIK MALAYSIA.
Kuala Lumpur, 14 Ogos 2025 – Lima puluh tahun. 600 bulan. Oakley mendefinisikan semula setengah abad inovasi tanpa henti, keberanian meneroka, dan keengganan untuk menjadi biasa. Bagi meraikan detik bersejarah ini, Oakley Malaysia mempersembahkan sebuah perjalanan imersif ke dalam ‘The Bunker’di GreyBox, GMBB Kuala Lumpur. Sebuah penghormatan kepada sains, teknologi dan rekaan selama 50 tahun. Kehadiran bakat ikonik dalam arena sukan, kreatif dan fesyen termasuk atlet Oakley seperti Dato’ Muhammad Azizulhasni Awang, Shah Firdaus, Izzah Izzati, Khairul Nizam, Nur Syazrin, Bertrand Rhodict, Aisyah Zubir, Fadhil Zonis, Anis Amira dan Zhen Yi membawakan sorotan istimewa, menyelami masa lalu, masa kini dan visi masa depan jenama ini sempena ulang tahun emasnya.
MUZM Straight Jacket dan MUZM Eyeshade.
Bermula daripada cengkaman motocross ikonik rekaan Jim Jannard yang pantas menarik perhatian atlet-atlet terkemuka kerana menawarkan daya cengkaman lebih baik. Pencapaian ini membawa Oakley ke pentas dunia dan merevolusikan cara manusia melihat dunia. Antara produk ikonik yang dipamerkan di The Bunker termasuk model legenda Over-The-Top hinggalah keluaran terbaharu seperti MUZM Straight Jacket dan MUZM Eyeshade.
Model Eye Jacket Oakley menjadi fenomena budaya yang mengubah persepsi terhadap kaca mata. Dilancarkan pada tahun 1994, ia adalah yang pertama menggabungkan siluet bergaya dengan fungsi sukan. Hingga kini, Eye Jacket kekal sebagai antara model terlaris Oakley, bukan sahaja dalam kalangan atlet profesional malah komuniti fesyen global.
Dilengkapi teknologi lensa inovatif Prizm™ yang direka untuk meningkatkan warna dan kontras, mengoptimumkan penglihatan mengikut persekitaran dan aktiviti tertentu, kaca mata Oakley terus menjadi pilihan atlet seluruh dunia dalam membantu mereka melihat, beraksi dan bertindak balas dalam apa jua keadaan dengan ketepatan serta kejernihan maksimum.
Oakley Ellipse 50th Anniversary
Bagi meraikan detik bersejarah ini, Oakley memperkenalkan Oakley Ellipse 50th Anniversary, edisi istimewa dalam koleksi utama Ellipse. Direka menyerupai logo ikonik Oakley, siluetnya menggabungkan tiga era rekaan. Garis melengkung yang membangkitkan estetika berani era ‘90-an. Stem jog progresif yang diinspirasikan model Radar EVterlaris masa kini, dan bentuk kanta futuristik yang dihasilkan menggunakan teknologi PhysioMorphic™ Geometry. Sentuhan mewah Midas Fleck dengan kemasan hitam lucid, perincian emas, serta kanta Prizm™ 24K melengkapkan penampilan edisi terhad ini, yang kini boleh didapati di semua butik Oakley.
Dalam langkah berani menuju masa depan, Oakley memperkenalkan platform penceritaan imersif yang dinamakan Future Genesis. Lebih daripada sekadar kempen, ia adalah sebuah odyssey multimedia yang mengisahkan evolusi Oakley melalui watak Max Fearlight dan Maxine Fearlight. Simbol perjalanan jenama ini menuju 50 tahun seterusnya dalam dunia sukan, rekaan dan budaya. Bermula dengan pelancaran Chapter One pada tahun 2024, kisah ini bakal berkembang dengan episod baharu yang akan dilancarkan tahun ini. Nantikan siri Future Genesis yang menjanjikan naratif penuh visi, gaya dan inspirasi.
Artikel Berkaitan: FITNESS LELAKI 2025: AKTIVITI LASAK JADI GAYA HIDUP SIHAT
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
IRFAN SURF, KONGSI MINAT & GAYA HIDUP SEORANG PENCINTA LAUT
Irfan menghabiskan masanya dengan beraktiviti sukan luncur ombak. Kenali anak muda ini yang banyak memberi inspirasi.
“IA BUKAN LAGI TENTANG SAYA” – DATUK AZIZULHASNI AWANG UMUM BERSARA
Olimpik Paris 2024 menyaksikan semangat jitu Datuk Azizulhasni Awang untuk membawa pulang pingat emas pertama Malaysia. Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi.
AZIZULHASNI AWANG CIPTA REKOD BARU DI OLIMPIK PARIS 2024
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terus menerus melakar kejayaan luar biasa di persada antarabangsa.
DATUK AZIZULHASNI AWANG MENGUKUHKAN REPUTASI SEBAGAI RAJA KEIRIN ASIA
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mencipta legasi tersendiri apabila meraih pingat ke-12 di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023.
DATUK AZIZULHASNI AWANG CUBA HALUAN KERJAYA BAHARU
Setelah membawa pulang pingat perak pada temasya Olimpik Tokyo 2020 lalu, Azizulhasni bakal berkongsi ilmu dan pengalamannya kepada rakyat Malaysia pula.
DATUK AZIZULHASNI AWANG MELAKAR SEJARAH SEKALI LAGI
Sejak melibatkan diri dalam sukan berbasikal sedekad lalu, Datuk Azizulhasni Awang tidak henti-henti mencatat sejarah dan mencipta rekod peribadi.