Skip to content

6 DRAMA KOREA MENARIK TERBARU MENEMUI ANDA JULAI INI

6 DRAMA KOREA MENARIK TERBARU MENEMUI ANDA JULAI INI

Kongsikan artikel ini

Penggal pertama tahun 2023 ‘dilambakkan’ dengan drama Korea terbaik yang disiarkan di beberapa platform penstriman popular.

Disebabkan itu ramai menyangka bulan-bulan seterusnya akan sepi tanpa rancangan menarik. Nampaknya andaian peminat salah kerana bulan Julai 2023 menampilkan beberapa siri hebat yang akan membuatkan anda terus melekat di skrin telefon mahupun kaca televisyen.

GL kongsikan enam drama Korea yang akan menemani anda sepanjang bulan ini.

2 of 6

Not Others

Barisan Pelakon: Jeon Hye Jin, Choi Soo Young

Tarikh Tayangan: 17 Julai 2023

Jeon Hye Jin bekerjasama dengan Choi Soo Young (Girls’ Generation) sebagai ibu dan anak yang sering bertelagah dalam drama Korea terbaru ini. Eun Mi merupakan seorang ibu tunggal yang dikurniakan anak perempuan ketika dia masih bergelar remaja. Selepas melahirkan, dia membesarkan puterinya yang bernama Jin Hee seorang diri tanpa bantuan sesiapa. Walaupun telah berusia 29 tahun dan bergelar pegawai polis, Jin Hee masih tinggal bersama ibunya. Pasangan ibu dan anak itu bertengkar hampir setiap hari sehinggalah dua lelaki iaitu Jin Hong (Ahn Jae Wook) dan Jae Won (Park Sung Hoon) muncul dalam kehidupan mereka.

https://www.youtube.com/watch?v=hEGG_QPi2dA

2 of 6